Petronas Jalan Simpang Batu 2.5

Petronas Jalan Simpang Batu 2.5 Selamat Datang ke PETRONAS Jalan Simpang, Batu 2.5, Taiping, Perak

Kita Jaga Kita.. We will get through this together 💪
12/02/2021

Kita Jaga Kita.. We will get through this together 💪

“ MAI KONGSI REZEKI: AMBIL YANG PERLU, TAMBAH PADA YANG MAMPU “Ketika mana semakin ramai yang menghadapi kesukaran diseb...
11/02/2021

“ MAI KONGSI REZEKI: AMBIL YANG PERLU, TAMBAH PADA YANG MAMPU “
Ketika mana semakin ramai yang menghadapi kesukaran disebabkan pandemik Covid-19, dengan inisiatif ini diharapkan dapat memberikan sedikit sinar kepada yang memerlukan.
Bagi yang memerlukan bantuan bahan makanan, jemput datang ke stesen kami untuk mendapatkan bekalan makanan (tertakluk kpd stok yg masih ada).
Kepada yang ingin memberi sumbangan/sedekah, boleh masukkan sumbangan anda ke dalam rak/almari yang disediakan. Dicadangkan hanya barangan keperluan harian yg mempunyai tarikh luput yg masih lama lagi diletakkan di dalam rak/almari berkenaan.
(Contoh: Roti yg mempunyai tarikh luput 2 ke 5 hari saja tidak digalakkan utk diletakkan di dalam rak/almari).
Jom bantu untuk share maklumat ini supaya sampai kepada yang memerlukannya. Ianya mungkin kecil bagi kita, tetapi besar bagi mereka.
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
*(Hadis riwayat Muslim)*


ERTI PENGORBANAN: PAK HUSSIN, TAIPING & SEKEPING KERTASImpian Pak Hussin adalah untuk  memiliki sebuah motorsikal bagi m...
16/07/2020

ERTI PENGORBANAN: PAK HUSSIN, TAIPING & SEKEPING KERTAS
Impian Pak Hussin adalah untuk memiliki sebuah motorsikal bagi menggantikan basikal tuanya yang telah banyak berjasa.
Dengan basikal tua itulah beliau bergerak dan membantu membersihkan bandar Taiping secara sukarela terutama di kawasan tarikan pelancong.
“Dengan motorsikal, pergerakan saya akan lebih pantas, dan jimat masa". Ini adalah impian beliau ketika diajukan soalan berkaitan impiannya pada Mei tahun lepas.
Sekarang Pak Hussin sudah memilik sebuah motorsikal yang membantu memudahkan pergerakannya membuat kerja sukarela membersihkan bandar Taiping.
Besar jasa Pak Hussin dalam memastikan Taiping kekal bersih dan terus menjadi tarikan pelancong. Pak Hussin benar-benar mengajar kami apakah itu ‘Erti Pengorbanan’
Namun, apabila sebuah basikal digantikan dengan sebuah motorsikal, perbelanjaan Pak Hussin turut meningkat. Kini, beliau perlu mengisi minyak dan juga modal untuk penyelenggaraan motorsikal tersebut apabila perlu.
Oleh itu, bagi menghargai jasa Pak Hussin, perbelanjaan minyak motor Pak Hussin ditanggung oleh Petronas Jalan Simpang, Batu 2.5, Larut Tin.
Terima kasih warga Taiping atas sokongan anda terhadap Petronas Jalan Simpang, Batu 2.5, Larut Tin selama ini.. Ini bukanlah usaha kami, tetapi ini adalah usaha KITA bersama dalam menyokong Hero seperti Pak Hussin..




Pesanan istimewa dari Pak Hussin:

Pak Hussin amat menghargai jasa baik anda semua. Terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Taiping, MODENAS (motorsikal), pihak media, individu dan warga tempatan penduduk Taiping yang banyak membantu dan memberi sembangan kepada beliau. Tidak lupa juga:

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping
Hospital Taiping
Wisma Persekutuan Taiping
Batalion Kesembilan Renjer, ATM Taiping
Rejimen Artileri, ATM, Kamunting
Suratkhabar sinaran, KL
TNB HQ
Dan lain-lain

Cari apa yg tersembunyi? 😬
11/07/2020

Cari apa yg tersembunyi? 😬

THE TALE OF TAIPING: PAK HUSIN & PETRONAS JALAN SIMPANG...
03/07/2020

THE TALE OF TAIPING: PAK HUSIN & PETRONAS JALAN SIMPANG...



BEST KE GUNA MINYAK HIJAU (PRIMAX97) NI? CUBA SHARE SIKIT...Apa yang buat anda semua pilih minyak hijau ye? Mesti ada se...
19/06/2020

BEST KE GUNA MINYAK HIJAU (PRIMAX97) NI? CUBA SHARE SIKIT...
Apa yang buat anda semua pilih minyak hijau ye? Mesti ada sebab kan. Cuba share dengan kami 😀
Harga naik esok.. Boleh la singgah Petronas Jalan Simpang isi PRIMAX97.. Sempat lagi ni 😬



TANPA ANDA, SIAPALAH KAMI.. SELAMAT DATANG KE PETRONAS 😀Balik kampung 10 Jun ni, jom isi minyak Petronas.Kami memerlukan...
08/06/2020

TANPA ANDA, SIAPALAH KAMI.. SELAMAT DATANG KE PETRONAS 😀
Balik kampung 10 Jun ni, jom isi minyak Petronas.
Kami memerlukan sokongan rakyat Malaysia supaya kami terus mampu untuk menyumbang kepada Malaysia 🇲🇾 tercinta 🤗
Tanpa anda rakyat Malaysia 🇲🇾, siapalah kami 🙏





Ikhlas dari kami di Petronas Jalan Simpang, Taiping

ORANG TAIPING KENAL TAK HERO KITA NI?Ada yang boleh teka siapakah disebalik mask?Rasanya orang Taiping mesti kenal kan i...
10/05/2020

ORANG TAIPING KENAL TAK HERO KITA NI?
Ada yang boleh teka siapakah disebalik mask?
Rasanya orang Taiping mesti kenal kan insan yang berhati mulia ni 😀
Kami ada cerita mengenai Hero kita.. Nantikan ya 🤗



Salam Nuzul Al-Quran dari kami ❤Bulan Ramadan ni, marilah sama-sama kita hayati peristiwa bersejarah ini, perbanyakkan i...
10/05/2020

Salam Nuzul Al-Quran dari kami ❤
Bulan Ramadan ni, marilah sama-sama kita hayati peristiwa bersejarah ini, perbanyakkan ibadah dan ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

"TERIMA KASIH ORANG TAIPING"   Kita semua melalui suasana Ramadhan yang sangat berbeza pada tahun ini. Tiada bazar, tiad...
09/05/2020

"TERIMA KASIH ORANG TAIPING"

Kita semua melalui suasana Ramadhan yang sangat berbeza pada tahun ini. Tiada bazar, tiada solat tarawikh di masjid dan tiada moreh beramai-ramai bersama keluarga serta sahabat handai.
Tetapi ada sesuatu yang tidak pernah berbeza dan berubah iaitu.. INGATAN KAMI BUAT ORANG TAIPING 🤗
Dalam segala cabaran yang sedang dilalui, kami mencuba yang terbaik untuk menzahirkan penghargaan kami kepada orang Taiping yang sentiasa menyokong stesen kami. TERIMA KASIH ORANG TAIPING 🤗
Diharapkan dengan usaha kecil kami ini dapat menyuntik keceriaan Ramadhan buat pelanggan yang kami hargai 🤲😀

Jom LIKE Page kami untuk sebarang hebahan pada masa hadapan 🤗

Want to know the easy way to win a contest let's cook together with petronas gas?Just follow these steps and you stand a...
08/05/2020

Want to know the easy way to win a contest let's cook together with petronas gas?
Just follow these steps and you stand a chance to win a petronas gift card worth rm200!
What else, think about your best recipe and join now!

Address

Lot PT 6, Jalan Simpang
Simpang
34000

Telephone

+601159819903

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petronas Jalan Simpang Batu 2.5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category