09/05/2026
Triton 1 step polishing & waxing done🚗✨
Free add on:
Engine bay cleaning ✅
Watermark removal ✅
Window rain repellent ✅
BILA PATUT WAX DAN POLISH KERETA ANDA?
Wax? Polish? Apa itu? Kebiasaan kita mendengar ini bila nak kereta kita nampak sentiasa berkilat tanpa ada kesan calar lebih mudah katakan untuk perlindungan pada badan kereta kita.
1. POLISH
- Polish adalah untuk kilatkan kereta anda.
- Hilangkan kotoran degil yang tidak hilang dengan mencuci.
- Hilangkan calar-calar halus pada kereta.
- Di sarankan untuk di lakukan dua kali setahun.
- Polish adalah untuk kilatkan kereta tetapi tidak memberi perlindungan.
2. WAX
- Wax di gunakan selepas Polish untuk menambah lapisan sinar untuk kereta & juga sebagai lapisan perlindungan.
- Wax adalah satu lapisan yang memberi perlindungan untuk cat asal kereta
- Wax akan melindungi kereta anda dari sinaran uv & akan menghalang pencemaran & debu lain daripada merosakkan kereta anda.
- Ia juga mengurangkan kelembapan yang bersentuhan dengan cat, kerana air menyebabkan hakisan.
BILA PATUT WAX DAN POLISH KERETA
1.Wax (Perlindungan): Setiap 2 hingga 3 bulan untuk mengekalkan lapisan pelindung daripada UV dan hujan.
2.Polish (Pemulihan): Apabila cat kereta kelihatan kusam, terdapat watermark (kesan air), atau calar halus.
3.Tanda Perlu Polish/Wax: Permukaan kereta terasa kasar selepas dicuci, warna nampak pudar, atau setelah 6 bulan ke setahun.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh pm kita.☺️