Gear Numb

Directions Website Contact the business

Gear Numb Hiburan Santai Dunia Dua Roda. Any enquiry: [email protected]

🔥 RASMI: Ninja H2 2027 Dah Launch, Kuasa Turun, Tapi Brek Dan Teknologi Naik LevelIngat lagi teaser "Return To Beyond Be...
18/09/2026

🔥 RASMI: Ninja H2 2027 Dah Launch, Kuasa Turun, Tapi Brek Dan Teknologi Naik Level

Ingat lagi teaser "Return To Beyond Belief" yang kita share minggu lepas? Well, tak payah berteka teki lagi, Kawasaki Europe dah lancarkan siri Ninja H2 2027 dengan Ninja H2, Ninja H2 Carbon, dan si pemangsa litar, Ninja H2R. Selepas hilang dari showroom Europe sejak 2020, akhirnya H2 kembali tapi dengan beberapa perubahan besar yang anda wajib tahu.

⚙️ Angka Kuasa Sebenar
Ini bahagian yang paling banyak orang tunggu. Ninja H2 2027 rasmi keluarkan 197hp pada 11,000rpm (tanpa ram air) dan 206hp dengan ram air, dengan 135Nm tork pada 8,500rpm. Bandingkan dengan spec Europe sebelum ni yang claim 240hp (dengan ram air) dan 142Nm tork memang jauh beza, lebih 30 kuasa kuda hilang.

Sebab dia simple, enjin H2 baru ni kongsi data emission dengan ZH2 SE supaya boleh lepas piawaian Euro5+ yang lagi ketat tu. Nasib baik, H2R yang track-only dan tak terikat aturan emission jalan raya, kekal mengganas dengan 306HP atau 321hp dengan ram air. Kalau nak power mentah tanpa kompromi, H2R lah jawapannya.

🔧 Apa Yang Berubah Di Sebalik Fairing
Untuk capai Euro5+, Kawasaki rombak balik throttle body, piston, cylinder head, cylinder, crankshaft, camshaft dan sistem supercharger pun direka baru sepenuhnya. Sistem ekzos dapat diameter paip baru dengan susunan pre-chamber dan silencer yang lebih panjang tapi nipis. Nisbah gear pun diselaraskan supaya sepadan dengan ZH2. Berat kekal sama 238kg untuk model jalanan.

🛞 Brek, Dashboard & Pakej Elektronik
Benda ni yang buat H2 2027 rasa "upgrade" walaupun kuasa surut. H2 dan H2 Carbon jadi motosikal Kawasaki pertama yang pakai brek Brembo Hypure di depan (gantikan Stylema lama), dipadankan cakera 330mm. Dashboard baru pun ada dua theme, cool gila macam gaya aviation, siap boleh sambung dengan app Kawasaki.

Pakej elektronik pun lengkap habis: traction control, launch control, cornering ABS (KIBS), KQS quickshifter, engine brake control, Öhlins electronic steering damper, dan cruise control. Menariknya, untuk varian H2R kekal dengan brek Stylema dan dashboard lama, bukti dia memang dirancang khas untuk litar, bukan untuk feel premium atas jalan.

🏆 H2 Carbon & H2R: Untuk Yang Nak Lebih
Ninja H2 Carbon kekal istimewa dengan cowl atas dibuat daripada CFRP (carbon-fibre reinforced plastic) yang ringan tapi kukuh, dalam kuantiti terhad. Design keseluruhan p**a tak banyak berubah, masih warna Mirror Coated Spark Black dengan frame trellis hijau ikonik tu, jadi peminat Kawa semua tak perlu risau H2 hilang identiti dia.

💰 Bila Kita Boleh Beli
Di UK, harga rasmi untuk Ninja H2 lebih kurang ~RM157k, manakala Ninja H2 Carbon dekat ~RM172k. Paling syok tentulah Ninja H2R dengan harga ~RM286k, semua masuk pasaran sana hujung 2026 ni.

Untuk pasaran kita p**a, berapa pun harga import H2 ni nanti memang tak terjangkau poket rider marhaen macam kita. Tapi cerita kembalinya flagship supercharged Kawasaki ni tetap satu milestone penting untuk industri dan jadi bukti pengeluar Jepun still sanggup labur dalam teknologi macam ni walaupun regulasi makin ketat setiap tahun.

So anda lebih excited dengan H2 jalan raya yang lagi "jinak" ni, atau ushar pasaran secondhand H2 kat marketplace? Atau deposit terus ke H2R yang harga sebuah rumah semi-D? Komen sikit dibawah!👇

Ayam Gepok & Yamaha Tracer 9GT - Part 1Tayar mula golek dari Sungai Buloh. Waktu petang-petang macam ni, nak redah trafi...
18/09/2026

Ayam Gepok & Yamaha Tracer 9GT - Part 1

Tayar mula golek dari Sungai Buloh. Waktu petang-petang macam ni, nak redah trafik keluar dari kawasan bandar memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Nasib baik admin Gogorot yang membonceng kat belakang tak merungut. Tempat duduk pillion Tracer 9 GT ni luas dan agak rendah, jadi dia tak payah nak panjat macam panjat pokok kelapa, santai je duduk kat belakang.

​Awal-awal dapat motor ni, jujur cakap kami kat GearNumb pun agak terpinga-pinga tengok senarai features dia. Bersepah jargon teknikal sampai pening kepala nak faham. Electronic suspension? Yamaha Ride Control (YRC)? Cruise Control? Blind spot detection? Banyak betul benda nak kena hadam.

​Tapi bila dah mula masuk lebuh raya, segala teknologi yang tertulis kat atas kertas tu mula 'bercakap'.

​Mula kat bahagian kokpit dulu, Yamaha sumbat skrin TFT 7 inci colorful dengan 3 pilihan theme, siap boleh sambung dengan Garmin LinkBox untuk navigasi, manakala aplikasi Yamaha MyRide untuk feature lain. Kalau boleh admin malas nak godek, tapi memandangkan kesibukan kerja uruskan projek berjuta-juta memerlukan kami semak notifikasi & jawab call sambil menunggang, semua dengan kawalan joystick pada switch sebelah kiri. Telefon elok disimpan dekat box sebelah kanan yang turut dilengkapi soket USB untuk pengecasan. Box kecil ni dan tangki minyak turut dikunci secara automatik oleh sistem keyless yang bijak.

Lepas tu bila meluncur sambil petik gear lever, quickshifter dia bekerja dengan bapak smooth, takde rasa terhentak atau melompat, dah macam main skuter. Bila petang dah beranjak ke senja, lampu depan matrik LED dia bukan menyala saja-saja, punya terang sampai sejauh 175 meter! Benda yang nampak simple tapi dia sambungkan ke kamera dan sensor IMU 6-axis untuk kawal pencahayaan ikut cuaca, keadaan dan kenderaan sekeliling. Tapi musim jerebu tebal ni mata tetap kena alert lebih.

​Hari dah gelap, perut pun dah berbunyi, kami buat keputusan untuk singgah kat R&R, kebetulan ada ayam gepuk p**a, memang pekena dulu sepinggan. Sambil tu kami bincang pasal fizikal motor ni. Mungkin untuk sebuah crossover yang sebaya dengan dia, Tracer ni antara paling rendah dia punya tempat duduk (845mm) memudahkan rider yang berketinggian 165cm (macam Gogorot tu la) untuk kawal. Cuma pada kelajuan bawah 40km/j, berat dia (227kg) tu terasa ketara lah.

Lepas bergilir-gilir ride, admin Gogorot pun akui motor ni sangat mudah dikendalikan tanpa buat badan rasa cepat lesu. ​Selesai makan, kami sambung perjalanan melintasi lebuhraya, dan masa ni lah admin mula nampak gambaran sebenar teknologi padat yang Yamaha tawarkan ni.

​Teknologi padat macam ni, pendek kata: either you love it or hate it.

​Perumpamaannya macam ekosistem Apple iPhone. Ada kawan admin sebelum ni bertahun-tahun guna iPhone 11. Satu hari, dia gatal tangan nak cuba jenama X sebab tengok spesifikasi atas kertas gempak gila dengan harga jauhhh lebih murah. Tapi bila dah pakai? Hari-hari struggle. Tak boleh nak adapt, rasa tak kena dengan jiwa, dan akhirnya dia beli balik iPhone walau kena bayar lebih.

​Kenapa? Sebab dalam ekosistem yang matang, setiap fungsi bekerjasama antara satu sama lain secara senyap tanpa kita sedar semata-mata nak memudahkan hidup pengguna.

​Sama jugak dengan Tracer 9 GT ni. Reka bentuknya ada orang s**a, ada orang benci. Teknologi yang melimpah-ruah ni ada yang kagum, ada yang kata semak. Tapi bila kita sendiri yang bawa, manfaatkan semua sistem tu dan rasa ia melengkapi satu sama lain... slowly it grew on me.

​Oh ya, sebelum terlupa, ada satu persepsi salah yang kami kena betulkan (sebab kami pun tersilap faham awal-awal tadi!). Model Tracer 9 GT pasaran Malaysia ni tiada sistem Radar macam varian 9 GT+, dan tiada kotak gear Y-AMT (automatik) macam yang pasaran sesetengah negara lain dapat. HLYM bawa masuk pakej sweet-spot yang paling praktikal untuk pasaran tempatan kita. Jadi jangan konfius tau!

​Perjalanan 80km pertama petang ni rasa macam tak cukup p**ak. Benda tengah sedap layan, sedar-sedar dah sampai. Lepas ni kami susun test ride jarak yang lebih jauh untuk betul-betul godek potensi jentera ni.

​Nantikan ulasan Part 2 nanti! Kalau anda s**a gaya ulasan santai macam ni, jangan lupa subscribe dan ikuti perkembangan kami di GearNumb. Terima kasih atas sokongan anda!

Dah Bosan Dengan Dua Roda? Ada Duit Boleh Beli Tiga Tayar! 😁🏍️ ​X-Wedge Vanguard VT2000 baru diperkenalkan awal tahun ni...
18/09/2026

Dah Bosan Dengan Dua Roda? Ada Duit Boleh Beli Tiga Tayar! 😁🏍️

​X-Wedge Vanguard VT2000 baru diperkenalkan awal tahun ni dengan rupa monster, enjin gergasi 2,000cc V-Twin buatan S&S dari Amerika, dan design p**ak dapat sentuhan KISKA dari Austria, pereka jentera KTM dulu.

Walaupun enjin dia tu bunyi motor, tapi kat highway, rider tetap kena bayar tol macam kereta tau!

​Bila bandingkan dengan Harley-Davidson Tri Glide Ultra yang guna enjin Milwaukee-Eight 114 berkapasiti 1,868cc Vanguard VT2000 p**ak 1,976cc, iaitu enjin V-Twin terbesar untuk motor China setakat ni. Bunyi ala potato tu mungkin hampir sama.

​Sebagai motor dari China, Vanguard sumbat teknologi padat, siap ada gear mengundur (sebab kalau takde, patah pinggang nak pushback), 4 unit speaker JBL, pemanas tempat duduk, dan skrin sentuh TFT 7-inci.

​Beza harga boleh tahan besar, tapi dua-dua ni jatuh dalam kategori Luxury Trike, saiz gergasi dan kena lalu lorong Touch 'n Go kereta.
​Kalau anda diberi pilihan, nak ambil badge "Bar and Shield" Milwaukee ataupun jentera Ultra-Touring kuasa China ni? On ke tak on?

Perang Street Bike:Samseng CP3 Jepun VS Hipster Inline-3 British! 🏍️🔥​Kalau tuan-tuan peminat jentera naked tiga dapur k...
17/09/2026

Perang Street Bike:Samseng CP3 Jepun VS Hipster Inline-3 British! 🏍️🔥

​Kalau tuan-tuan peminat jentera naked tiga dapur kat Malaysia, dua model ni komfem jadi modal bergaduh. Antara Yamaha MT-09 dengan Triumph Trident 800, dua-dua guna enjin 3-silinder tapi karakter macam langit dan bumi.

​🇯🇵 Yamaha MT-09: Samseng Master of Torque
Bernadikan enjin CP3 890cc Yamaha yang berhantu, jenis s**a terangkat tayar depan bila p**as throttle. Reka bentuk muka baru yang ada iras robot 'Dark Side of Japan' ni memang menonjol atas jalan raya.

​MT-09 ni khas untuk rider berjiwa kelajuan dan keberanian & s**a hantaran tork yang agresif untuk main selekoh Genting. Kalau anda rider tak reti duduk diam dan nak motor yang sentiasa ajak berlumba, ini ubatnya.

​🇬🇧 Triumph Trident 800: Abang Classy Berjiwa Sukan
Triumph p**a baru masuk dengan pendekatan yang lebih halus. Upgrade menyeluruh dari Trident 660 yang laku keras, Trident 800 datang dengan enjin inline-3 800cc dari Eropah yang tawarkan kelancaran & kuasa yang sangat kemas, digabungkan dengan ngauman ekzos yang syahdu. Lampu bulat menonjolkan elemen klasik-moden serta kualiti kemasan & feature nampak mahal.

​Motor ni sesuai untuk rider yang nak nampak gentleman dan bergaya macam mamat Eropah, nak motor premium yang smooth bila layan highway atau komuter harian, tapi masih ada taring bila sekali sekala nak p**as habis.

​🏁 Nak Pilih Mana?
Jadi antara kuda Jepun yang main gila di highway dan selekoh macam MT-09 👍, ataupun jentera British klasik layan angin memburu kafe hipster dengan gaya Trident 800 ? Cuba komen pendapat anda kat bawah! 👇
​

Litar 'Neraka Hijau' Tahun Ke-100, BMW Lancar Edisi Khas "100 Jahre Nürburgring"​Geng kaki automotif mesti kenal litar l...
16/09/2026

Litar 'Neraka Hijau' Tahun Ke-100, BMW Lancar Edisi Khas "100 Jahre Nürburgring"

​Geng kaki automotif mesti kenal litar legenda Nürburgring yang bakal menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun 2027. Sebagai pusat ujian utama untuk jentera berprestasi BMW, diorang raikan detik bersejarah ini dengan melancarkan siri edisi khas "100 Jahre Nürburgring". Memang rare dan cun habis!

​Kereta, Motor Pun Kena Racun Sekali!

​Kalau korang peminat kereta BMW M series, edisi ni bukan terhad untuk geng empat tayar je. Geng dua tayar pun dapat edisi khas padu menerusi BMW Motorrad dengan tiga model hiper iaitu M 1000 RR, M 1000 R, dan M 1000 XR.

Antara ciri & benda special yang jadikan motor ni special adalah:

- ​Sangat Terhad: Setiap model motosikal (M 1000 RR, R, dan XR) hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja di seluruh dunia. Siapa cepat dia dapat!
- ​Warna Eksklusif: Kesemua jentera hadir dengan warna cat "Nürburgring Green" yang dibangunkan khusus untuk edisi ini. Rim karbon tu pun dipadankan dengan stripe Nürburgring Green.
- ​Perincian Khas: Terdapat grafik bayangan/silhouette litar Nordschleife dicat pada bahagian tangki minyak. Penutup airbox p**a didatangkan dengan tanda "one of 100" yang sangat eksklusif.
- ​Tempat Duduk Premium: Menampilkan tempat duduk dengan kemasan Alcantara beserta sulaman logo "100". Bahagian swingarm dan kerangka belakang disudahi dengan rona hitam.
- ​Jajan Tambahan: Ciri M Track Package diberikan secara standard. Pemilik turut dibekalkan dengan paddock stand tayar belakang, alas motosikal eksklusif dengan logo 100 tahun, dan sarung motosikal M Cover Kit (khas untuk M 1000 RR dan R).

​Edisi "100 Jahre Nürburgring" ini sememangnya satu penghormatan tertinggi BMW kepada litar yang telah banyak mencorak sejarah s**an permotoran dan prestasi kenderaan mereka. Buat masa ini, harga rasmi untuk motosikal siri M ini masih belum diumumkan.

​Agak-agaknya ada tak tauke Megah Holding kat Malaysia yang akan masuk meminang jentera rare ni nanti?

Dual Sport Jepun: Penjelajah Rally VS Hantu Hutan Balak? 🏍️🌵Nak main jalan off-road sebenar, motor kena tahan lasak dan ...
16/09/2026

Dual Sport Jepun: Penjelajah Rally VS Hantu Hutan Balak? 🏍️🌵

Nak main jalan off-road sebenar, motor kena tahan lasak dan boleh diharap sepanjang perjalanan dalam hutan. Pilihan yang anda boleh pilih dari jenama Jepun, dua ni yang selalu buat rider dalam dilema. Nampak tawaran hampir sama tapi jiwa jauh beza!

👍 Honda CRF250 Rally
Nama 'Rally' ni tak lain tak bukan, dia sinonim dengan keselesaan jarak jauh (dalam konteks off-road). Enjin 250cc single-cylinder liquid cooled dipadankan dengan tangki minyak besar, cuma fizikal dia agak berat & lebar sikit.

❤️ Kawasaki KLX230
Ni jentera trail lasak sejati. Enjin lebih ringkas dengan air-cooled dan basic, tangki pun sederhana, masih cukup nak mencilok di laluan balak berselut dengan lincah dan ringan. Kalau tumbang tengah hutan pun masih boleh angkat.

Pilihan segmen ni makin banyak, tapi kalau dari brand Jepun, dua motor ni lah membahagikan kita, nak lumba rally jarak jauh dalam hutan dengan CRF250, atau main track kebun sawit yang curam tanpa risau motor berat (KLX230)?

Komen pilihan anda, team enjin sejukan cecair 👍 atau enjin sejukan udara ❤️?

Selamat Hari Malaysia buat semua sekutu GearNumb! Cuti ni pergi ride mana tu?
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia buat semua sekutu GearNumb! Cuti ni pergi ride mana tu?

Geng Honda Konvoi Cuci Pantai Kuala Muda: Pulas Throttle Cari Pahala!Biasa kalau pagi hujung minggu, asal dengar bunyi e...
15/09/2026

Geng Honda Konvoi Cuci Pantai Kuala Muda: Pulas Throttle Cari Pahala!

Biasa kalau pagi hujung minggu, asal dengar bunyi ekzos berderet je dalam kepala kita mesti fikir geng motor tengah konvoi ramai-ramai, sarapan lemang, atau cari port pekena kopi. Tapi pagi Sabtu baru-baru ni kat Seberang Perai, ada kelainan sikit. Seramai 65 orang rider Honda konvoi bukan nak pergi asah tayar, tapi dorang turun padang bawa satu misi: nak tapau sampah kat Pantai Kuala Muda!

Ini semua bawah inisiatif program CSR Boon Siew Honda (BSH) yang diorang panggil Ride to Reach. Berpegang pada moto "We Care. We Serve. We Reach", geng associate BSH ni simpan sekejap riding glove tukar pakai sarung tangan getah dan pegang plastik hitam untuk bersihkan pesisir pantai Penang.

Perjalanan bermula dengan sesi flag-off dari Batu Kawan, lepas tu layan angin pagi santai-santai menghala ke pantai. Kalau tengok Pantai Kuala Muda tu memang nadi untuk komuniti nelayan dan peniaga kecil tempatan cari rezeki. Jadi, bila geng motor ni turun asingkan sisa buangan dan bersihkan kawasan pantai, impaknya tu memang direct kena pada orang kampung yang hari-hari lepak kat situ.

Benda yang paling mahal pagi tu sebenarnya bukan setakat pantai jadi bersih, tapi bab connection. Bayangkan abang nelayan dengan keluarga tengah sarapan lempeng, tiba-tiba masuk berpuluh biji motor Honda. Ingatkan konvoi biasa je, rupa-rupanya parking motor dan terus tolong cuci pantai. Memang senyum lebarlah orang kampung. Sambil gotong-royong tu, sempatlah sembang-sembang, gelak ketawa. Ini bukti yang budaya main motor ni tak semestinya pasal kelajuan, tapi pasal ukhuwah dan menyatukan orang ramai.

Kalau nak tahu, program Ride to Reach ni bukan projek one-off. Sejak launch bulan Mei 2025, macam-macam tempat diorang pulun. Dari masuk sekolah bagi pendidikan keselamatan jalan raya, sampailah redah masuk Perak hantar bantuan banjir dan tolong servis motor mangsa kat sana. Memang respect.

Ketua Pegawai Pentadbiran BSH yang juga Pengerusi Ride to Reach, Mr. Rosidan bin Haron, ada pesan benda yang cukup mendalam. Falsafah Honda bagi dia bukan setakat atas kertas atau KPI kerja, tapi benda yang dia bawa dalam hidup. Sampaikan buku Honda Philosophy tu dia usung ke mana-mana buat peringatan yang setiap kerja kena hormat orang, bantu komuniti, dan cipta kegembiraan. Hari tu, diorang buktikan yang konvoi dengan niat yang betul boleh tinggalkan jejak yang lebih bersih dan buat masyarakat setempat tersenyum.

Lepas dah berpeluh sakan, acara wajib mestilah makan-makan dengan orang kampung sebelum amik gambar buat kenangan. Satu peringatan ringkas untuk kita semua: kepuasan main motor ni akan jadi lebih bermakna bila kita kongsi benda baik dengan orang lain. Tahniah BSH!

15/09/2026

Motor Paling Laju Dalam Sejarah | Reupload

Plot Twist Terbaik Malam Pelancaran Zxmoto, 820R Pun Masuk Menyelit! 🔥Selain tiga jentera yang dirasmikan, Zxmoto sempat...
15/09/2026

Plot Twist Terbaik Malam Pelancaran Zxmoto, 820R Pun Masuk Menyelit! 🔥

Selain tiga jentera yang dirasmikan, Zxmoto sempat belanja teaser first look satu lagi model ditunggu ramai: 820R, versi bogel (naked/streetfighter) dari 820RR tu. Status dia sekarang masih ditahap "Road Testing Bike", belum boleh beli lagi tapi dah cukup buat rider tak senang duduk!

Macam sedara dia, enjin 818.8cc inline-3 DOHC yang sama tapi detuned sikit jadi 130hp & 78Nm tork. Jangan menguap dulu, sebab tengok jentera terdekat contohnya Yamaha MT-09 (117HP), Triumph Trident 800 (113HP), MV Agusta Brutale 800 (113HP) yang dalam sama kategori. Tapi biasalah, atas kertas belum buktikan pengalaman dunia sebenar.

Pakej elektronik pun sama 820RR, IMU 6-axis, riding mode, Quickshifter dua arah dan banyak lagi. Tu semua features premium lumayan disumbat dalam jentera seberat lebih kurang 186kg.

Harga & tarikh rasmi belum ada, tapi dengan spec macam ni je dah cukup buat orang excited. Sambil tu kami masih tunggu ulasan dari media global, sebab untuk 820RR tu banyak juga komen positif walaupun bercampur pendapat & kecaman,jadi untuk versi naked ni mungkin tak jauh beza.

Anda dah teruja tunggu 820R ni ke dah cukup dengan tiga model yang launch malam tu? Drop komen kat bawah 👇

Address

Seremban
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gear Numb posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gear Numb:

Shortcuts

Share