10/07/2026
🚧NAK SERVIS KERETA PROTON? BACA DULU YA! 👀
Kepada semua pelanggan yang dihargai,
Bahagian Service KSS Otomobil (Proton Kota Warisan) kini sedang menjalankan kerja-kerja renovasi bagi memberikan ruang yang lebih selesa dan pengalaman servis yang lebih baik untuk anda pada masa akan datang. ✨
💙 Berita baiknya... Pusat Servis kami MASIH BEROPERASI seperti biasa!
Cuma sepanjang tempoh renovasi ini, proses servis mungkin mengambil sedikit masa lebih lama daripada kebiasaan.
🚗 Nak lebih mudah?
Hantar sahaja kenderaan anda untuk servis, kemudian anda boleh pulang atau meneruskan urusan harian seperti biasa. Apabila kenderaan anda siap, pihak kami akan menghubungi anda untuk pengambilan.
Kami sedang berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik walaupun dalam tempoh renovasi ini. Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan kepercayaan anda kepada kami. 🙏
💬 Ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat temujanji servis?
Tinggalkan komen di bawah atau hubungi kami. Team kami sedia membantu! 😊
Terima kasih kerana sentiasa memilih KSS Otomobil (Proton Kota Warisan) sebagai pusat servis pilihan anda. Jumpa anda di sini! 💙