Kereta Sewa Teluk Intan

Kereta Sewa Teluk Intan Kereta Sewa Teluk Intan

đźš— Menyediakan kereta sewa berkualiti, murah dan bersih di Teluk Intan.

âś… Harga yang kompetitif dan terjamin

âś… Kualiti kereta yang baru dan dikendalikan dengan rapi

âś… Layanan pelanggan yang mesra dan profesional

âś… Proses tempahan mudah dan cepat

âś… Menyediakan pelbagai jenis kereta untuk memenuhi keperluan anda

Hubungi kami sekarang untuk tempahan atau pertanyaan lanjut. Rasai kebebasan dan keselesaan dengan perkhidmatan kereta sewa terbaik di Teluk Intan! 🌟

Tinggal 1 jer available utk di sewa, minimum 4 hari
29/03/2025

Tinggal 1 jer available utk di sewa, minimum 4 hari

Korang taukan kita dah boleh keluarkan duit daripada Akaun 3 (Akaun Flexible) nanti?Nak tahu berapa banyak korang boleh ...
08/05/2024

Korang taukan kita dah boleh keluarkan duit daripada Akaun 3 (Akaun Flexible) nanti?

Nak tahu berapa banyak korang boleh keluarkan dari Akaun 3 (Flexible) korang?

Assume simpanan KWSP korang ada baki begini:

Akaun 1: RM50,000
Akaun 2:RM30,000

Bermula 11 Mei 2024 korang boleh buat pilihan untuk memindahkan baki dari Akaun 2 ke Akaun 3.

Bagaimana asas perkiraan?

10/30 x RM30,000 = RM10,000 akan dipindahkan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

5/30 x RM30,000 = RM5,000 akan dipindahkan ke Akaun 1 (Akaun Persaraan)

15/30 x RM30,000 = RM15,000 akan kekal di dalam Akaun 2 (Akaun Sejahtera)

Kalau korang dah x sabar dah boleh apply melalui i-akaun KWSP untuk keluarkan maksimum RM10,000 daripada Akaun 3.

Permohonan pindahan baki ini akan dibuka mulai 12 Mei 2024 - 31 Ogos 2024 melalui sistem i-akaun KWSP dan hanya boleh dibuat SEKALI sahaja. Maknanya kalau korang buat pada bulan Ogos 2024 lagi banyakla yang boleh dipindahkan ke Akaun 3 nanti.

Bermula 11 Mei nanti caruman KWSP akan dicarum mengik*t pecahan berik*t:

Akaun 1: 75%
Akaun 2: 15%
Akaun 3: 10%

Sumber: Tanya Pegawai KWSP direct face to face di Pejabat KWSP Jalan Raja Laut kejap tadi dan website rasmi KWSP.

Kalau dah keluarkan duit tu dan nak sewa kereta boleh la sewa kereta kami ya.

Wasap je 014-252 1971

Tq, kalau bermanfaat silakan like dan share.

Waaaa…salut la dengan Bro Abi ni…dekat 20 tahun keje tak ada upah..
15/12/2023

Waaaa…salut la dengan Bro Abi ni…dekat 20 tahun keje tak ada upah..

Ehhh, Pulau Bangau???Siyes la...Ada apa kat Pulau Bangau ni? Min sendiri pun tak pernah sampai ? Apa yang best kat sana?...
15/12/2023

Ehhh, Pulau Bangau???

Siyes la...Ada apa kat Pulau Bangau ni? Min sendiri pun tak pernah sampai ? Apa yang best kat sana? Burung Bangau ke Burung Undan?

Nak sewa kereta tengok Bangau di Pulau Bangau? Meh sewa dengan kami di Kereta Sewa Teluk Intan..whatsapp je ke
010-4531971

Sejujurnya, Min sendiri pun belum pernah sampai ke Pulau Bangau ni. Best ke? Selain daripada Burung Bangau apa lagi yang...
22/11/2023

Sejujurnya, Min sendiri pun belum pernah sampai ke Pulau Bangau ni.

Best ke? Selain daripada Burung Bangau apa lagi yang ada untuk ditengok?

Kena nyanyi lagu Bangau oh Bangau tak masa kat situ?

p/s Kalau mencari kereta sewa nak ke sana boleh le nyinggah di kedai kami ya. Dekat sebelah pejabat Gabongan Sekolah Memandu kat Bandar Baru Teluk Intan tu je.

Min x dapat nak bezakan yang mana lagi sedap. Yang ini ke , yang setentang jalan depan outlet ni yang belah hujung tu ke...
30/10/2023

Min x dapat nak bezakan yang mana lagi sedap. Yang ini ke , yang setentang jalan depan outlet ni yang belah hujung tu ke, atau yang dekat Jalan Ah Cheong sederet kelapa besar tu ke, atau yang dekat Taman Ros tu .

Ke semua sama je rasa?

Hmm…teringat bawa awek bertenet kat sini masa F5 dulu masa lepas tuisyen. Kalau budak sekarang mauke deme bertenet kat Mastan…

Dulu masa sekolah kalau pergi ke pekan memang selalu akan singgah kedai Mee Rebus Pak Din ni.Masa Min F5 tahun 1990 Mee ...
22/10/2023

Dulu masa sekolah kalau pergi ke pekan memang selalu akan singgah kedai Mee Rebus Pak Din ni.

Masa Min F5 tahun 1990 Mee Rebus regenya baru 7 kupang kalau mee kosong yang tak ada telur. Kalau ada telur baru 9 kupang.

Kalau nak bertenet tu bawa 5 hengget pun dah cukup nak belanja awek makan kat situ.

Kome ada momen makan kat Mee Rebus Pak Din masa dedulu atau baru-baru ni?

Yang tak tau belah mana ni ha tempatnya.

https://maps.app.goo.gl/nAnu8X9vP4kXEKoL6?g_st=iw

Terharu lak Min baca perkongsian Dr Aliff Zaki di twitter ni.Beranak dalam lori di lebuhraya.Pengalaman perkhidmatan.Dap...
19/10/2023

Terharu lak Min baca perkongsian Dr Aliff Zaki di twitter ni.

Beranak dalam lori di lebuhraya.
Pengalaman perkhidmatan.
Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori, lokasi LPT KM 121 hala Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum. Sepanjang persiapan di klinik, 2-3 kali senarai semak barang-barang kerana expect the worst.

Dalam ambulans masing-masing berteka teki apakah keadaan ibu?dah bersalin ke belum?kalau dah, keadaan baby macam mana?

Sampai di lokasi, kelihatan 2 pegawai polis trafik jaga lalu lintas, pintu lori terbuka luas. Nampak di rumput pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau tu memang tak disangkal kepekatannya. Tanya pasangan, “mana si ibu?”. “Ada dalam lori, di tempat duduk belakang” jawabnya.

Memanjat lori bersaiz Optimus Prime, nampak 2 susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil dicelah kangkang. Hati dah berdebar. Aku tegur si ibu, “puan, boleh dengar saya cakap?buka mata boleh”. Si ibu buka mata dan sahut “ye dengar”. Hati lega.

Mata beralih ke si anak p**a, nampak tak bergerak. Alamak. Aku pegang kaki bayi, jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar.

Aku teruskan prosedur potong tali pusat dan lain-lain. Bayi aku bungkuskan dengan kain tuala dan bawa keluar dari lori. Pesakit diambil alih oleh SN Sue. Mencuci darah, periksa tahap koyak dan membersihkan ibu setakat boleh. JM Azlina tunggu kat luar untuk keperluan lain-lain.

Ambulan selesai buat u-turn, pesakit dan bayi dimasukkan dan perjalanan ke dewan bersalin HoSHAS diteruskan. Terima kasih pihak LPT, polis trafik dan staf labor room HoSHAS kerana memudahkan urusan. Pengalaman sepanjang hayat.

Sumber: di X (Twitter)

Min nostalgia tul bila tengok signboard ni. Dulu selalu naik keretapi dari Tapah Road ke Teluk Anson. Tiket lapan kupang...
18/10/2023

Min nostalgia tul bila tengok signboard ni. Dulu selalu naik keretapi dari Tapah Road ke Teluk Anson. Tiket lapan kupang je k*t.

Kome sempat merasa naik dak keretapi Tapah Road - Teluk Anson ni?

Anyway, opis kami belah-belah sini jugak.

Kami berterima kasih atas sokongan anda yang berterusan dalam memilih perkhidmatan sewa kereta kami.
28/09/2023

Kami berterima kasih atas sokongan anda yang berterusan dalam memilih perkhidmatan sewa kereta kami.

Sewa kereta mudah, cepat, dan selamat. Jom Ke Mana? Dapatkan keselesaan tanpa masalah dengan menyewa dengan kami.
26/09/2023

Sewa kereta mudah, cepat, dan selamat. Jom Ke Mana? Dapatkan keselesaan tanpa masalah dengan menyewa dengan kami.

Address

Jalan Intan 1 Bandar Baru Teluk Intan
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:30
Tuesday 08:30 - 18:30
Wednesday 08:30 - 18:30
Thursday 08:30 - 18:30
Friday 08:30 - 18:30
Saturday 08:30 - 18:30
Sunday 08:45 - 17:30

Telephone

+60104531971

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kereta Sewa Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kereta Sewa Teluk Intan:

Share

Category