11/07/2023
EXORA
Tukar cooling coil depan, valve depan belakang.
Fuhh..
Disini sy kongsikan mengapa cooling coil boleh bocor.
Di posting yg lain juga sy akan share bacaan meter aircond yg menunjukkan high pressure sumbat.
Mana² kereta pun mesti ada aircond. Dan benda yg menyulitkan itulah namanya expension valve.
Expension valve ni laluan masuk high pressure pipe masuk ke cooling coil dan laluan keluar masuk ke low pressure pipe. Lubangnya sebesar jarum je. Dan dlm dia ada sping. Kilang je yg tau mcmana nk s**at keanjalan spring dia. Sy mmg xpernah usik la. Kalau rosak aje tukar. Memang benda wajib tukar bila jumpa dgn masalah cooling coil pecah/bocor.
Sy s**a menggunakan istilah pecah sbb mmg ianya pecah pun... Kalau bocor tu mcm plastik, kan .. benda pun dari copper/aluminium, mesti lah kuat kan? Tp disebabkan sistem dah sumbat, pressure mungkin boleh cecah 500psi. Maunya tak pecah cooling coil tu.
--------------------
Jadi dua kali kerja. Sbb tak paham mulanya. Kami dah buka cooling coil dpn, nampak berminyak, dan selepas test air pun mmg keluar bubble. tp gatal tgn nk tgk cooling coil belakang. Ok, cun. Kering je. Cuma ada habuk² nipis. Bersihkan blower, dan pasang balik cooling coil belakang tu. Selepas selesai tukar cooling coil depan, valve, sy pun masuk pressure, test leaking. Takde leaking. Hi pressure dgn low pressure pun naik sekata bila pum. Takde la sangka bukan².
Ok, cun. Buang angin, vacuumm...
Prappappap.. Masuk gas...
Awat dah isi 200 aircond tak sejuk² ni. Depan ada la sejuk sikit. Belakang langsung tak sejuk ni. Cut off pon takde ni. Ah sudah. Off engine pi check thermostat.
Alamak...sudah tertanggal rupanya. Ok, takpa cikit punya hal...pasang² balik start engin balik. So selepas kali dua compressor bekerja, meter dah mula buat hal. Jarum merah dah gedik².
Ah..masak...
Member sebelah dah ckp, "boss, compressor dah kong ni". Sy pulak ckp, biru utk baca compressor, merah utk baca hi pressure. Percaya yg itu sahaja dlu. Yg lain² kemudian. So nak taknak, kena lah buang gas balik. Buka valve "basikal" tempat isi gas tu, kami tembak angin low pergi hi, hi pergi low. Dan apa shj pipe yg mudah nk buka kami buka. Habis kami tembak.
Sampaikan halus je belen² gas yg keluar. Dgn syak wasangka "sistem dah bersih ni"...hahahaha.... Gelak je la yg bolehnya sbb kali kedua isi gas pun sumbat juga. Kalini lg cpt. Masuk² je jarum merah dah gedik². Cpt² kami tutup. Dan buang balik gas. Kalini mmg terpaksalah balik rumah dlu. Dah malam.
Esok sambung kerja, trs buka balik cooling coil belakang, trs attack kt valve. Tukar valve dan dier depan sekali. Test pressure cun trs masuk gas.
Phieww...legaaa....
Sistem dah normal...
Punyalah nk mendapat pelajaran kalini. Dua kali buat kerja. So ingatan ye, jgn jimat². Kalau cooling coil pecah, tukar je valve. Kalau ada dua cooling coil, tukar dua². Cooling coil yg tak bocor boleh pakai balik. Cuci je balik betul².
So nk cite, isi gas double cooling coil ni sy cas rm140. Klu single 90. Lg dua kali tu kita la kena tanggung. Sape xnk jimat kan. Hahahahha.....