12/10/2021
VX REMIND ; Tekanan angin tayar yang bagus merupakan faktor terpenting dalam penjagaan kenderaan dan sebagai langkah keselamatan yang terpenting dalam pemanduan seharian anda. Masih ada yang belum tahu berapakah tekanan angin tayar yang sepatutnya diisi ketika anda di stesen minyak. Di sini VX GARAGE ingin mengingatkan anda berapakah tekanan tayar yang sepatutnya anda isi di tayar kenderaan anda.
Bagi kenderaan 1.3cc & 1.5cc, tekanan angin tayar yang diperlukan cukup sekitar 190-230 kpa sahaja. Bagi sesiapa yang memakai rim tayar bersaiz 15’ tayar 55 siri sebagai contoh GEN2 atau WAJA, perlu isi angin tayar depan dengan tekanan angin 210 kpa / 30 psi dan tayar belakang p**a 190 kpa / 29 psi.
Bagi kenderaan yang kompak seperti kancil, memadai dengan isi tekanan angin sekitar lingkungan 180 sehingga 200 kpa sahaja. Tekanan angin tayar yang diisi berlebihan menyebabkan tayar anda akan keras macam batu dan kenderaan anda boleh melantun-lantun dan bergegar.
Kesimp**anya, anda perlulah memiliki pengetahuan mengisi tekanan angin tayar untuk pemanduan yang lebih lancar dan selesa untuk keselamatan pengguna jalan raya lain.
Semoga VX Remind pada kali ini memberi manfaat untuk anda supaya tidak cuai dalam setiap urusan anda. Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE!
Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017