Millennium Auto Enterprise Ipoh

Millennium Auto Enterprise Ipoh Sebuah syarikat yang menjual / membeli kereta baru / terpakai. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan membaharui roadtax, insurance serta pinjaman kereta.

17/09/2022

Kisah Syed Azman Syed Ibahim.

Bilionair Melayu pemilik berpuluh buah helikopter, pesawat!

Senarai 50 orang terkaya Malaysia di dalam Forbes dan nama anak jati Sungai Petani, Kedah ini nampaknya terus gah di tangga ke-25 dengan hartanya kini dianggarkan berjumlah USD675 juta.

Maknanya kalau tukar RM hartanya dah berbilion-bilion!

Siapa sangka bekas pegawai perisik tentera berpangkat Mejar dan bekas penjual kereta terpakai ini begitu tinggi semangat juangnya dalam perniagaan hingga boleh sampai ke tahap ini, luar biasa.

Setelah berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Di hari-hari awal perniagaannya, Syed Azman berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.

Masa tu beliau tidak memiliki AP (Permit Kelulusan) namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Tidak lama kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar, kemudian barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia.

Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar Chevrolet dan Suzuki p**a.

Mengenai helikopter, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan raya.

Lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Justeru pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila helikopter itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.

Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama bagi menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Hari ini, pemilik syarikat Weststar yang 'low profile' itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memperoleh kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ada pelbagai lagi perniagaan yang beliau jalankan antaranya peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc.

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya.

Beliau hanya menjawab: "Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak s**a"

Kini Syed Azman terus melebarkan sayapnya di sebalik cabaran getir yang mereka tempuh di kala ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.

Seperti mana puluhan helikopternya terbang tinggi di udara, begitulah juga semangat dan keazaman beliau.

Semoga Bermanfaat

‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞




Vitara auto 1.6 oto tabun 1997.
21/12/2018

Vitara auto 1.6 oto tabun 1997.

Address

Lot 85-87, Wakaf Toh Kulup Lembang, Jalan Ampang
Tambun

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Millennium Auto Enterprise Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Millennium Auto Enterprise Ipoh:

Share

Category