17/06/2023
PEMILIK kereta moden yang dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) kadangkala terpaksa berdepan masalah pop**ar, iaitu lampu amaran tiba-tiba menyala.
Apabila lampu itu menyala, itu bermakna kereta anda ada masalah serius berhubung sistem ABS dan brek yang harus diperiksa secepat mungkin sama ada dibawa ke Pusat Servis bertauliah atau mana-mana bengkel bertauliah. Kegagalan bertindak pantas berisiko menyebabkan insiden kegagalan brek dan membahayakan nyawa.
1. MINYAK BREK KURANG
• Ramai pemilik kereta tidak tahu bendalir brek, atau disebut minyak brek, sebenarnya antara sebab utama lampu amaran ABS boleh menyala. Cecair brek menentukan tekanan dalam ABS. Ada bekas takungan (reservoir) yang menyimpan minyak brek untuk ABS.
• Jika ada kebocoran pada bekas takungan itu, paras minyak brek akan berkurangan, sekali gus menyebabkan lampu amaran ABS menyala.
2. MASALAH SENSOR HALAJU
• Setiap roda kereta dengan ABS dipasangkan sensor halaju untuk mengukur kadar pergerakan. Maklumat kelajuan roda kemudian akan dihantar ke sistem komputer dan ABS.
• Jika salah satu roda dikesan berpusing lebih perlahan, maka sistem ABS akan meningkatkan tekanan brek supaya roda dapat berpusing pada halaju normal.
• TETAPI, jika sensor halaju bermasalah, ia juga akan dikesan sistem ABS yang menyebabkan lampu amaran menyala.
3. MODUL ABS ROSAK
• Modul ABS boleh rosak atau kakisan mengikut jangka hayat kereta dan juga menyumbang kepada berlaku masalah sistem ABS.
• Jika sistem modul rosak, komponen itu akan gagal mendapatkan maklumat daripada sensor halaju. Kakisan pada kadar sedikit pun boleh menjejaskan sistem ABS hingga menyebabkan lampu amaran menyala.
3. MODUL ABS ROSAK
• Modul ABS boleh rosak atau kakisan mengikut jangka hayat kereta dan juga menyumbang kepada berlaku masalah sistem ABS.
• Jika sistem modul rosak, komponen itu akan gagal mendapatkan maklumat daripada sensor halaju. Kakisan pada kadar sedikit pun boleh menjejaskan sistem ABS hingga menyebabkan lampu amaran menyala
4. PERIKSA FIUS
• Ada juga sistem kenderaan yang akan memeriksa sendiri semua lampu amaran, termasuk mentol. Tujuannya, memaklumkan semua lampu amaran berfungsi baik. Kebiasaan, lampu atau indikator amaran akan nyala sekejap sebelum terpadam.
• Namun, jika lampu ABS terus menyala selepas enjin dihidupkan, dan kereta p**a sedang bergerak, silalah memandu ke bengkel berhampiran untuk diperiksa. Mungkin ada fius ABS terbakar.
5. PAM HIDRAULIK UZUR
• Apabila sistem kereta mengesan salah satu roda bergerak perlahan berbanding semua roda, sensor halaju akan menghantar input kepada sistem ABS.
• Sistem ABS kemudian akan mengaktifkan pam hidraulik untuk menambah tekanan cecair brek bagi membolehkan roda memiliki traksi apabila menyentuh permukaan jalan.
• Jika pam hidraulik rosak atau uzur selepas beberapa tahun, ini boleh menyebabkan lampu amaran ABS menyala. Anda mungkin perlu tukar unit pam baharu.