01/06/2024
3T -TIPS BELI TAYAR BAGUS
Saya penggemar automotif dan selalu saya perasan ramai orang bila nak beli tayar kereta, kita akan tanya tokey kedai mana satu tayar yang bagus, yang lembut, yang belah air time hujan, yang cengkam jalan waktu kering dan basah, dan yang sedap pakai untuk kereta kita?
Dan biasanya kita akan beli tayar kereta mengikut budget kita, brand tayar dan kita hanya pandai tengok TAHUN KELUARAN TAYAR sahaja.
Tahukah kita bahawa untuk membeli tayar, kita sebenarnya tidak boleh bergantung kepada tahu tengok tahun keluaran tayar sahaja dan percaya bulat-bulat apa kata penjual pada kita. Penjual biasanya akan ukur kebagusan sesuatu tayar itu mengikut harga tayar, lagi mahal harga lagi tinggi kualiti tayar. Itu yang biasa dipercayai oleh ramai orang.
Sebenarnya, panduan 3T ini perlu digunakan sewaktu memilih tayar.
1) Treadwear - Beli tayar yang ada treadwear dalam julat 280 - 400 untuk kereta gunaan harian dan untuk comfort. Lagi rendah bacaan treadwear kereta, bermakna lagi lembut tayar kereta (lagi comfort) dan akan menjadikan tayar cepat haus dan lagi cepat tempoh tayar perlu ditukar.
Lagi tinggi bacaan treadwear bermakna lagi keras tayar dan ia akan menyebabkan tayar anda lambat haus (lebih jimat) tetapi mungkin kurang comfort.
2) Traction - Ini adalah kadar cengkaman tayar anda semasa basah. Ia diukur dengan gred AA, A, B dan C. Lagi tinggi grednya lagi bagus cengkaman tayar sewaktu hujan. Gred tertinggi adalah AA.
3) Temperature - Ini adalah ukuran kualiti tayar tersebut bertahan dalam suhu yang panas dan kemampuan menyingkirkan haba. Tayar yang tidak dapat bertahan dengan suhu panas akan cepat rosak dan haus. Ia diukur dalam gred A, B dan C dan gred paling bagus adalah gred A.
Jika anda pandai membaca 3T ini, insya allah anda akan pandai memilih tayar terbaik untuk kenderaan anda tanpa dipengaruhi dengan faktor jenama tayar dan harga tayar.
Semoga bermanfaat.
📝 Credit: Farid Ikhwan Nasution