LETBE Malaysia

Directions Website

LETBE Malaysia Your journey starts here.

08/09/2026

Kali ni kita bawa riders tengok dengan lebih dekat enjin yang digunakan pada model-model Haojin! πŸ”₯

Sepanjang factory tour di China, kami berpeluang melihat sendiri pelbagai jenis enjin serta teknologi yang digunakan oleh Haojin.

Nak tahu enjin apa yang kami sempat tengok? πŸ‘€ Jom tengok sampai habis!

07/09/2026

Kali ini kami bawa riders untuk kenali lebih dekat Haojin dan LETBE, termasuk melihat sendiri fasiliti serta proses penghasilan motosikal mereka.

Jom tengok apa yang menarik sepanjang factory visit kali ni! πŸ‘€

07/09/2026
07/09/2026

[RIDE REPORT: TEST RIDE LETBE FLYGON DI CHINA! πŸ¦—πŸ‡¨πŸ‡³]

Baru-baru ini saya berpeluang ke China selama 3 hari atas jemputan LETBE dan MFORCE MALAYSIA ,
Sempatlah test ride model LETBE Flygon dekat fasiliti litar uji mereka yang cukup lengkap!Jentera ini guna falsafah "mechanical pet" (haiwan peliharaan mekanikal) dengan reka bentuk unik yang diinspirasikan daripada pepatung. Memang sebuah reka bentuk yang tersendiri, berani, dan konsepnya sangat kena dengan jiwa generasi muda yang mahukan kelainan!
Ini impresi ringkas saya selepas lenjan Flygon di sana:

Rangka Utuh & Lincah: Rangka motor ini terasa sangat solid. Nak membelok layan selekoh atau panjat bukit memang tak ada masalah.

Boleh Layan Off-Road: Walaupun tangki kat depan (ada tank rack) dan saiz macam kapcai, redah laluan off-road ringan pun selamba je lepas!

Syurga Kaki Custom: Guna tayar bobber gemuk (Depan 180/80-14 | Belakang 130/80-18). Rupa macam ni gerenti kaki custom buat bahan toleh, silap-silap boleh bawa masuk Art of Speed (AOS)!

Spec Padu: Enjin (dijangka 250cc akan dibawa masuk) berat 140kg, tangki 12L, ada Meter TFT, Keyless, USD Fork, ABS (Switchable) + TCS.

πŸ“Œ Pesanan Ikhlas Buat MForce:Kalau pihak MForce ada perancangan nak bawa masuk model Flygon ini ke pasaran Malaysia, saya rasa ada dua benda boleh dipertimbangkan untuk buat ia lagi laku keras:Tingkatkan sedikit kuasa kuda (hp) enjin 250cc tu bagi lagi pick-up.Kecilkan sedikit saiz tayar belakang supaya motor rasa lebih ringan dan responsif untuk jalan raya kita.Apapun, ia sebuah jentera retro-futuristik yang sangat berpotensi. Korang rasa kalau MForce bawa masuk, korang sanggup beli tak buat motor santai petang-petang? Komen kat bawah!

πŸ‘‡

06/09/2026

Selepas berpeluang merasai sendiri pengalaman tunggangan beberapa model LETBE yang masih belum berada di pasaran Malaysia, para media turut menjadi antara yang terawal berkesempatan menguji model-model ini secara langsung.

Jadi, jom kita dengarkan apa kata mereka selepas merasai sendiri pengalaman Exclusive Test Ride model model daripada LETBE! πŸ‘€

05/09/2026

Here are some exciting moments from the Slow Riding Competition! πŸ”₯

The competition gave us a closer look at each rider’s ability to balance and control their motorcycles at the slowest possible speed. 🏍️

It’s not just about being slow, but staying steady, focused and fully in control.

Address

1485, Jalan Seruling, Kawasan Perindustrian Valdor
Sungai Bakap
14200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LETBE Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share