07/10/2023
jom bercerita pasal TPS
throttle position sensor.
( BAHAGIAN 1 )
sama seperti namanya,
sensor ni dicipta untuk tahu kedudukan throttle atau nama lain butterfly.
adakah TPS ni berfungsi untuk tentukan air fuel ratio?
tidak,
TPS tidak boleh menyukat volume ( isipadu ) udara, tak tahu jumlah udara macam mana nak tahu jumlah minyak yang diperlukan.
benda yang berkaitan dengan air fuel ratio ni kita bercerita lain kali.
TPS ni terbahagi kepada 2 jenis.
- 3 pin
- 4 pin
jenis 3 pin.
- pin +5 volt
- pin -5 volt
- pin signal out
jenis 4 pin.
- pin +5 volt
- pin -5 volt
- pin signal out
- pin idle switch
macam mana TPS ni tahu kedudukan throttle adalah melalui pin signal out.
sewaktu throttle tutup, signal out lebih kurang 0.3V. dan sewaktu throttle buka habis signal out lebih kurang 4.8V
lebih kurang, nilai tak tepat.
jadi kat sini kita boleh nampak, output TPS adalah variable, semakin banyak throttle dibuka semakin tinggi voltage output signal.
signal output ini akan dihantar ke ECU untuk diproses.
kalau cabut soket TPS ni, enjin masih boleh hidup, kereta masih boleh jalan dari Johor ke Perlis.
enjin tak kan mati atau jahanam.
air fuel ratio masih lagi stoichiometric.
jadi, ini bukti TPS tidak ada kaitan dengan air fuel ratio.
cuma, untuk TPS 4 pin sahaja, waktu idle, idle akan kacau.
sebab pin ke-4 adalah idle switch, cabut soket idle switch tidak akan berfungsi, idle enjin akan kacau.
jadi,
berbalik kepada soalan.
apa fungsi sebenar TPS?
Oleh sebab respond yang banyak pada post soalan saya mengenai TPS ni.
saya dengan gembira akan share dengan korang semua, apa fungsi sebenar TPS ni.
ada 2 fungsi :
- enjin load
- start up acceleration ( pemula pecutan )
ENJIN LOAD
kita kenal dulu apa benda tu enjin load.
enjin load terbahagi kepada 2 :
- positif
- negatif
setiap pembuat kereta akan save data enjin load kereta tu di dalam ECU.
contoh,
saya buat cerita sepaya mudah faham,
pembuat kereta jenama P, save data di dalam ECU
gear 5, throttle 20%, speed 80kmj, load 15%,
ini data waktu crusing jalan mendatar.
kemudian sampai jalan berbukit,
data menjadi macam ni
gear 5, throttle 20%, speed 60kmj, load 30%
bukit makin curam,
data jadi
gear 5, throttle 20%, speed 40kmj, load 60%
makin tinggi enjin load, enjin makin tak larat.
sampai satu tahap enjin boleh stall ( mati )
jadi,
apa fungsi enjin load ni?
enjin load ni ada 2 fungsi,
yang paling besar adalah untuk gear auto.
bila enjin load tinggi, melebihi had yang di set di dalam TCU.
gear akan drop
bila enjin load rendah, kurang had yang di set di dalam TCU, gear akan sh*tf up.
itu kenapa, bila setting TPS tak betul,
gear auto tak sedap.
gear naik tersentap, gear turun tersentap.
gear lambat naik, gear cepat turun.
gear cepat naik, gear lambat turun.
tapi,
bila setting TPS betul, sama seperti yang di save di dalam ECU TCU,
gear lancar, penukaran gear smooth, memotong sedap gear turun pada waktu yang sepatutnya. memecut pon sedap.
wassup&call 0133170710