10/07/2022
𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫! 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 ✨ 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 ✨ ?
𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 (BINGKAS) adalah satu inisiatif yang memberikan bantuan kepada keluarga dan ibu tunggal yang layak. BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah 𝗥𝗠𝟯𝟬𝟬 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 selama 12 bulan, iaitu berjumlah 𝗥𝗠𝟯,𝟲𝟬𝟬.
Berikut adalah syarat kelayakan penerima program BINGKAS:
📌 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗜𝗯𝘂 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 (𝗞𝗜𝗦𝗦) 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗦𝗦 𝗜𝗯𝘂 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 (𝗞𝗜𝗦𝗦-𝗜𝗧)
atau bagi pemohonan baru
📌 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮;
📌 𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝟭𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻;
📌 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿
📌𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶𝗮 𝟭𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵; 𝗱𝗮𝗻
📌 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝘀𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟯,𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻.
Penerima kad KISS hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah untuk menerima bantuan ini. Manakala bagi pemohonan baru, permohonan boleh dilakukan di laman web 🌐 www.bingkasselangor.com
Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang inisiatif ini, hubungi talian ☎️ 𝟏-𝟖𝟎𝟎-𝟐𝟐-𝟔𝟔𝟎𝟎
Semoga bermanfaat!