805 garage.

805 garage. YOUR PERODUA KEICAR SERVICE PARTNER, REPAIR ,CONVERT, SPAREPART FOR PERODUA

13/07/2026

maaf kami tak buat kerja macam ni..

01/07/2026

perodua viva gasket head putus

Semalam punya cerita masuk satu kes yang agak biasa berlaku.Customer mengadu bila bawa kereta laju, bahagian belakang ra...
26/06/2026

Semalam punya cerita masuk satu kes yang agak biasa berlaku.

Customer mengadu bila bawa kereta laju, bahagian belakang rasa macam terapung dan tak stabil. Jadi kami terus buat pemeriksaan pada sistem suspension.

Rupanya memang ada punca. Absorber belakang kanan dah bocor, sebab tu kereta rasa tak sedap dipandu terutama pada kelajuan tinggi.

Asalnya cadang nak tukar yang rosak saja. Tapi customer terus cakap,
β€œBang, buat terus depan belakang sekali. Biar sekali jalan.” πŸ‘

Sambil tu kami periksa komponen lain dan dapati stopper bush pun dah reput. Jadi terus gantikan sekali.

Kadang-kadang kereta tak keluarkan bunyi pelik pun, tapi bila dipandu memang dah bagi tanda yang ada komponen suspension mula haus.

Kalau kereta korang rasa:
πŸ‘‰Tak stabil bila bawa laju
πŸ‘‰ Berbuai lebih daripada biasa
πŸ‘‰Ada bunyi hentakan
πŸ‘‰ Stereng rasa kurang yakin

Jangan tunggu sampai jadi lebih teruk. Datang 805 Garage, kami check dulu dan terangkan apa yang perlu dibuat.

πŸ“805 Garage, Alam Jaya
πŸ“² WhatsApp 017-256 5272

Terima kasih kerana terus menyokong 805 Garage. ❀️

βœ… JOB DONE πŸš— Perodua Kelisa – Engine Top & Bottom OverhaulAsalnya customer datang ke 805 Garage sebab kereta mengalami m...
26/06/2026

βœ… JOB DONE

πŸš— Perodua Kelisa – Engine Top & Bottom Overhaul

Asalnya customer datang ke 805 Garage sebab kereta mengalami masalah overheat. Simptom yang diberitahu ialah air coolant sentiasa menendang keluar ke tangki simpanan (spare tank) dan coolant cepat berkurang.

Kami terus buat pemeriksaan pada sistem penyejukan. Hasil pemeriksaan mendapati tekanan dalam sistem cooling terlalu tinggi sehingga coolant memancut keluar. Apabila dipstick minyak enjin diperiksa, minyak enjin p**a bertukar warna seperti teh ais, menandakan minyak enjin telah bercampur dengan air coolant.

Kebiasaannya simptom seperti ini berpunca daripada head gasket bocor. Jadi kami mencadangkan kepada customer untuk melakukan top overhaul, dan Alhamdulillah customer bersetuju untuk teruskan kerja.

Selepas cylinder head dibuka, kami dapati terdapat air bertakung di atas piston, manakala dinding cylinder block p**a sudah menunjukkan tanda-tanda awal karat akibat kemasukan air.

Pemeriksaan diteruskan pada bahagian bawah enjin. Oil sump dipenuhi campuran minyak dan air. Demi memastikan enjin benar-benar pulih dan tidak mengalami masalah berulang, kami berbincang dengan customer dan mencadangkan untuk membuat top & bottom overhaul.

Untuk kes ini, enjin tidak dikeluarkan daripada kereta. Kami hanya membuka bahagian atas dan bawah enjin, mengeluarkan piston untuk pemeriksaan serta mengukur keadaan dalaman enjin.

Alhamdulillah, keadaan piston dan cylinder block masih dalam spesifikasi yang baik. Jadi kami hanya perlu menggantikan:
βœ… Piston ring
βœ… Connecting rod bearing

Selain itu kami turut:
βœ…Servis oil pump
βœ… Ganti water pump baharu
βœ… Grand valve
βœ… Polish permukaan cylinder head
βœ… Ganti valve seal

Sebelum pemasangan semula, semua komponen wear & tear yang berkaitan turut diganti seperti:
βœ…Timing belt set
βœ… Set gasket atas & bawah
βœ… O-ring oil filter housing
βœ… Spark plug
βœ… Hose coolant baharu

Radiator juga kami hantar untuk diservis supaya keseluruhan sistem penyejukan kembali berada dalam keadaan terbaik.

Hasil akhirnya seperti gambar pertama. Alhamdulillah enjin kembali beroperasi dengan lancar, tekanan sistem cooling kembali normal dan tiada lagi masalah coolant menendang keluar.

Di 805 Garage, kami bukan sekadar menukar alat ganti. Kami akan buat pemeriksaan secara menyeluruh supaya punca sebenar kerosakan dapat dikenal pasti. Matlamat kami ialah membaiki kereta dengan betul, bukan sekadar menyelesaikan simptom untuk sementara waktu.

Kalau kereta anda mengalami masalah seperti:
❌ Overheat
❌ Air coolant kerap berkurang
❌ Coolant menendang ke spare tank
❌ Minyak enjin bertukar warna seperti teh susu atau teh ais

Jangan tunggu sehingga enjin rosak lebih teruk. Datang ke 805 Garage untuk pemeriksaan awal.

πŸ“ 805 Garage, Alam Jaya
πŸ“² WhatsApp: 017-256 5272

Terima kasih kepada customer yang terus memberi kepercayaan kepada kami. Semoga terus selesa memandu dan moga hasil kerja kami memberi kepuasan untuk jangka masa yang panjang. 🀝

🌟 Assalamualaikum dan selamat pagi​Hari ini bengkel kami beroperasi seperti biasa dari jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang....
25/06/2026

🌟 Assalamualaikum dan selamat pagi

​Hari ini bengkel kami beroperasi seperti biasa dari jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang.

Jom sape2 nak servis, tukar minyak hitam, check aircond,pemeriksaan kereta atau sebarang masalah kenderaan, 805 Garage beroperasi seperti biasa hari ini.

βœ… Servis berkala
βœ… Tukar minyak enjin
βœ… Pemeriksaan & diagnosis kerosakan
βœ… Baiki kereta pelbagai jenis

Jangan tunggu sampai kereta buat hal di jalan raya. Singgah ke 805 Garage hari ini, kami sedia membantu. 😊

​Hubungi kami di sini untuk pertanyaan/temujanji: https://wa.me/60172565272

βœ… JOB DONE!Selesai satu lagi tugasan di 805 Garage.πŸš— Perodua KancilπŸ”§ Tukar enjin kosong AVY TurboEnjin asal mengalami va...
25/06/2026

βœ… JOB DONE!

Selesai satu lagi tugasan di 805 Garage.

πŸš— Perodua Kancil
πŸ”§ Tukar enjin kosong AVY Turbo

Enjin asal mengalami valve bengkok, jadi kami gantikan dengan enjin kosong AVY Turbo serta menukar komponen wear & tear yang diperlukan bagi memastikan enjin kembali berada dalam keadaan terbaik.

Alhamdulillah, kerja siap dengan kemas dan kenderaan telah diserahkan kepada pemilik.

πŸ“’ Ada masalah cari alat ganti enjin swap?

Kepada pemilik Kancil, Kelisa, Kenari, Viva atau mana-mana model Perodua yang telah ditukar kepada enjin JDM, jika anda menghadapi masalah mendapatkan alat ganti, boleh terus datang ke 805 Garage.

Kami menyediakan stok alat ganti dan enjin JDM seperti EF, JB, AVY, K3 serta pelbagai komponen lain mengikut stok semasa. Jika anda tidak pasti alat ganti yang diperlukan, bawa sahaja kereta anda ke bengkel kami. Kami akan bantu semak dan cadangkan penyelesaian yang sesuai.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada 805 Garage. πŸ™

23/06/2026
23/06/2026

Perodua myvi 1.5 2011 auto untuk dijual
cat tak sampai setahun
engine baru refurbish,
gearbox dan aircond cun
brg bawah tegap bebas bunyi
puspakom b5 dah ready
boleh terus tukar nama
roadtax dan insurans boleh diuruskan

harga rm17500
lokasi puncak alam,selangor
call ameer 0172565272

21/06/2026

FOR SALE β€” PERODUA KELISA 2005 πŸ‡―πŸ‡΅πŸ”₯

πŸ’Ž Fully Convert Mira Gino (1 Car Complete Conversion)

βœ… Enjin 1.0cc Auto
βœ… Enjin cun, gearbox cun
βœ… Aircond sejuk beku

Interior πŸ‡―πŸ‡΅

βœ” Complete Mira Gino Japan Spec
βœ” Walnut Panel & Cover Original 2-Piece πŸ‡―πŸ‡΅

Exterior πŸ‡―πŸ‡΅

βœ” Complete Mira Gino Japan Spec
βœ” 4 Pintu L700 Original πŸ‡―πŸ‡΅
βœ” Rim Sakura 16” πŸ‡―πŸ‡΅
βœ” Lock Nut McGard Original

Audio System πŸ‡―πŸ‡΅

βœ” Pioneer Carrozzeria Player
βœ” Tweeter
βœ” Rear Speaker
βœ” Subwoofer

πŸ“Œ Kereta banyak barang dan aksesori rare Jepun. Tengok depan mata memang terus faham nilai build kereta ni.

πŸ’° Harga Jualan: RM23,000 SAHAJA

⚠️ Cash Buyer Sahaja
πŸ’³ Kad Kredit Diterima

πŸ“ž Serious buyer boleh PM atau hubungi untuk viewing.
017-256 5272

Address

Jalan PPAJ 2/8, Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:00 - 12:45
Saturday 02:15 - 18:30

Telephone

+60172565272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 805 garage. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 805 garage.:

Shortcuts

Share