Five Online Store

Five Online Store Hello we sell Motorbike accessories, spare parts, riding gears & more!

We are Official Dealer Espada, Apido, Suprimo, Aji Racing, Yoshipower, MHR, X-DOT, Rapido, Racing Boy, MC-Racing, GR Racing, Kozi, TSR, Laser, SKK & more

Kepada semua pelanggan dan kenalan kami,Sempena hari raya haji yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ...
05/06/2025

Kepada semua pelanggan dan kenalan kami,
Sempena hari raya haji yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda dan keluarga. Moga hati anda dipenuhi dengan ketenangan dan usaha anda diberkati.
Pengorbanan itu bukan hanya tentang kehilangan, tetapi ia juga tentang pemahaman bahawa tidak semua yang pergi itu merugikan. Kadangkala ia membuka pintu rezeki dan keberkatan yang lebih luas.
Aidiladha adalah waktu di mana kita boleh menilai semula, bukan berapa banyak yang kita miliki, tetapi berapa banyak yang sanggup kita lepaskan demi satu tujuan yang lebih tinggi. Sempena hari yang mulia ini, marilah kita menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan dalam kerja dan kehidupan.
Salam Aidiladha daripada kami, FiveOnlineStore.

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah KepadaKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YA...
01/06/2025

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kepada
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda

Sembah Takzim Daripada Seluruh Warga Kerja
Five Online Store

Katak kenyang lalu tertido,Gajah pitam lantas terjatuh,Andai tak sampai tangan menghulur,Ku pohon keampunan dari jauh.Da...
30/03/2025

Katak kenyang lalu tertido,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Dalam dunia yang semakin sibuk ini, kami doakan agar Aidilfitri ini menjadi peluang untuk kita semua berhenti sejenak menghargai insan-insan yang masih ada, mengenang yang telah pergi, dan merenung kembali erti kasih sayang, persahabatan, serta nilai kekeluargaan yang sejati.

Berhati-hati bagi semua yang ingin pulang ke kampung halaman. Memandu dengan berhemah di jalan raya,bak kata pepatah biar lambat asal selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Mesej dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tidak lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Gong Xi Fa Cai!HAPPY CHINESE NEW YEAR TO EVERYONE. Wishing you a vibrant Year of the Snake, where every day is filled wi...
28/01/2025

Gong Xi Fa Cai!

HAPPY CHINESE NEW YEAR TO EVERYONE. Wishing you a vibrant Year of the Snake, where every day is filled with joy, laughter, and cherished moments with loved ones. Also, bring you wisdom, strength, and success in all your endeavours.

May the Snake’s agility and grace inspire you to embrace change and seize every opportunity that comes your way this year. Embrace the transformative energy of the Snake and let it inspire you to grow and thrive.

We also hope this year of the Snake will bless you with resilience and determination. Let the snake guide you to new adventures. Here’s to a year of great achievements!

HAPPY CHINESE NEW YEAR !!!
From us FiveOnlineStore

HAPPY NEW YEAR!Tahun baru merupakan titik permulaan kita untuk kembali merajut doa dan harapan menjadi kenyataan. Tahun ...
01/01/2025

HAPPY NEW YEAR!

Tahun baru merupakan titik permulaan kita untuk kembali merajut doa dan harapan menjadi kenyataan. Tahun baru bukan hanya tentang waktu, malah tentang permulaan baru dan harapan yang tak berhujung.

Saat kita menyambut tahun 2025 ini, gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit dan rendahkan hati serendah Mutiara ia lautan.

Walaupun pada tahun 2024 hidup penuh dengan halangan dan keperitan, teruskan perjuangan demi masa hadapan untuk diri sendiri mahupun keluarga. Masa depan kita bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini, jadi berusahalah dengan sepenuh hati dan jika penat berhentilah sebentar tetapi bukan selamanya!

May 2025 be the year you finally chase your dreams, laugh more and love even harder. Wishing your heart be filled with peace, your mind with clarity and your soul with purpose. Let’s make it unforgettable.

HAPPY NEW YEAR 2025 !!

Hari Malaysia adalah hari untuk meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu. Semoga kita terus maju dan be...
15/09/2024

Hari Malaysia adalah hari untuk meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu. Semoga kita terus maju dan berjaya dalam segala bidang demi masa depan yang lebih baik.

SELAMAT HARI MALAYSIA !!

Laungan Merdeka suara keramat,Ribuan hadir pelbagai bangsa,Malaysia kini negara berdaulat,Semangat berjuang penuh perkas...
29/08/2024

Laungan Merdeka suara keramat,
Ribuan hadir pelbagai bangsa,
Malaysia kini negara berdaulat,
Semangat berjuang penuh perkasa.

Hari Merdeka bukan sekadar perayaan, tetapi juga masa untuk kita merenung pencapaian negara dan bertekad untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Dengan pelbagai s**a dan duka, kita wujudkan kebebasan kita.

Kita tidak boleh mengubah sejarah, tapi kita boleh menentukan masa depan. Percayalah dengan rasa sayang dan bangga kepada negara inilah yang boleh menjadi ikatan utama kepada perpaduan bangsa di negara ini.

Semoga di hari kemerdekaan ini dapat menyemai inspirasi untuk kita berkerja dengan lebih keras dan mencipta kerjaan bersama. Ayuh, bersama-sama kita rancakkan semangat kemerdekaan dalam hati kita.

Jalur Gemilang Berkibar Megah,
Lagu Negaraku Berkumandang Indah,
Apakah Erti Kemerdekaan Dari Penjajah,
Tapi Budaya Dan Pemikiran Masih Dijajah.

Kibarkanlah bendera kebangsaan dengan bangga!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Daulat Tuanku!Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman, Al Aminul...
29/06/2024

Daulat Tuanku!

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman, Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-82 pada hari Ahad, 30 Jun 2024 bersamaan 23 Zulhijjah 1445H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT, dilanjutkan usia dalam keafiatan dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan bagi memayungi negeri dan rakyat Kedah dengan syiar Islam.

Sembah takzim daripada semua warga kerja FiveOnlineStore.
________________________________________________

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-82 pada hari Ahad, 30 Jun 2024, akan bercuti bagi menghormati jasa serta peranan baginda dalam memimpin negeri.

SEKIAN

Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Yang Menyambutnya. Kami Berharap Semoga Tahun Ini Anda Semua Diberikan Kebahag...
16/06/2024

Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Yang Menyambutnya. Kami Berharap Semoga Tahun Ini Anda Semua Diberikan Kebahagiaan & Kesihatan Yang Baik.

Kami Dari FiveOnlineStore Mengucapkan Salam Aidiladha Buat Semua.

Kenyataan rasmi daripada Five Online Store 🥰.
08/05/2024

Kenyataan rasmi daripada Five Online Store 🥰.

Kami dari FiveOnlineStore, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Di hari raya ini, ma...
09/04/2024

Kami dari FiveOnlineStore, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Di hari raya ini, marilah kita saling bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan 😘

Sempena raya, kedai FiveOnlineStore akan bercuti dari 10 April sehingga 12 April & akan mula beroperasi semula pada 13 April. Terima kasih ❤️

Address

Sik

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Five Online Store posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share