18/03/2019
Terharu di hati apabila pelajar mohon maaf selepas terlanggar kereta seorang guru
Ini kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas.
Kereta seorang guru lelaki, Tuan Hafidz Hakimy kena langgar oleh seorang pelajar dengan motosikalnya.
Insiden berlaku di Alor Setar, Kedah.
Semasa kejadian, kereta beliau dilanggar oleh pelajar menaiki motosikal semasa hendak masuk simpang.
Selepas pelanggaran tersebut berlaku, pelajar itu langsung tidak memberhentikan motosikalnya. Takut agaknya.
Jika Tuan Hafidz mahu, boleh sahaja kejar untuk menuntut ganti rugi. Namun sifat seorang guru, sudah biasa dengan karenah pelajar sekolah.
Hafidz tidak ambil sebarang tindakan kerana calar di bahagian depan sahaja.
Keesokan hari Tuan Hafidz terkejut.
Pelajar tersebut kirimkan sepucuk surat pada Hafidz yang diletakkan di depan rumah ibunya.
Pelajar tersebut memohon maaf atas kesalahan kemarin. Pelajar itu sendiri tidak pasti sama ada dirinya salah atau Hafidz yang bersalah.
Dia juga menjelaskan kenapa dia tidak berhenti selepas perlanggaran itu.
“Petang tadi saya rasa rasa kereta tuan/puan yang langgaq motosikal saya. Kalau salah kereta minta maaf. Kalau betul pun saya nak minta maaf juga. Saya tahu saya yang bersalah petang tadi.
“Saya terus jalan saja sebab tak mahu perbesarkan kes ini. Motor saya tak ada apa-apa, cuma kaki saya saja terkena kereta tuan/puan sikit.
“Tapi tak ada apa-apa pun. Kalau kereta tuan/puan ada calar sikit ke, banyak ke, saya minta maaf sangat-sangat."
“Saya nak ambil peperiksaan SPM tiga hari lagi. Sekali lagi saya nak minta maaf. Kalau ada salah dengan manusia ini kita kena minta maaf dengan dia sebab itu salah kita dengan dia. Tak boleh minta maaf dengan Allah."
“Saya harap tuan/puan maafkanlah. Jangan doakan yang pelik-pelik sebab saya nak ambil SPM. Saya harap tuan/puan redha dengan kesalahan saya,” tulis pelajar berkenaan.
Hafidz memaafkan pelajar itu dan puji sifat jujurnya untuk mohon maaf walaupun tidak bersemuka.
Hafidz mengharapkan pelajar berkenaan lebih berhati-hati selepas ini dan mendoakan remaja itu cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Netizen juga memuji tindakan pelajar tersebut yang berani berterus terang mengaku kesilapan diri.
ps : Kalau anda belum jumpa produk untuk hilangkan calar, tanya admin. Admin cadangkan produk yang berkesan untuk anda.
Tanya di messenger ye. Admin akan kongsikan pada semua tanpa pilih kasih. 😊