24/03/2025
Bagi pemilik Perodua Alza 1.5 yang mengalami tanda-tanda seperti berikut:
1. Enjin Semput atau Kurang Kuasa
Enjin terasa lemah terutama semasa pecutan.
Semput atau tersentak ketika menekan pedal minyak.
RPM tidak stabil, terutama ketika idle (enjin hidup tanpa tekan minyak).
2. Penggunaan Minyak Bertambah
Sistem pemasaan injap (VVT) membantu enjin lebih efisien. Jika rosak, penggunaan minyak boleh meningkat.
Anda mungkin perasan kereta lebih cepat habis minyak dari biasa.
3. Lampu “Check Engine” Menyala
Lampu amaran enjin biasanya menyala di dashboard.
4. Bunyi Enjin Kasar atau Ketukan
Jika VVT gagal berfungsi dengan baik, enjin mungkin berbunyi kasar atau ada bunyi ketukan (knocking) terutama ketika pecutan.
5. Enjin Susah Hidup atau Mati Secara Tiba-Tiba
Dalam kes lebih teruk, enjin mungkin susah hidup atau mati secara tiba-tiba ketika memandu.
Jika anda mengalami simptom-simptom seperti diatas Cuba scan Dan jika Fault Code adalah P0010 seperti gambar diatas.
Masalah ini adalah berkaitan dengan "Camshaft Position Actuator Circuit (Bank 1)". Ini bermaksud ada masalah pada sistem pemasaan injap berubah (VVT - Variable Valve Timing), yang boleh disebabkan oleh:
1. Solenoid VVT rosak atau tersumbat – Minyak enjin kotor atau tidak cukup boleh menyebabkan solenoid VVT tersumbat.
2. Sensor kedudukan camshaft (CMP) bermasalah – Sensor ini membantu enjin mengawal pemasaan injap.
3. Pendawaian atau sambungan longgar – Wayar yang rosak atau soket yang longgar boleh menyebabkan gangguan isyarat.
4. Masalah pada ECM (Engine Control Module) – Jarang berlaku, tetapi jika ECM tidak menghantar atau menerima isyarat dengan betul, ia boleh mencetuskan kod ini.
Langkah penyelesaian:
✔ Periksa tahap dan kualiti minyak enjin, tukar jika kotor.
✔ Bersihkan atau ganti solenoid VVT jika tersumbat.
✔ Periksa pendawaian dan sensor camshaft.
Selamat mencuba .