06/01/2026
🦾Hari ni kami terima Proton X50 masalah bonet karat teruk serta sedikit kemek.
Keadaan bonet agak mengejutkan sebab kereta masih baru, tapi karat dah naik dengan teruk. Admin tak tahu apa sebabnya tapi besar kemungkinan bonet pernah ditukar tanpa proses spray dan perlindungan yang betul, sebab itu karat cepat merebak.
Untuk kes macam ni, kami tak ambil jalan mudah.
Kualiti kerja bermula dari asas.
Kami buang SEMUA karat yang nampak pada permukaan bonet, bukan sekadar gosok dan tutup. Ini penting sebab kalau ada sisa karat yang tertinggal, lambat laun karat tu akan “timbul balik” walaupun kita guna cat mahal dan teknik spray yang kemas.
Selepas proses buang karat selesai dan besi betul-betul bersih,
kita akan spray epoxy sebagai lapisan perlindungan utama untuk kunci besi daripada karat.
Barulah kami akan sambung dengan undercoat primer sebelum masuk proses cat seterusnya.
Inilah cara kami jaga kualiti kerja —
bukan sekadar cantik masa ambil kereta,
tapi tahan lama dan tak menyusahkan owner di kemudian hari.
Kerja mungkin ambil masa,
tapi hasilnya bonet kembali elok, kemas, dan lebih selamat daripada masalah karat berulang. 💪🚗
Anda ada masalah bonet berkarat? Boleh contact kami.😎