26/05/2023
Kenapa majoriti bengkel tak s**a customer bawa barang sendiri? RBM dah baca banyak jugak fb² bengkel femes yg meluahkan benda ni. Mungkin tiba masanya RBM utk menyokong kenyataan ini.
Jangan disalah tafsir menuduh kami pihak bengkel ingin mengejar untung semata-mata. Tapi sebenarnya tak salah pun, hakikat org berniaga pastilah nak untung 😘.
Tapi ada sebab yg jauh lebih penting kenapa bengkel tolak request customer yg s**a bawak barang sendiri ni adalah disebabkan kita tak tahu kualiti barang tersebut. Itu yg pertama..
Kedua nya sahabat² sekalian, dah banyak kes yg jadi bila in future kereta customer yg bawak barang sendiri tu ada masalah, dia akan pergi semula ke bengkel dan claim macam² benda 🥴
Sudahnya kami abang² mekanik dipersalahkan walaupun sebenarnya entah siapa yg salah ku tak tahuuuuu.
Ketiga, yes of course kami mengambil kira dari aspek tenaga kerja, tools, eletrik, sewa kedai dan bla blaa kos yg perlu ditanggung. Semua itu datangnya dari pulangan sales. Dengan keadaan ekonomi sekarang, kita semua dapat bayangkan betapa peritnya utk membayar segala jenis komitmen yg ada.
Apa kata kita amalkan sikap win win situation. Customer datang ke bengkel, serahkan semuanya pada pihak bengkel utk buat kerja. Jika ada masalah kemudian hari contoh parts yg baru ditukar rosak, dengan hati terbuka pihak bengkel akan bertanggungjawab.
Jangan salahkan pihak bengkel kalau ada yg ambil upah sama seperti anda beli barang dibengkel mereka. Itulah harga setimpal yg perlu dibayar dengan skill, tempat, alatan dan macam2 lagi.
Apa2 pun, kita semua sama² mencari rezeki yg halal. Akhirnya rezeki itu akan ditentukan olehNya, jangan berhenti berusaha dan buat kebaikan di atas muka bumi ini selagi bernyawa. InsyaAllah rezeki sentiasa ada.
Terima kasih pada yg baca sampai habis, kita sama² buka minda dan hati utk ambil dari sudut yg baik ye guys. Nak servis radiator? Jom walk in!