17/02/2023
Tayar kereta merupakan salah satu komponen kereta yang teramat penting yang perlu dijaga bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang di atas jalan raya.
Sedikit sahaja kerosakan atau ‘kecacatan’ pada permukaan tayar kereta mampu menjejaskan pengendalian kereta, selain boleh menjejaskan keberkesanan pada brek kenderaan. Ia secara tidak langsung mampu membahayakan nyawa pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Jadi sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, adalah amat penting untuk anda memastikan keempat-empat biji tayar kereta anda berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.