08/03/2022
Kata orang musim hujan sekarang ni memang waktu yang kurang sesuai kalau nak basuh kereta sebab boleh dianggap sesuatu kerja yang sia-sia sebab nanti akan kotor semula. Memang ada logiknya namun ada sebab yang lebih dari faktor kebersihan semata mata.
1. Supaya warna kereta tahan lama
Dalam keadaan atmosfera bumi yang tercemar memungkinkan hujan berasid terjadi. Keasidan hujan membolehkannya menghakis lapisan clear pada cat kenderaan. Kemasan krom juga boleh hilang kilatnya. Hakisan ini walaupun mengambil masa yang lama, tindakan pencegahan adalah yang terbaik.
2. Polish atau wax setiap beberapa bulan
Kalau ada bajet buatlah rawatan lapisan wax atau polish setiap beberapa bulan. Paling kurang pun 2 kali setahun. Di pasaran sekarang ini terdapat beberapa jenama yang agak berkualiti yang mampu melindungi kenderaan anda dari anasir penghakis. Kotoran lain pun payah nak lekat.
Pusat cucian kenderaan kami menawarkan perkhidmatan ini. Kami mempunyai pekerja yang terlatih dan mahir dalam mengurus kotoran melibatkan cat. Berbelanja sedikit demi kenderaan kesayangan anda✅✅✅
3. Faktor keselamatan
Ini ditumpukan pada cermin depan dan belakang. Waktu hujan cenderung menjadikan bahagian ini di selaputi kesan-kesan air atau selut dari percikan air yang berpasir atau berselut. Kadangkala ia akan berwap menyebabkan penglihatan kurang jelas dan membahayakan ketika memandu.
4. Kebersihan dalaman
Musim hujan inilah membuatkan dalaman kenderaan anda bertambah kotor. Di tapak kasut andalah akan melekat air, pasir dan tanah. Kalau boleh bersihkan kawasan tersebut sebelum memasuki kenderaan. Kalau tidak anda kan melabur untuk membeli karpet baru untuk kereta anda dek kerana dah kusam dan berbau.
Bila kereta dah bersih, berkilat dan wangi barulah semangat memandu bawak famili jalan-jalan.✌️
Ading Car Wash di buka setiap hari
Isnin~Ahad
9 pagi ~ 8 malam🔥🔥🔥