12/06/2021
Bolehkah Covid-19 Merebak Melalui Udara? 🤔
Setakat ini, Virus Covid-19 merebak melalui titisan cecair dari hidung, mulut pesakit yang dijangkiti apabila mereka batuk, bersin, bercakap dan menghembuskan nafas. Titisan cecair ini boleh jadi partikel besar (Droplet) atau partikel besar (Aerosol).
Aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter. Manakala Droplet p**a lebih berat dan biasanya akan jatuh lingkungan jarak 1-2 meter.
Kebolehan partikel ini kekal di udara bergantung kepada faktor persekitaran seperti aliran udara dan kelembapan. Apabila kepadatan virus dalam udara tinggi, jangkitan boleh berlaku pada jarak lebih 2 meter dan kepada individu yang hanya merentas ruang udara tersebut. Jadi sentiasa lah memakai pelitup muka dan jaga jarak okay! 😷
Sumber: Bernama