Razi - Proton Shah Alam

Razi - Proton Shah Alam Sy Razi, wakil penjual Proton USJ sedia membantu. Trade-in & Full Loan diterima.

Delivery Proton X90 Flagship. Terima kasih kpd En Hafiz. Nice number lagi 😍
11/06/2025

Delivery Proton X90 Flagship. Terima kasih kpd En Hafiz. Nice number lagi 😍

Settle delivery of Proton X70 Premium 👏🏼👏🏼Last car En Mani bought was almost 2 decades ago & is still in use now. This y...
14/05/2025

Settle delivery of Proton X70 Premium 👏🏼👏🏼
Last car En Mani bought was almost 2 decades ago & is still in use now. This year decided on getting a new car for the ease of the whole family's travel needs. Thank you to En Mani for trusting me with your new car purchase. 🤝🏼
https://0192535138.wasap.my

13/05/2025

Sempat lagi keluar kereta sebelum Raya Haji ni.
Rate rendah beserta promo loan mudah lulus.
Open kepada Proton Saga, Persona, Iriz, S70, X50, X70, X90 dan Emas 7.
https://0192535138.wasap.my

Habis study, nak mula bekerja & perlukan kereta? Mari sy bantu. Khas utk fresh grad umur 21-30.Cuma sedia kan-*IC*Offer ...
09/05/2025

Habis study, nak mula bekerja & perlukan kereta? Mari sy bantu. Khas utk fresh grad umur 21-30.

Cuma sedia kan-
*IC
*Offer letter Company
*Transcript/Graduate scroll.

Belum ada offer letter? Belum habis study? Bawah umur 21? Boleh guna kan mak/ayah/pasangan sebagai guarantor.

Berminat boleh pm sy di whatsapp.
https://0192535138.wasap.my

Sedikit input & bandingan antara dua enjin 1.5 TGDI yg hot selling di Malaysia. Berminat Proton boleh pm sy, berminat ke...
08/05/2025

Sedikit input & bandingan antara dua enjin 1.5 TGDI yg hot selling di Malaysia. Berminat Proton boleh pm sy, berminat ke yg sebelah tu pon boleh pm sy 😆

Yang di sebelah kiri itu Civic Ketam, yang di sebelah itu Proton X50.

Ketam pasaran negara kita ada 3 jenis enjin, 1.8L NA dan 1.5L Turbo GDI dan 2.0L Turbo GDI.

Namun untuk yang biasa, maknanya yang bukan Type R, Civic Ketam guna enjin 1.8L NA dan 1.5L Turbo GDI.

Proton X50 p**a dua-dua jenis enjin menggunakan 1.5L turbo, satu guna sistem suntikan Port Fuel Injection (Turbo PFI) dan satu lagi guna Gasoline Direction (Turbo GDI).

DI sini aku nak buat perbandingan kuasa enjin antara enjin Civic Ketam 1.5L Turbo dan X50 1.5L Turbo PFI dan Turbo GDI.

Enjin Civic Ketam 1.5L Turbo GDI berkuasa maksimum 173 ps @ 5500 rpm,

X50 1.5L Turbo PF8 berkuasa maksimum 150 ps @ 5500 rpm, X50 1.5L Turbo GDI p**a berkuasa maksimum 177 ps @ 5500 rpm.

Jadinya dari sudut kuasa maksimum, enjin X50 Turbo GDI paling power, kedua enjin Ketam, dan yang ketiga p**a X50 Turbo PFI.

Kemudiannya dari sudut tork maksimum p**a, Civic Ketam 1.5L Turbo GDI 220 Nm @ 1700 - 5500 rpm, X50 Turbo PFI 226 @ 1500 - 4000 rpm, dan X50 Turbo GDI p**a 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

Jadinya tempat pertama X50 Turbo GDI, kedua X50 Turbo PFI dan ketiga Civic Ketam.

Nak bagi nampak jelas lagi, kita tukarkan nilai tork kepada ps pada rpm di mana ketiga-tiga kereta di atas mempunyai tork maksimum.

Civic Ketam 1.5L Turbo GDI mempunyai tork maksimum 220 Nm dari 1700 hingga 5500 rpm.

Oleh itu, kuasa enjin dari 1700 hingga 5500 rpm adalah seperti di bawah:
53 ps @ 1700 rpm
63 ps @ 2000 rpm
94 ps @ 3000 rpm
125 ps @ 4000 rpm
157 ps @ 5000 rpm
172 ps @ 5500 rpm

Memang cepat kuasa enjin meningkat, kerana tork agak besar bermula dari rpm rendah.

Kita lihat p**a X50 Turbo PFI yang mempunyai tork maksimum 226 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

48 ps @ 1500 rpm.
55 ps @ 1700 rpm.
64 ps @ 2000 rpm.
97 ps @ 3000 rpm.
129 ps @ 4000 rpm.

Nampak di situ enjin X50 Turbo PFI mempunyai kuasa yang lebih cepat meningkat berbanding enjin Civic Ketam 1.5L Turbo GDI pada rpm 1700 hingga 4000 rpm

Namun kerana tork maksimum Civic Ketam 1.5L Turbo GDI yang kekal 220 Nm sehingga 5500 rpm, enjin Civic Ketam 1.5L Turbo GDI lebih power dari enjin X50 Turbo PFI.

Dengan berat badan kedua-dua kereta yang lebih kurang sahaja beratnya, dan dua-dua menggunakan transmisi kecekapan tinggi, sudah tentu apabila tekan minyak habis ke lantai, Civic Ketam 1.5 Turbo GDI akan jauh meninggalkan X50 Turbo PFI semasa memecut.

Walaupun begitu, dari sudut teorinya, untuk pemanduan biasa, enjin X50 Turbo PFI lebih berkuasa, cuma tidaklah beza sangat, dari 200 hingga 4000 rpm, ada beza antara 1 hingga 4 ps sahaja.

Mungkin tak rasa beza pun antara kedua-duanya.

Untuk enjin X50 Turbo GDI p**a, tork maksimum 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm, oleh itu kuasa enjin dari 1500 hingga 4000 rpm adalah seperti di bawah:

48 ps @ 1500 rpm.
62 ps @ 1700 rpm.
73 ps @ 2000 rpm.
109 ps @ 3000 rpm.
145 ps @ 4000 rpm.

Yang ini agak jauh beza jika dibandingkan dengan Civic Ketam 1.5L Turbo GDI dan X50 Turbo PFI.

Beza dengan Civic Ketam pada 2000 rpm pun sudah 10 ps, pada 3000 rpm sudah beza 15 ps dan pada 4000 rpm, beza lebih besar, 20 ps.

Enjjn X50 1.5L Turbo GDI mempunyai kuasa enjin yang lebih cepat meningkat berbanding Civic Ketam 1.5L Turbo GDI dan X50 Turbo PFI.

Jadinya secara teorinya, pada pemanduan biasa, antara 1500 hingga 4000 rpm, enjin X50 Turbo GDI akan rasa lebih berkuasa dari Civic Ketam 1.5L Turbo GDI dan X50 Turbo PFI.

Jika memecut dengan cepat dari rpm rendah ke pertengahan, secara teorinya X50 Turbo GDI akan ke hadapan dahulu.

Kemudian akan diikuti oleh Civic Ketam 1.5 Turbo GDI dan X50 Turbo PFI.

Jika ikut dari data dari Proton dan Honda, 0-100 kmsj X50 Turbo GDI ambil masa 7.8 saat, Civic Ketam 1.5L Turbo GDI p**a 8.2 saat.

Mungkin kerana faktor kuasa enjin X50 Turbo GDI yang cepat meningkat dari rpm rendah, namun kuasa maksimum antara X50 Turbo GDI dan Civic Ketam 1.5L Turbo GDI lebih kurang sahaja, aku yakin jika memecut pada kelajuan yang lebih laju, dengan badan Civic yang lebih aerodinamik, Civic Ketam 1.5L Turbo GDI akan meninggalkan X50 Turbo GDI yang berbadan SUV yang kurang aerodinamik.

Ikut pengalaman aku pun memang pecutan Civic Ketam 1.5L Turbo GDI lebih cepat dari X50 Turbo GDI dari kelajuan 100 hingga 180 kmsj.

Badan SUV memang agak kuat rintangan angin, jadinya jangan beri harapan tinggi untuk dapat pecutan yang kuat semasa kelajuan tinggi.

Cuma Civic 1.5L Turbo GDI transmisi CVT macam ada had kelajuan, mungkin untuk jangka hayat CVT, jika X50 Turbo GDI boleh lari lebih dari had kelajuan Civic Ketam, maka bolehlah menang pada kelajuan maksimum.

Dari sudut modifikasi p**a, aku rasa enjin Civic 1.5L Turbo GDI lebih berpotensi, kerana serata dunia blok enjin L15 Turbo GDI ibarat boleh menjadi alternatif kepada enjin K20, boleh dapat kuasa kuda yang tinggi, tetapi jangan buat power sangat kerana bimbang dengan transmisi CVT.

Enjin X50 1.5L Turbo GDI pun boleh dimodifikasi, namun agak kurang pop**ar berbanding enjin Honda. Tak pasti berapa peningkatan kuasa yang boleh dapat.

Spesifikasi Civic 1.5 Turbo GDI.

Enjin: 1.5 liter 4-silinder DOHC 16-injap Turbo GDI.

Kuasa maksimum: 173 ps/ 127 kW @ 5500 rpm.

Tork maksimum: 220 Nm @ 1700 - 5500 rpm
53 ps @ 1700 rpm
63 ps @ 2000 rpm
94 ps @ 3000 rpm
125 ps @ 4000 rpm
157 ps @ 5000 rpm
172 ps @ 5500 rpm

Transmisi: CVT

Berat: 1314-1316 kg.

0-100 kmsj: 8.2 saat

Kelajuan maksimum: 200 kmsj.

Spesifikasi Proton X50 1.5L Turbo GDI.

Versi Turbo GDI (1.5 TGDi Flagship).

Enjin: 1.5L (1477 cc) 3-silinder DOHC 12-injap Turbo GDI.

Kuasa maksimum 177 ps / 130 kW @ 5500 rpm.

Tork maksimum 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

48 ps @ 1500 rpm.
62 ps @ 1700 rpm.
73 ps @ 2000 rpm.
109 ps @ 3000 rpm.
145 ps @ 4000 rpm.

Transmisi 7-kelajuan dwi klac.
Pacuan hadapan.

Berat 1370 kg.
0-100 kmsj 7.8 saat.

Spesifikasi X50 1.5L Turbo PFI.

Enjin: 1.5L (1477 cc) 3-silinder DOHC 12-injap Turbo PFI (Port Fuel Injection).

Kuasa maksimum 150 ps / 110 kW @ 5500 rpm.

Tork maksimum 226 Nm @ 1500 - 4000 rpm.
48 ps @ 1500 rpm.
64 ps @ 2000 rpm.
97 ps @ 3000 rpm.
129 ps @ 4000 rpm.

Transmisi 7-kelajuan dwi klac.
Pacuan hadapan.

Berat 1325 kg (1.5T Standard), 1345 kg (1.5T Executive).

X50 R3 Sold Out🥹Maaf pada yg berkenaan, tapi jika masih berminat dgn X50, bulan ni ada extra rebate khas utk X50 dan X50...
10/04/2025

X50 R3 Sold Out🥹
Maaf pada yg berkenaan, tapi jika masih berminat dgn X50, bulan ni ada extra rebate khas utk X50 dan X50 SE pon masih ada few units lagi READY STOCK.
https://0192535138.wasap.my

Standard pon dah hensem. S70 Flagship X.Rebate tgh tinggi ni, pada yg berminat boleh ambil peluang ni utk kurang kan ama...
10/04/2025

Standard pon dah hensem. S70 Flagship X.
Rebate tgh tinggi ni, pada yg berminat boleh ambil peluang ni utk kurang kan amaun loan dan pada masa sama dapat tinggi kan deposit jika ada. 🤗
https://0192535138.wasap.my

❗Updated Pricelist 2025Rebate ✅Freegifts ✅Check loan ✅Baru bekerja ✅Student ✅Full loan ✅CTOS under 10k ✅Trade-in ✅https:...
05/04/2025

❗Updated Pricelist 2025
Rebate ✅
Freegifts ✅
Check loan ✅
Baru bekerja ✅
Student ✅
Full loan ✅
CTOS under 10k ✅
Trade-in ✅
https://0192535138.wasap.my

Address

Bangunan IDCC, Lot G33, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:00
Sunday 09:30 - 18:00

Telephone

+60192535138

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Razi - Proton Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category