MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM Majlis Daerah Tanjong Malim Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak. Tel:05-4563410/20 Fax:05-4563430/40

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM KE JABATAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT), KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMP...
04/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM KE JABATAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT), KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT), PUTRAJAYA

3 September 2026 | Khamis

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) diketuai Dr Yang Dipertua MDTM, Tuan Setiausaha bersama delegasi Ketua-Ketua Jabatan telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bertempat di Bilik Perbincangan Ketua Pengarah, Aras 29, JKT, KPKT.

Kunjungan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara MDTM dan JKT, di samping membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan, perancangan serta usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan pentadbiran MDTM.

Turut serta dalam sesi ini ialah YBrs. Tuan Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JKT dan YBrs. Tuan Ar. Mohamad Nazli bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) JKT, bersama Pegawai-Pegawai Kanan JKT.

MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah JKT serta seluruh barisan Pegawai JKT atas kesudian menerima kunjungan ini serta segala perhatian, sokongan, kerjasama dan bantuan yang diberikan dalam membantu usaha pembangunan kawasan Majlis.

Semoga jalinan kerjasama yang erat antara MDTM dan JKT terus diperkukuh demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.

02/09/2026

DEMI MUALLIM & SETIAP APA ADANYA

Dari sebuah daerah, lahirnya sebuah cerita.
Cerita tentang komuniti, kebersamaan dan semangat mencipta kenangan dalam melengkapkan isinya...

Kini, Muallim kembali dengan sebuah karnival yang menyatukan kita semua…

KARNIVAL MUALLIM F.A.M.E. 2026

12 – 13 SEPTEMBER 2026
KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

Jom raikan semangat kita.
Jom bersama mencipta kenangan.

.A.M.E.2026
SAVETHEDATE!

02/09/2026
PERAK PAWSITIVE INITIATIVE @ TANJONG MALIM Kempen Kesedaran Pemandulan Kucing dan AnjingMajlis Daerah Tanjong Malim (MDT...
02/09/2026

PERAK PAWSITIVE INITIATIVE @ TANJONG MALIM Kempen Kesedaran Pemandulan Kucing dan Anjing

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama YB EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Perak dan rakan strategik menjemput warga Perak untuk menyertai Program Pemandulan Bersubsidi yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 26 – 27 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Klinik Haiwan dan Surgeri Tg Malim

πŸ’° Kadar subsidi pemandulan:
🐢 Anjing betina/jantan – RM100 seekor
🐱 Kucing betina/jantan – RM80 seekor

Program ini merupakan salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemandulan haiwan peliharaan bagi mengawal pembiakan tidak terancang serta membantu mengurangkan populasi haiwan terbiar.

πŸ“Œ Subsidi terhad kepada warga Perak sahaja.
⚠️ Slot adalah terhad. Daftar segera melalui kod QR yang tertera pada poster.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
πŸ“ž Lizz – 016 252 1130
πŸ“ž Janet – 016 511 1086
πŸ“ž Atiqa – 010 408 0201

🐾 Kembirikan haiwan kesayanganmu. Kawal pembiakan, mulakan dengan pemandulan.

02/09/2026

Tak perlu lagi menunggu di kaunter pelesenan PBT!

Kini, urusan lesen premis boleh dilakukan dengan lebih mudah secara digital melalui myPATIL Biz.

βœ… Urus lesen premis
βœ… Renew lesen
βœ… Semak dan bayar kompaun
βœ… Akses pada bila-bila masa, di mana sahaja

Kurangkan masa menunggu dan urus semuanya dalam satu platform.

Imbas kod QR atau layari biz.mypatil.my untuk urus lesen premis anda!

MDTM BENTANG INISIATIF BANDAR PINTAR DALAM MIPPEA 2026KELANA JAYA, 1 September 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)...
01/09/2026

MDTM BENTANG INISIATIF BANDAR PINTAR DALAM MIPPEA 2026

KELANA JAYA, 1 September 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) meneruskan komitmen dalam memperkukuh agenda pembangunan bandar pintar menerusi penyertaan dalam MIP Planning Excellence Awards (MIPPEA) 2026 bagi Kategori 7: Smart City Award.

Pembentangan yang berlangsung di MIP Board Room, Pejabat Kebangsaan Malaysian Institute of Planners (MIP), Kelana Jaya itu disertai Dr Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) bersama Ts. Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi MDTM.

Turut hadir memberikan sokongan dan berkongsi kepakaran dalam sesi pembentangan tersebut ialah wakil Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Ts. Anusha Magendram, Senior Principal Analyst II, Sustainable Development and Technologies serta Dr. Nurul Hidayah Shabdin, Research Analyst.

Penyertaan dalam MIPPEA 2026 ini mencerminkan kesungguhan MDTM untuk mengetengahkan pelaksanaan inisiatif berteraskan teknologi dan inovasi dalam meningkatkan kecekapan Pengurusan Bandar Pintar dan Bandar Selamat serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Kerjasama erat antara MDTM dengan MIGHT turut memperlihat pendekatan strategik dalam mengembangkan ekosistem Bandar Pintar di Tanjong Malim, selaras dengan aspirasi Pelan Tindakan Bandar Pintar Muallim 2035 ke arah mewujudkan sebuah bandar yang lebih pintar, mampan, berdaya huni dan berdaya saing.

Sesi pembentangan tersebut turut menjadi platform untuk MDTM berkongsi pengalaman, pendekatan serta pencapaian dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar kepada panel penilai MIP. MDTM terus komited menjadikan teknologi dan inovasi sebagai pemangkin kepada pembangunan Tanjong Malim sebagai bandar pintar yang progresif, mampan dan berteraskan kesejahteraan masyarakat.



🌿 KEMPEN TIADA BEG PLASTIK JINJIT SEKALI GUNA DI NEGERI PERAKβ€œMOH GUNA BEG SENDIRI!” πŸ›οΈTahukah anda bahawa penggunaan be...
01/09/2026

🌿 KEMPEN TIADA BEG PLASTIK JINJIT SEKALI GUNA DI NEGERI PERAK

β€œMOH GUNA BEG SENDIRI!” πŸ›οΈ

Tahukah anda bahawa penggunaan beg plastik sekali guna memberi kesan kepada alam sekitar dan menyumbang kepada peningkatan sisa plastik?

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Perak melaksanakan Kempen Tiada Beg Plastik Jinjit Sekali Guna di seluruh negeri mulai 1 Mac 2026, dengan tempoh peralihan selama enam (6) bulan.

πŸ“Œ Penguatkuasaan sepenuhnya akan bermula pada 1 September 2026. Pelaksanaan kempen ini melibatkan premis-premis seperti yang disenaraikan tidak termasuk Penjaja dan Peniaga Pasar Malam.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan 5R dalam kehidupan seharian:

♻️ REFUSE – Tolak beg plastik sekali guna
♻️ REUSE – Bawa dan guna semula beg
♻️ REDUCE – Kurangkan penggunaan plastik
♻️ RECYCLE – Asing dan kitar semula plastik
♻️ RECOVER – Hasilkan produk baharu daripada bahan terpakai

πŸ’š Langkah kecil kita hari ini membawa perubahan besar kepada alam sekitar pada masa hadapan.

Justeru, marilah kita membudayakan amalan membawa beg guna semula ketika membeli-belah demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, lestari dan sejahtera.

Moh Guna Beg Sendiri!
Kurangkan Plastik, Pelihara Alam. 🌱






01/09/2026
01/09/2026
π‹πšπ°πšπ­πšπ§ 𝐃𝐫 π˜πƒπ πŒπƒπ“πŒ 𝐀𝐞 𝐏𝐚𝐯𝐒π₯𝐒𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐀 @ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”1 September 2026, Selasa – Dr Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tanjong...
01/09/2026

π‹πšπ°πšπ­πšπ§ 𝐃𝐫 π˜πƒπ πŒπƒπ“πŒ 𝐀𝐞 𝐏𝐚𝐯𝐒π₯𝐒𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐀 @ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

1 September 2026, Selasa – Dr Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) berkesempatan hadir ke Pavilion Perak sempena penganjuran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2026 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang.

Kunjungan ini memberi peluang kepada Dr YDP MDTM untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai produk, hasil usahawan, inovasi serta inisiatif yang diketengahkan oleh Negeri Perak, khususnya dalam sektor pertanian, agro dan agropelancongan.

Pavilion Perak telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, dengan kehadiran bersama YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perak.

Pavilion Perak turut menjadi platform untuk mengetengahkan keunikan, kekuatan dan potensi Negeri Perak, selain membuka ruang kepada pengembangan jaringan, peluang pasaran serta kerjasama strategik yang dapat memberikan manfaat kepada usahawan dan masyarakat.

Kehadiran Dr YDP MDTM juga mencerminkan sokongan MDTM terhadap usaha memperkasa sektor pertanian, keusahawanan dan agropelancongan sebagai antara pemacu pembangunan ekonomi setempat.

MAHA 2026 menjadi wadah penting dalam mengetengahkan potensi serta hasil tempatan ke peringkat yang lebih luas, di samping memperkukuh jaringan antara kerajaan, industri dan komuniti usahawan.





Address

Peti Surat 59, Bandar Behrang 2020
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054563410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM:

Shortcuts

Share