Get It Tuned

Get It Tuned Kami merupakan satu-satunya syarikat milik Bumiputra yang menyediakan, menjual & memasang Set Suspensi Adjustable secara pakej suai-padan di Malaysia.
(1)

Bermula dengan inovasi Bump Stops (September 2013) untuk mengatasi masalah tayar sagat fender, kini kami telah menerajui Algoritma Sistem Suspensi Adjustable supaya keselesaan mirip suspensi standard dengan kawalan & cengkaman melebihi suspensi sports. Mengapa Pakej? Kerana sebenarnya setiap set adjustable & setiap kereta memerlukan Konfigurasi & Penalaan yang tersendiri, disamping rekabentuk set

adjustable yang sesuai, memandangkan setiap kereta digunakan mengikut keperluan masing2 disebalik keadaan jalanraya yang berbeza-beza serta saiz tayar yang pelbagai. Disebabkan itu, kesemua faktor2 tersebut perlu disesuaikan berpandukan Algoritma Sistem Suspensi dalam memastikan kereta lebih stabil, tidak membuai, tiada masalah tayar sagat fender, lebih cengkaman, lebih kawalan namun masih kekal lembut & selesa.

“Mustahil tak sama. Kan ada QA/QC bla bla bla”.Kalau dalam pemikiran dah terperangkap dengan mentaliti ni, sampai bila² ...
11/05/2026

“Mustahil tak sama. Kan ada QA/QC bla bla bla”.

Kalau dalam pemikiran dah terperangkap dengan mentaliti ni, sampai bila² masalah takkan selesai. Asik merawat simtom, tak pandai nak cari punca.

Ada isu camber? Pakai Camber Bolt boleh laras. Tutup isu, dengan menambah satu lagi isu.

Sedangkan sepatutnya, selesaikan terus punca utama. Selepas punca masalah dah tiada, berapa belas, puluh tahun pun, takkan ada lagi dah isu tu. Tak payah sebok asik nak kena buat jajaran berkala. Tapi siapa nak percaya kan? Benda dah dianggap “normal” jika ada cacat “sikit”. Masih lagi, tak selesai masalah.

Apa kesannya? Inilah salah satu punca, walaupun “steering lurus”, konon dah jumpa tempat “alignment”, tapi steering bergegar bila laju, bunga tayar cepat haus bahagian luar/dalam, mula salahkan lower arm, Steering Rack, driveshaft, fokus pada kerosakkan, tapi tak mampu nak fikir sehingga tahap lebih tinggi iaitu Geometri.

Sebab itu ada yang tukar segala macam, release bush, string alignment, balancing kuda, corner-weight balancing, pasang bar keliling, skim rotor, tapi ada je benda rasa kurang.

Seronok main tukar² barang, main teka-teki, ikut kata komen cuba tukar itu ini.

Kereta ialah sebuah binaan rumit dengan banyak kombinasi spesifik & teknikal. Maka jika anda melihatnya sebagai objek teka-teki, tiada asas yang sepatutnya, disiplin ilmu yang sepatutnya, sebab itulah masalah tak pernah selesai. Pergi la Pusat Servis pun, akhirnya keluar jawapan “itu normal”, “masih dalam julat/specs”.

Kah kah kah. Memang kelakar sangat.

Ada juga yang cakap “memang mustahil sama”. “Biasa la tu lebih kurang tolerance”. Sukatilah.

Padahal ada je yang dapat simetri tepat. Elok je tak payah fikir dah isu yang selama ni tak selesai. Apa yang mustahilnya.

Kalau belajar Proses, Instrument & Control, semua ni tak mustahil lansung. Tapi sebab dah jadi “old dog”, teaching “new tricks” is absolutely impossible.

So it’s your choices to become an old dog, or a human with rational mind.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

Biasanya kalau Steering Rack MyVi G1/2, Viva, Alza G1, Hilux, Dmax, Navara, Vios G1/2/3, Caldina, Estima, bush tapak tu,...
04/05/2026

Biasanya kalau Steering Rack MyVi G1/2, Viva, Alza G1, Hilux, Dmax, Navara, Vios G1/2/3, Caldina, Estima, bush tapak tu, walaupun baru, tapi lembik. Boleh bergerak.

Sebab tu, tukar rack end, tie rod end, tukar satu set baru pun, tak selesai isu jajaran. Asik berubah je.

Banyak tempat akan cakap “itu normal”. Kalau tukar bush keras, nanti tak sedap bawak.

Tapi bukan semudah tukar bush je, ada set prosedur lengkap, chasis, titik tengah, lower arm, semua la yang bersambung daripada steering hingga ke tayar, semua kena tepat.

Barulah tak penat pegang steering ketika memandu.

“Tapi sy dah upgrade bush pakai jenama lain, pun steering meliar”.

Ya. Bukan soal jenama. Jenama tak jamin apa pun kalau ukuran & bahan tak betul. Kalau tak percaya, boleh la cuba. Ada yang 4 kali tukar bush pun tak selesai. Sebab itu kami kata, bukan cerita 1 hal je. Semua kena buat sekali jalan. Baru boleh selesai isu.

Lokasi kami di sahaja.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

Semua orang yang kita bagi cuba pandu uji kereta kami, semua tanya benda sama “Ni semua standard ke”?Padahal, dua² keret...
29/04/2026

Semua orang yang kita bagi cuba pandu uji kereta kami, semua tanya benda sama “Ni semua standard ke”?

Padahal, dua² kereta tu dah masuk penggantung boleh laras (adjustable) + PillowBall lagi + bush nylon fit. Kombinasi ni selalu dianggap “keras”.

Tapi yang pandu-uji tu boleh p**ak sangka kereta kami semua standard.

Senang cakap, semua yang orang selalu kata buat itu keras ini keras, tapi bila rasa sendiri, semua tu lansung takde.

Jadi, nak percaya orang yang tak pandai buat (tempat lain), atau nak percaya bukti yang anda sendiri dah pandu uji, pegang steering.

Lembut tapi tak membuai lansung, brek cengkam padahal saiz standard, tayar tebal tapi selekoh tajam + selesa lalu jalan rosak, tak melantun, PillowBall + adjustable lembut = TAPI SEMUA YANG PANDU CAKAP NI SEMUA MACAM STANDARD.

Apabila kita tunjuk bawah fender (adjustable), tunjuk pakai PillowBall, tayar tebal, guna bushing yang orang selalu kata keras tu, semua jadi pelik.

Sebab itulah, semua perlu berasaskan ilmu, akademi. Bukan cuma tahu satu dua benda, tahu jenama, tahu bahan, dah.

Padahal ada faktor spesifkasi teknikal, faktor rekabentuk, ukuran, kombinasi kompleks, konfigurasi, penalaan, bermacam benda. Tapi tulis panjang macam mana pun, akhirnya orang cuma tahu satu dua benda. Lepas tu menghukum macam tahu semua.

Tapi terp**ang. Orang lain yang dah buat elok je. Myvi, Vios, Dmax, Hilux, Navara, pakai bush yang orang cakap keras, tapi elok je sedap memandu. Takde isu apa. Elok lembut macam standard.

Itulah pentingnya amalan STEM (Saintifik, Teknikal, Engineering (Kejuruteraan), Matematik).

Kalau main agak², teka teki, ikut², itu lansung takde nilai kejuruteraan. Sikit² jenama, sikit² barang import, sikit² barang JDM. Sila tanya yang dah buat. Dah tak payah nak buang masa dengan teori yang cuma teori. Dah tak payah selalu buat jajaran.

Layan boosting pun sedap. Tak penat pegang steering. Brek jadi cengkam. Yang pernah kemalangan pun dah jadi tegap.

Geometri bukan soal jenama, usia. Lansung tiada kaitan. Tapi elok la tak percaya. Boleh cuba dulu buat semua benda.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

📍Rawang.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

26/04/2026

Isu bunga tayar pecah ni, pergi mana² tempat parking kereta pun mesti boleh jumpa kereta yang ada isu ni.

Terlalu mudah untuk dijumpai.

Jika ditanya pemandu, mesti dia akan cakap: Tayar bunyi bising, steering rasa ringan/kosong/melilau, pada kelajuan tertentu steering akan bergegar. Ada juga yang penat pegang steering, steering melilau.

Ini ciri utama.

Kesan kecacatan geometri ni, memang sangat besar. Menyebabkan orang salah sangka, anggap masalah absorber, dah tukar tapi sama sahaja. Anggap masalah driveshaft, dah tukar pun sama. Anggap masalah Steering Rack, dah tukar pun masih sama.

Ada yang tukar tayar lebar, pun masalah tak selesai.

Jajaran bukan soal asalkan steering lurus, tapi 3 perkara WAJIB SEJAJAR, pada 1 titik pertemuan yang sama tepat. Barulah sedap memandu, brek cengkam, steering rasa padat, bunga tayar rasa lebar, kereta tak membuai, dll.

1️⃣ Chasis.
2️⃣ Steering.
3️⃣ Daya Penggerak.

Jika hanya chasis lurus, steering “macam lurus”, tapi Daya Penggerak tu bersepah, memang tak berguna pun naik dyno, pasang turbo, pasang bar, upgrade brek, dll.

Banyak kedai lansung tak faham steering lurus tu maksudnya macam mana. Sekadar luaran, tapi daripada dalaman, lansung tak dipeduli.

Bunga tayar akan pecah. Kenapa? Sebab konflik antara 3 titik penting tersebut menyebabkan tayar mengalami seretan. Sepatutnya tayar hanya berputar, dengan daya seret minima. Tapi ia diseret. Sebab itulah bunga tayar pecah.

Patut boleh pakai lama. Tapi bunga cepat habis.

Masih tak faham? Tak pelik. Sebab memang geometri ni tak mudah. Tapi kami ™️ ™️ dah tahu apa yang perlu dilakukan.

Kesannya? Baru sedap memandu. Kereta lama pun jadi tegap. Tak semestinya kena tukar baru.

Benda ni kena pegang steering. Baru boleh faham.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

Reaksi normal semua orang yang memang dah terbiasa dengan jajaran yang ada di banyak tempat.Apabila kami bagi tahu, sele...
18/04/2026

Reaksi normal semua orang yang memang dah terbiasa dengan jajaran yang ada di banyak tempat.

Apabila kami bagi tahu, selepas betulkan geometri nanti, brek jadi lebih grip (boleh rasa tayar macam ada ekstra lekapan), tayar bising jadi senyap (walaupun tayar dah lama/bunga tak berapa cantik), selekoh jadi tak membuai (walaupun suspensi masih lembut), steering jadi lebih tegap lurus (thrust angle sejajar dengan titik tengah steering), dll.

Semua macam “betul ke ni? Bukan ke jajaran tu steering lurus je?”.

Dah masuk sesi pandu uji, bagi pegang steering, masa tu baru setiap tuan kereta mengaku “sebelum ni sy sceptical, macam, apa kena mengena?”. Sekarang baru sy faham. Memang masuk akal.

Kami “dah tahu dah. 😏. Kami memang berani cakap sebelum buat lagi. Sb mmg itu kesannya. Bukan hanya cerita lurus je”.

Lansung tak makan hati. Sambil senyum smirks sebab memang kami dah pasti, berdasarkan jenis kereta masing².

Yang kereta nampak jenis bapak², yang kereta nampak skema semua standard pekak, yang memang dah ubah suai tukar segala benda tapi tetap tak sedap, cakap je apa jenis kereta. Takde hal. Asalkan jangan cacat chasis je, In Shaa Allaah pasti jadi sedap pegang steering sambil boosting.

Geometri bukan hal semudah tukar semua baru. Bukan soal jenama. Bukan soal ketinggian. Bukan soal tayar. Semua bukan.

Kereta lama pun jadi padu. Kereta baru keluar seminggu tapi membuai pun boleh jadi tegap. Dah tak payah buang masa pergi pusat servis asik jajaran berkala tak sudah.

Tapi seperti biasa. Jangan percaya apa kami beritahu. Sila bazirkan duit tukar semua benda. Pasang semua benda. Agak² dah muak, dah bosan asik kena buat jajaran, dah pergi segala macam sifu pun masih steering tak tegap, boleh la datang sini.

Sesebuah kereta hanya akan enak dipandu jika kereta ikut arahan pemandu. Kalau HP tinggi, nampak gempak, tapi steering bergegar, penat pegang steering, selekoh bersepah, baik simpan je dalam stor. Tak selamat untuk dipandu. Mudah terbabas.

Lokasi kami di sahaja

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

09/04/2026

Vios NCP93, kali ni, kes impak kemalangan, mengenai tepat bahagian titik rujukan geometri pada bahagian chasis.

Memang dah tiada peluang nak bagi sedap bawa.

Semasa pandu-uji, apabila boosting turbo, kereta melilau. Sangat bahaya. Hilang nikmat pemanduan. Selain tu titik tengah pusingan steering tak seimbang, Steering Rack bergerak. Memang kalau keluar kos buat bahagian lain, tapi chasis dah cacat, rugi sangat. Pasti takkan tegap walaupun dah separuh jalan.

Memang sayang sekali. Kereta dah banyak buat, tapi dah tak boleh nak sedap pandu. Penat pegang steering, jajaran akan perlu sentiasa dibuat apabila bunga tayar dah terhakis berdasarkan jajaran sebelumnya.

Tak guna ada turbo, brek besar, tayar semi, buat camber, pasang adjustable, akhirnya struktur dah kalah.

Kes macam ni memang kami nasihatkan supaya scrap sahaja. Kecuali kalau ada tempat boleh buat titik rujukan tu kembali tepat di posisi asal. Berganjak sejauh 4 hingga 5mm daripada titik asal. Impak yang tertumpu dan sangat kuat.

Sebelum ni, memang dah ada banyak kereta bekas kemalangan, tapi hanya bahagian atas. Walaupun nampak teruk, tapi titik asas geometri tak terjejas.

Dah boleh lenjan 170kmj, jauh lebih baik berbanding sebelum kemalangan cuma 110kmj steering meliar.

Samada kereta lama atau baru, geometri tu sebenarnya punca steering rasa tak kena.

Tak semestinya kena tukar semua baru.

Ada yang dah tukar semua, masalah tak selesai.

Ada yang datang seadanya, tapi tiada kecacatan komponen, terus boleh dapat hasil selepas pembetulan geometri.

Yang tahu je tahu.

Lokasi kami di sahaja.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk sebarang pertanyaan & temujanji.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

Memang kita buang je semua camber bolt jenis boleh laras ni. Dah terbukti tak diperlukan.Ada yang baru dapat tahu lower ...
06/04/2026

Memang kita buang je semua camber bolt jenis boleh laras ni. Dah terbukti tak diperlukan.

Ada yang baru dapat tahu lower arm tak sama.
Ada yang baru dapat tahu knuckle tak sama.
Ada yang baru dapat tahu Steering Rack walaupun baru tukar tapi bush lembik.
Ada yang baru dapat tahu selama ni komponen besar tak simetri.
Ada yang tukar driveshaft sebab salah sangka punca steering gegar waktu laju.
Ada yang dah banyak kali servis brek sebab bergegar.

Macam² lagi.

Selepas buat, steering rasa ketat macam kita sengaja tukar tayar lebar, padahal tayar yang sama.
Brek jadi cengkam, macam kita tukar disk besar percuma, padahal brek semua masih asal standard.
Kereta layan selekoh badan rasa tegap je, macam kita sengaja pasang bar diam² bagi benda percuma, padahal takde apa benda tambahan pun.
Laju 170kmj dulu steering gegar, sekarang tak rasa apa pun 170kmj. Sentuh steering je. Tak payah nan berpaut penat pegang steering.

Tapi siapa je yang faham benda ni. Kecuali yang dah buat je.

Macam mana p**a jajaran boleh jejas semua ni?

Itu beza faham sekadar bab camber toe, berbanding betul² tahu keadaan sebenar secara menyeluruh sesebuah kereta.

Kereta bukan objek kartun ringkas 2 Dimensi. Ia objek kompleks 3 Dimensi. Bukan cerita lurus kiri kanan je. Banyak benda.

Yang tahu je tahu.

Lokasi kami di je.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

Sesiapa yang percaya semua berpunca daripada bush, dah berapa ramai yang tukar satu set Steering Rack baru pun, isu stee...
02/04/2026

Sesiapa yang percaya semua berpunca daripada bush, dah berapa ramai yang tukar satu set Steering Rack baru pun, isu steering tarik sebelah/tak seimbang/berkaitan jajaran tetap tak selesai.

Ada juga yang dah “upgrade bush”, pun tiada perubahan.

Tapi itu lah. Kalau kami tulis panjang² pun, tetap orang akan fokus pada benda yang berkaitan PENUKARAN.

Kita tulis banyak kali tentang KETEPATAN & KOMBINASI, tapi orang baca macam kami lansung tak pernah sebut pasal ni. Nak jugak fokus tukar barang/beli baru/upgrade/jenama.

Isu berkaitan geometri & jajaran ni sangat halus & teknikal. Bukan mudah untuk faham. Pakai mesin apa pun, tetap takkan difahami kalau tiada asas yang diperlukan.

Perlu betul² tahu & fahan tentang anatomi sesebuah model kereta, secara tepat, teknikal & MENYELURUH.

Bukannya tiba² je buat jajaran. Tiba² je pakai benang. Tiba² je upgrade bush. Tiba² je tukar baru.

Ya. Memang ada yang main teka teki & nasib² selesai masalah. Tapi yang tak selesai tu, lagi ramai.

Ada yang baru tukar bush baru pun, kami terus cabut buang, buat yang custom fit, lepas tu yang lain pun kena sejajar juga. Bush yang “baru” tu cuma ada status, tapi lansung tiada nilai spesifikasi yang diperlukan.

Ada set disiplin lengkap, kepala sehingga kaki, semua kena cek & pastikan cukup syarat.

Barulah masuk bab Jajaran. Barulah masuk akal. Bukan kerja 30minit. Ada yang seharian. Ada yang kena tinggal kereta. Ini BUKAN JAJARAN BIASA.

Selepas dah betulkan struktur, nanti brek pun jadi seimbang. Bunyi pelik tak jumpa pun boleh hilang. Steering bergegar masa laju pun hilang. Macam² benda yang selama ni rasa tak kena, tak jumpa punca, terus jadi lain. Macam dapat kereta baru atau “unlock new features” padahal dah lama guna kereta yang sama. Tak pernah “discover” keupayaan sebenar jentera sendiri.

Asik anggap ini semua normal. Normal steering tarik. Normal kereta murah. Normal kereta tempatan. Normal kereta lama. Padahal tiada kaitan lansung.

Yang pakai kete lama, rasa nak kena tukar kereta baru. Yang baru dapat kereta, rasa menyesal sebab tak sedap pegang steering. Macam mana?

Sila Klik Http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Terima Kasih🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

“Bos, ingat tak sy dulu ada buat geometri utk kete sy tahun 2024?”“Sblm buat, tayar tak tahan lama. Asik nampak dawai se...
30/03/2026

“Bos, ingat tak sy dulu ada buat geometri utk kete sy tahun 2024?”

“Sblm buat, tayar tak tahan lama. Asik nampak dawai sebelah dlm. Beli tayar baru pun, berapa bulan je dah nampak dawai. Penat pegang steering, sy s**a layan jalan basah pun mmg b*k kali menggelongsor bila layan selekoh jln pergi-balik kerja. Rasa mcm tayar tak cukup lebar. Buat camber negatif pun sama je. Takde beza pun. Lagi bunga tayar cepat botak”.

“Skrg pki tayar second je, mmg lama betul tahan. Sy ada cuba promote servis bos kat kawan. Sy cerita la geometri ni mcm mana. Tapi mcm bos pernah cakap kat sy sblm ni, mmg org yg dengar je mmg takkan faham apa benda. Sama mcm sy dlu. Hya selepas sy sendiri dah alami pegang steering, baru sy bbtol faham apa kesan pembetulan geometri ni”.

“Sy mmg s**a bawak kete masa hujan. Sy mmg blh rasa perbezaan sebelum/selepas. Selepas buat geometri, walaupun hujan jalan basah, sy selalu guna laluan sama pergi-balik kerja, mmg layan habis bawak kete. Selekoh lipat jalan basah elok je melekat. Sy pun mula² rasa tak percaya. Padahal kete standard je. Takde buat camber pun. Hari tu bos tukar balik camber bolt standard. Tayar pun standard. Anti roll bar pun lansung takde. Tapi mantap lain macam. Steering lurus boleh lepas tangan. Tukar tayar hari tu pun dah tak payah alignment. Balancing tayar je. Steering kekal tegap lurus jam 1200. Sy uji ikut mcm cara bos ajar.”

“Mmg betul. Klu cerita kat org, dgn kete yg biasa ni, sesiapa pun takkan percaya. Mentang² kete biasa. Selalu kena kutuk membuai la apa la. Tapi sy pegang steering kete ni sy tahu. Rasa mcm lama betul dah xbuat alignment. Dulu berapa bulan sekali asik kena alignment”.

“Apa pun, Terima Kasih bos utk perkongsian. Klu sy blh buat kesimp**an, mmg b*k kete mudah terbabas tu sb geometri dia cacat. Mcm sy ckp, sy s**a layan kete masa hujan. Sy tahu sgt beza sblm/slps buat geometri. Totally lain walaupun kete yg sama. Drpd luaran, takde siapa pun yg nampak beza kete sy ni. Sy je yg tahu. Hari tu ada bawak sepupu, dia mmula takut jugak tgok sy bawak. Lepas tu baru dia relax sb dia pun saksi bukti hasil setting bos buat ni. Mula² tu sy gelakkan je tengok reaksi dia 😂. Skrg dia relax je bila naik kete sy.”

Cukup ke apabila buat jajaran dapat Thrust Angle = 0?Dah terbukti,  TAK CUKUP.Selagi geometri tak dibetulkan, ia tetap b...
28/03/2026

Cukup ke apabila buat jajaran dapat Thrust Angle = 0?

Dah terbukti, TAK CUKUP.

Selagi geometri tak dibetulkan, ia tetap bukan lurus yang sebenar. Sebab tu yang pegang steering tu akan rasa ada yang tak kena.

Lurus yang sebenar hanya boleh didapati selepas geometri komponen dibetulkan.

Tukar la baru berapa kali pun. Tukar la semua lower arm, Absorber, Steering Rack, tayar. Tukar semua. Belum tentu selesai.

Setakat tukar tu, mudah je. Tapi yang lain tu, yang tahu je tahu.

Bukan sebab isu kereta lama. Kereta baru pun sama je.

Lambat atau cepat je isu akan muncul.

Tiada cara lain untuk atasi isu jajaran. Bermula daripada yang paling asas.

Asas gagal, buang masa je buat yang lain. Terpaksa la buat jajaran setiap berapa bulan atau km.

Padahal yang dah buat jajaran geometri, dah tak payah fikir.

Brek pun jadi stabil, bumping pun dah rasa lain. Selekoh lebih tegap. Padahal Absorber spring kekal standard tinggi. Takde tukar apa pun.

Sebab itu naik la mesin apa pun, ia takkan menjelaskan isu geometri. Ia isu yang sangat halus & teknikal.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Lokasi kami di je.

Terima Kasih🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

Kami pernah dapat bacaan >80°C semasa parking kereta bawah panas terik, jam 1330 untuk solat Jumaat. Parking 80°C.Walaup...
27/03/2026

Kami pernah dapat bacaan >80°C semasa parking kereta bawah panas terik, jam 1330 untuk solat Jumaat. Parking 80°C.

Walaupun ramalan kaji cuaca bagi bacaan antara 35~37°C, tapi suhu sebenar di suatu ruang/kawasan, bukan semudah itu.

Sebab itu ada yang boleh goreng telur mata atas kuali yang diletakkan atas permukaan jalan tar (warna hitam, luas + permukaan besi, suhu mungkin dah lebih 90°C untuk membuatkan minyak masak mendidih).

Tak bermaksud suhu ramalan kaji cuaca tu (antara 36~40°C) dah boleh goreng telur.

Suhu sebenar akan bergantung kepada banyak faktor kombinasi di suatu ruang/kawasan/bahan.

Sebab itu juga, sesetengah kereta mengalami masalah enjin terlebih panas, walaupun bacaan suhu persekitaran “cuma” antara 36~40°C.

Padahal suhu air radiator antara 80~90°C ketika tersangkut di jalan sesak.

Udara panas & kering sekeliling kereta sudah hilang sifat menyejuk/keupayaan untuk menurunkan suhu air dalam radiator/condenser.

Bukan sebab suhu sekeliling lebih panas daripada suhu air radiator.

Kami ada inovasi sistem takungan air sejuk peluh evaporator, yang boleh disembur semula pada Condenser & Radiator sementara tersangkut di jalan yang sesak untuk membantu penyejukkan. Ia boleh digunakan tanpa had, disebabkan air peluh evaporator akan sentiasa mengalir ke dalam tangki khas tersebut.

Sepatutnya semua kereta moden ada inovasi ni. Kereta yang kami gunakan ialah Nissan Bluebird 910 tahun 1983. Walaupun kereta old-school, tapi banyak dapat sentuhan inovasi.

Address

No. 45 Jalan Bayu Permai 5, Taman Bayu Permai
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Get It Tuned posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Get It Tuned:

Share