Puspakom Sdn Bhd

Call Directions Website Contact the business

Puspakom Sdn Bhd Welcome to PUSPAKOM Sdn Bhd 199401000307 (285985-U), Malaysia's national vehicle inspection company. Bhd. 199401000307 (285985-U). Hubungi 1-800-88-2005; atau
3.

POLISI LAMAN FACEBOOK PUSPAKOM SDN BHD

Selamat datang ke halaman Facebook PUSPAKOM Sdn. PUSPAKOM menggunakan halaman Facebook ini untuk berkongsi informasi, pengumuman, program, aktiviti yang berkaitan dengan syarikat kami termasuk pemeriksaan dan keselamatan kenderaan. Untuk sebarang pertanyaan, pembaca boleh hubungi kami di +603 5101 7000 atau Live Chat dengan kami melalui www.puspakom.com.my (pertanyaan am) atau https://gicheck.my (pertanyaan tentang GiCheck). Kami mengalu-alukan komen, pandangan dan maklum balas yang membina daripada pembaca namun pembaca diingatkan bahawa komen, pandangan dan maklum balas yang tersebut tidak boleh menjejaskan keselamatan, kesejahteraan orang lain dan integriti komuniti serta negara kita. Pembaca juga tidak boleh menyiarkan ulasan, imej, video dan pautan yang termasuk dalam kategori berikut:

Berbentuk tuduhan, fitnah tidak berasas yang boleh menjatuhkan nama syarikat kami;
Mempromosikan khidmat runner atau orang tengah;
Bersifat kesat/ menyinggung/ lucah;
Penipuan, memperdaya atau mengelirukan;
Luar topik;
Spam (seperti ulasan yang sama disiarkan berulang kali pada profil) atau sertakan pautan tertentu ke laman sesawang lain;
Secara tersirat atau nyata menyerang dan/atau memfitnah mana-mana pihak;
Menyinggung perasaan raja-raja, badan kehakiman, eksekutif, badan perundangan, mana-mana jantina, etnik, agama, bangsa atau budaya;
Menyokong sebarang aktiviti haram;
Mempromosikan perkhidmatan, produk atau organisasi politik tertentu;
Melanggar hak cipta atau tanda dagangan mana-mana pihak;
Haram dan/ atau melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang yang sedang berkuat kuasa; dan
Mencipta dan/atau menimbulkan kebencian dan ketidakharmonian. Kami sentiasa memantau segala komen yang dimuat naik dan berhak untuk menutup komen dan menyekat akaun Facebook mana-mana individu daripada Halaman Facebook kami tanpa sebarang notis. Kami sentiasa menyokong keselamatan dan kesejahteraan pembaca serta integriti komuniti Facebook kami, oleh itu, anda digalakkan untuk melaporkan kepada kami sebarang komen yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Tindakan sewajarnya (seperti menyekat atau memadam komen) akan diambil setelah menerima laporan anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat laporan dengan Facebook terus [https://bit.ly/3pYsxpA]. Sila ambil perhatian bahawa komen yang dinyatakan oleh pembaca di Halaman Facebook ini tidak menggambarkan pendapat dan pendirian kami. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kami melalui:
[email protected]

Kami turut mengalakkan orang ramai untuk melaporkan sebarang salah laku berkaitan dengan integriti melalui saluran berikut :

1. Emel ke [email protected]; atau
2. Tulis maklumat / aduan anda dan hantar ke:
Bahagian Audit Dalaman Kumpulan
DRB-HICOM Berhad
Level 5, Wisma DRB-HICOM
No.2, Jalan Usahawan U1/8,
Seksyen U1, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia


PUSPAKOM FACEBOOK PAGE POLICY
Welcome to PUSPAKOM Sdn. Bhd. 199401000307 (285985-U) page. This page is created to disseminate information and announcements related to PUSPAKOM, vehicle inspection and vehicle safety. It also serves to share information about our events, activities and promotions with our readers. For any enquiries, readers can contact us at +603 5101 7000 or Live Chat with us via www.puspakom.com.my (general enquiries) or https://gicheck.my (GiCheck related enquiries). Constructive feedback and views under the comment sections of our posts are welcome. However, those comments shared should not compromise the safety, well-being of others and the integrity of our community and nation. Readers are reminded not to post or share comments, images, videos and links that fall into the following categories:

Accusations, allegations, defamatory statement that can tarnish the name of our company;
Promoting runner or middleman services;
Vulgar/ offensive/ obscene in nature;
Fraudulent, deceptive or misleading;
Off topic;
Spam (such as the same comment posted repeatedly on a profile) or include certain links to other sites;
Impliedly or expressly attacks and/or defames any party;
Offensive towards the monarch, judiciary, executive, legislative bodies, any gender, ethnic, religion, race or culture;
Advocating any illegal activity;
Promoting particular services, products, or political organizations;
Infringing the copyrights or trademarks of any party;
Illegal and/or breaches any regulations or laws currently in force; and
Creating and/or inciting hatred. PUSPAKOM will always monitor those comments made in the page. We reserve the right to delete comments and block any individual from our page without any notice. We always help support the safety and well-being of readers and the integrity of our Facebook community, therefore, you are advised to report any comment which makes you feel uncomfortable to us. We will take appropriate action (such as ban or delete comment) upon receipt of your report. Alternatively, you can also lodge a report with Facebook directly [https://bit.ly/3pYsxpA]. Any information provided by readers are voluntarily contributed and is not verified by us. Readers are reminded not to disclose personally identifiable information about themselves or others as a safety precaution. Please note that the comments expressed on this page do not reflect our company’s official views and position. Please email you enquiries to the following email address:
[email protected]

PUSPAKOM welcomes and encourages the public to report possible illegal or unethical conduct or malpractice through the following channels:

1. Email at [email protected]; or
2. Call 1-800-88-2005; or
3. Write up your information/ complaint and post to: -
Group Internal Audit Division
DRB-HICOM Berhad
Level 5, Wisma DRB-HICOM
No.2, Jalan Usahawan U1/8,
Seksyen U1, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗞𝗢𝗠 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗛: 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟Setelah bertahun-tahun bersama anda, PUSPAKOM Pandan Mewah akan menamatkan operasi...
18/09/2026

𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗞𝗢𝗠 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗛: 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟

Setelah bertahun-tahun bersama anda, PUSPAKOM Pandan Mewah akan menamatkan operasi sepenuhnya pada 30 September 2026 (Rabu).

Jangan risau! Anda masih boleh membuat tempahan di cawangan PUSPAKOM berhampiran melalui GiCheck.my.

Berita baik untuk anda! Cawangan PUSPAKOM baharu bakal dibuka tidak lama lagi. Nantikan pengumuman selanjutnya!

Ada tempahan pada 1 & 2 Oktober 2026? Sila rujuk pin komen di bawah untuk tindakan lanjut.

Ada apa-apa pertanyaan? Kami sedia membantu!
Hubungi: 03-5101 7000 | Live Chat di www.puspakom.com.my | Email ke [email protected]

Terima kasih atas kepercayaan anda. 🧡

Syarikat anda sedang mencari peluang untuk bekerjasama dengan PUSPAKOM?Pendaftaran vendor kini dibuka kepada syarikat ya...
18/09/2026

Syarikat anda sedang mencari peluang untuk bekerjasama dengan PUSPAKOM?

Pendaftaran vendor kini dibuka kepada syarikat yang berkelayakan. Sebagai vendor berdaftar, anda berpeluang menyertai sebut harga (RFQ) dan perolehan akan datang dalam ekosistem PUSPAKOM.

Imbas kod QR pada visual atau layari pautan berikut untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

16/09/2026

SEJAUH MANA ANDA KENAL MALAYSIA? 🇲🇾🚗

Sempena Hari Malaysia, jom uji pengetahuan anda tentang sejarah, identiti negara dan dunia automotif Malaysia! 👀

Daripada detik-detik penting dalam sejarah negara hinggalah kepada perjalanan PUSPAKOM sejak penubuhannya, setiap fakta ada ceritanya tersendiri.

Berapa banyak yang anda boleh jawab dengan betul? Cuba sekarang dan lihat sejauh mana anda kenal Malaysia! 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Malaysia.Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia yang terdiri dari...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya dan negeri.

Semoga semangat saling menghormati dan bekerjasama terus kukuh dalam membina masa depan yang lebih harmoni. Bersama-sama kita melangkah ke hadapan demi Malaysia yang lebih baik.

Selamat Hari Malaysia daripada warga PUSPAKOM.

14/09/2026

Dua hari penuh dengan aktiviti, ilmu dan pengalaman yang dikongsi bersama para pengunjung di AEON Bukit Tinggi Klang.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadikan GiCheck Auto Weekend lebih bermakna. 🫶

Yang datang, terima kasih sebab sporting. Yang tak sempat datang… jangan risau, mana tahu GiCheck datang ke tempat anda p**a? 👀

09/09/2026

Kami dengar, kami ambil maklum! 🫶
Terima kasih sebab terus menyokong PUSPAKOM dan memeriahkan GiCheck Auto Weekend bersama kami baru baru ini.
Sokongan anda memang bermakna bagi kami.

Mana tahu… lepas ni kita jumpa lagi di GiCheck Auto Weekend Volume 2, tapi dekat tempat lain p**a!? 👀

Cer komen dekat bawah. Anda nak kita ke mana p**a lepas ni? 👇
Mana tahu tempat anda jadi destinasi seterusnya! 😉

Dari Wilayah Timur dan Tengah, SANTUN diteruskan ke Utara dan Selatan, sebelum sampai ke penghujung jelajah di Sabah & S...
08/09/2026

Dari Wilayah Timur dan Tengah, SANTUN diteruskan ke Utara dan Selatan, sebelum sampai ke penghujung jelajah di Sabah & Sarawak, melengkapkan siri latihan SANTUN di seluruh Malaysia.

Namun, perjalanan SANTUN tidak berhenti di sini. Ia akan terus dibawa ke cawangan-cawangan PUSPAKOM seluruh Malaysia melalui pasukan Operasi Cawangan, supaya nilai mesra, prihatin dan profesional terus diterapkan dalam setiap interaksi warga PUSPAKOM bersama pelanggan. Pengalaman pelanggan bermula daripada perkara yang mudah iaitu cara kami menyambut, mendengar dan membantu.

Terima kasih kerana terus mempercayai PUSPAKOM. Kami hargai setiap kepercayaan yang diberikan dan akan terus berusaha memberikan pengalaman yang lebih baik untuk anda.

08/09/2026
YA, KAMI BUKA HARI SABTU BULAN SEPTEMBER INI!Tak sempat datang waktu bekerja? Jangan risau! Beberapa cawangan PUSPAKOM a...
08/09/2026

YA, KAMI BUKA HARI SABTU BULAN SEPTEMBER INI!
Tak sempat datang waktu bekerja? Jangan risau! Beberapa cawangan PUSPAKOM akan beroperasi pada hari Sabtu untuk kemudahan anda.
📅 12, *19 & **26 September2026
🕗 8 pagi – 5 petang
📍 Cawangan terpilih
📲 Tempah temujanji di www.gicheck.my

07/09/2026

HARI TERAKHIR TAPI MERIAH LAIN MACAM 🙌🏻

Semalam berakhirlah sudah GiCheck Auto Weekend 2026 yang berlangsung selama dua hari di AEON Mall Bukit Tinggi, Klang.

Terima kasih kepada semua yang hadir, memeriahkan suasana, cuba pelbagai aktiviti dan bersama-sama menjadikan edisi pertama ini begitu bermakna.

Kalau tak sempat hadir kali ini, jangan risau… mana tahu kita berjumpa lagi di GiCheck Auto Weekend yang seterusnya? Nantikan. 😉👀

Address

PUSPAKOM Sdn. Bhd. 199401000307 (285985-U), Level 3, Wisma DRB-HICOM, No 2, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspakom Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Puspakom Sdn Bhd:

Shortcuts

Share