Inter-Research And Studies (IRAS)

Inter-Research And Studies (IRAS) Inter-Research And Studies a.k.a. IRAS in its acronym, is a Penang-Kedah based policy outfit. IRAS is a Penang-Kedah based policy outfit.

Pada pendapat kami adalah kelangsungan Amanah seolah-olah terhenti sahaja, kerana tidak ada program pengambilan atau pen...
12/03/2026

Pada pendapat kami adalah kelangsungan Amanah seolah-olah terhenti sahaja, kerana tidak ada program pengambilan atau penambahan ahli-ahli baru.

Malah Amanah tidak mempunyai sebarang daya tarikan yang boleh menarik minat golongan muda menyertai parti tersebut.

Selain daripada itu, apa yang dilaksanakan atau dijalankan oleh para pemimpin Amanah tidak dihebahkan dan ini menyebabkan publisiti Amanah adalah kurang berkesan dalam menyakinkan rakyat jelata.

Sama ada Amanah boleh meraih undi masyarakat Islam yang lebih besar masih menjadi tanda tanya. Ini kerana jika dari segi pengaruh dan kekuatan jentera, PAS dan Bersatu masih mengatasinya.

Pendek kata, Amanah perlukan suatu rejuvenasi bagi membolehkan parti tersebut bangkit sebagai parti yang dapat dilihat, diperhatikan dan menarik minat orang ramai untuk disantuni bersama.

Dalam proses tersebut, Amanah perlu ingat mereka tidak perlu menjadi "Lebih PAS" daripada PAS. Amanah perlu menonjolkan ciri-ciri progresif mereka dalam mengketengahkan Islam sebagai agama yang menyayangi rakyat tanpa mengira kaum dan agama, Islam yang mengutamakan amalan progresif, kemajuan para umat dan membawa pembangunan kepada para umat di sekelilingnya.

Amanah perlu mara ke hadapan dengan penampilan Islam yang lebih moden, menarik lebih ramai golongan muda mudi ke barisan pimpinannya agar parti itu dapat meneruskan kesinambungan politiknya.

Kami merayu kepada Amanah agar segera melaksanakan rejuvenasi dalam parti sebelum PRU/PRN yang akan datang.

SURAT | Adakah Amanah tak mempunyai krisis dalaman atau sebenarnya mereka tidak dipedulikan?

Sekiranya para pengundi masyarakat Cina tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan sekarang, mereka akan memilih untu...
12/03/2026

Sekiranya para pengundi masyarakat Cina tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan sekarang, mereka akan memilih untuk tidak keluar mengundi di hari pilihanraya diadakan daripada mengundi pihak lawan, iaitu Perikatan Nasional (PN).

Namum, para pengundi masyarakat Cina harus tahu akibatnya tidak keluar mengundi pada PRU yang akan datang. Beberapa kemungkinan akan berlaku yang akan menyebabkan politik negara terus bergolak:

a) PH akan mengalami kekurangan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dengan sendirinya, lantas terpaksa berunding dengan BN dan lain-lain parti bagi mengusahasama pembentukan kerajaan baru yang mungkin menjadi Kerajaan Perpaduan 2.0

b) Oleh kerana PH tidak dapat memerintah dengan sendiri, keadaan kerajaan yang hasilnya bekerjasama dengan gabungan lain, agenda reformasi tidak akan dapat dicapai dengan sepenuhnya, kerana agenda reformasi tidak diterima oleh blok-blok konservatif seperti BN, GPS dan GRS.

c) Sekiranya PH yang bekerjasama dengan BN, GPS dan GRS berkeras untuk melaksanakan agenda reformasinya, BN, GPS dan GRS mungkin akan mengambil langkah meninggalkan kerajaan tersebut dan sekaligus menumbangkan kerajaan yang ada. Ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan mengakibatkan negara tidak stabil dan politik akan terus bergelora.

d) Dalam hal pengundi masyarakat Cina tidak keluar mengundi, ia akan memberi kelebihan kepada PN untuk memenangi jumlah kerusi yang lebih banyak, biarpun ia sekadar menang dengan majoriti mudah.

Jadi, para pengundi masyarakat Cina tidak seharusnya bertindak terlalu emosi, sebaliknya harus memandang lebih jauh dengan memberikan kestabilan kepada PH, agar gabungan ini dapat memenangi lebih banyak kerusi bagi membolehkannya memerintah dengan sendiri tanpa perlu bergantung kepada BN, GRS dan GPS.

Ingin kami mengingatkan para pengundi masyarakat Cina bahawa, di dalam kerajaan perpaduan yang merangkumi PH, BN, GPS dan GRS pada hari ini, PH tidak dapat melaksanakan impiannya untuk mereformasikan institusi kerajaan dan meminda perlembagaan bagi merealisasikan perubahan yang kita inginkan selama ini untuk negara kita.

Jadi, mengundilah dengan bijak. Bukannya senang untuk menjadi sebuah kerajaan yang efisien dan berdedikasi. Reformasi tidak akan dapat dipercepatkan sekiranya PH terpaksa bekerjasama dengan pihak-pihak yang ditandinginya.

Cuba bayangkan, bagaimanakah golongan pembaharuan dapat bekerjasama penuh dengan golongan konservatif untuk merealisasikan sesuatu pembaharuan?


Bagaimanapun, penganalisis berpendapat pengundi Cina kemungkinan tak keluar mengundi daripada menyokong parti lawan.

Kenyataan tersebut adalah benar, jika SPRM ingin memerangi rasuah, perangilah rasuah dengan bersungguh-sungguh dengan me...
12/03/2026

Kenyataan tersebut adalah benar, jika SPRM ingin memerangi rasuah, perangilah rasuah dengan bersungguh-sungguh dengan menghadapkan para pemberi rasuah ke mahkamah. Jangan dilepaskan si pemberi rasuah dengan hanya si penerima rasuah didakwa dalam mana-mana proses menghapuskan rasuah. Ianya menjadikan keadaan seperti hanya penerima rasuah sahaja yang bersalah, sementara pemberi rasuah itu bolehlah ke mana-mana untuk menawarkan rasuah.

Khuzairi Yahaya didakwa menerima wang itu daripada Faisal Hamzah pada 2018.

The technical failures experienced by the Soviet Union and its people were the rampant corruption in the entire system i...
12/03/2026

The technical failures experienced by the Soviet Union and its people were the rampant corruption in the entire system itself. It was corruption that killed the entire system by way of ripping the economy and benefits from the people.

It was the factional struggle within the ruling CPSU which caused chaos within the party, which later saw a faction led by Boris Yeltsin take advantage by leaving the party with large numbers of his associates and cronies to create a new capitalistic consortium that ruled Russia till today.

In the end, it is the people of the former Soviet and today's Russian Federation who are suffering from a devastating economy that only benefits the Russian oligarch or monopolistic figures installed by the then Yeltsin and his inner circles.

It wasn't freedom that Russians enjoy. The Russians never really have that kind of freedom that the oligarchs are enjoying today.

China and the Chinese Communist Party (CCP) have learned from the Soviet's collapse, its failures and how that biggest country disintegrated into many new nations.

And that made the CCP put itself above the state, above the state council and the party itself became an unchallenged institution.

China's PLA is under the CCP instead of the state. CCP's presence is almost everywhere, state institutions, state owned enterprises, and even private companies nationwide.

Asides, the CCP's Central Commission for Disciplinary Inspection (CCDI) was made a core institution charged with combating corruption within its very own system.

Apart from the PLA, other security apparatus are also put under the CCP instead of the state.

In general, China's state council, the government machineries, financial, economy or any other institutions are merely hollow structures, as it is actually the party who is running the state from behind the scene.

That is why when you observe how China is governed, you will notice many notable CCP and state commissions, agencies and bodies run parallel with most of these offices bearing two signages in front of the entrance.

This is how CCP (not China) survives and sustains itself, unlike their CPSU counterpart who failed and gradually collapsed.

Decades after the USSR's collapse, polls consistently show that a majority of Russians—particularly older generations—view the Soviet era with nostalgia and ...

11/03/2026

KUALA LUMPUR: The rollback of tariffs imposed under the US International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) in late February has bolstered global manufacturing sentiment, according to Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Sama ada ianya realistik atau sebaliknya, kita harus tengok keputusan BN sama ada ianya akan bertanding solo ataupun ber...
10/03/2026

Sama ada ianya realistik atau sebaliknya, kita harus tengok keputusan BN sama ada ianya akan bertanding solo ataupun bergerak bersama Pakatan Harapan (PH) dalam PRU16 yang akan datang.

Bertanding solo bermaksud BN akan bertanding menentang Perikatan Nasional (PN) dan PH, bermakna BN bakal hadapi pertandingan tiga hingga empat penjuru ataupun lebih dari itu, di mana ianya akan menyaksikan undi-undi akan berpecah kepada beberapa pihak yang bakal bertanding nanti.

BN perlu melihat dari konteks risiko yang gabungan itu bakal hadapi kelak, sama ada gabungan tersebut akan disambut baik ataupun sebaliknya, apakah BN telah menyumbang untuk negara dan rakyat jelata sepanjang penyertaannya dalam kerajaan perpaduan selama ini dan adakah BN akan menyokong apajua pembaharuan dan reformasi untuk memperbaiki kedudukan ekonomi dan kebajikan rakyat serta reformasi institusi yang lain.

BN kini harus menerima hakikat bahawa dominasi politik gabungan tersebut tidak akan berulang dalam masa terdekat kerana era tersebut telah membawa banyak kesan negatif kepada negara dan rakyat sebelum ini dan rakyat (pengundi) tidak akan memberi peluang kepada mana-mana gabungan politik untuk mendominasi arena politik negara dalam jangka panjang.

Kita tidak mempunyai pendapat atau cadangan yang membolehkan mana-mana pihak mencapai impian untuk memperoleh sokongan menyeluruh dalam PRU16 nanti. Masing-masing BN, PH, dan PN perlu mengketengahkan dasar dan manifesto masing-masing bagi menyakinkan rakyat (pengundi) bahawa mereka inilah yang paling sesuai untuk mengemudi negara ini ke satu era baru.

Penganalisis berkata Umno masih terlalu lemah cabar PAS di negeri majoriti Melayu walaupun PN kini berdepan masalah dalaman.

Apajua kegiatan yang sedang dilaksana atau dijalankan oleh naib-presiden Bersatu, Ronald Kiandee sedang mengundang pemec...
10/03/2026

Apajua kegiatan yang sedang dilaksana atau dijalankan oleh naib-presiden Bersatu, Ronald Kiandee sedang mengundang pemecatan beliau daripada Bersatu.

Persoalannya adalah, adakah Kiandee akan menyertai Parti Keluarga Malaysia (PKM) sepertimana yang diramalkan oleh ramai pemerhati politik semasa? Bagi kami, Kiandee tidak seharusnya berbuat demikian. PKM sememangnya tidak sesuai untuk berada di Sabah, memandangkan PRN Sabah pada tahun lalu telah menunjukkan para pengundi Sabah rata-rata menolak Bersatu.

Memang betul kata-kata penganalisa politik ini, Kiandee seharusnya menimbang cadangan agar beliau menyertai dan memimpin sebuah parti politik Sabah setelah beliau dipecat daripada Bersatu nanti.

Ini adalah kerana sentimen pengundi di negeri Sabah kini adalah berpaling kepada parti-parti negeri tersebut dan parti-parti peringkat nasional kini kurang mendapat sambutan di Sabah.

Daripada menyertai PKM pimpinan Hamzah Zainuddin, adalah lebih sesuai bagi Kiandee menyertai dan mengambil alih sebuah parti politik ala-Sabah. Difahamkan Setiausaha Bersatu Sabah juga telah dipecat dan kini adalah merupakan masa yang sesuai buat Kiandee untuk menyediakan diri beliau untuk mengambil-alih dan memimpin sebuah parti politik Sabah.

Sama ada PKM atau parti Sabah yang bakal Kiandee ambil-alih itu dapat menyertai Perikatan Nasional (PN) di masa yang terdekat adalah bergantung kepada konsensus antara PAS, Bersatu, Gerakan dan MIPP dalam PN. Sekiranya Bersatu tidak menyetujui penyertaan PKM dan parti Sabah yang Kiandee bakal memimpin itu, maka kedua-dua serpihan Bersatu itu tidak akan dapat menyertai PN, melainkan Bersatu keluar daripada PN, tetapi ianya tidak akan berlaku, kecuali parti-parti komponen PN lain sebulat suara memecat Bersatu daripada PN.

Penganalisis berkata Ahli Parlimen Beluran berdepan risiko penolakan pengundi jika terus dikaitkan dengan politik nasional ketika sentimen 'Sabah for Sabahan' makin dominasi politik tempatan.

A new Malay party led by Hamzah would only make the field more crowded, and the competition for Malay votes much harder,...
28/02/2026

A new Malay party led by Hamzah would only make the field more crowded, and the competition for Malay votes much harder, as of today, there are already UMNO, PAS, Bersatu, Amanah, Berjasa, Pejuang, Putra and AKIM.

Political analyst Syaza Shukri says Bersatu MPs supporting Hamzah Zainudin are 'effectively constrained' by the anti-hopping law.

Rising temperatures, erratic rainfall, floods, and droughts are placing unprecedented strain on the food system. In Dece...
19/02/2026

Rising temperatures, erratic rainfall, floods, and droughts are placing unprecedented strain on the food system. In December 2024, severe floods swept through Johor, Malacca, Perak, Kelantan, and Terengganu, destroying more than 100ha of farmland.

This is a wake-up call, not a death sentence.

Salam Ramadan buat semua penyokong, pendukung, para penyumbang, ahli-ahli yang telah lama bersama kami.
18/02/2026

Salam Ramadan buat semua penyokong, pendukung, para penyumbang, ahli-ahli yang telah lama bersama kami.

Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin berkuat kuasa pada...
13/02/2026

Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin berkuat kuasa pada hari ini.

Sebelum tindakan ini dibuat, kami pun sudah menjangka keputusan ini akan terlaksana kerana tindakan Hamzah yang selama ini terbukti beliau ingin mengambil alih jawatan presiden Bersatu daripada Muhyiddin Yassin.

Selain daripada itu, cubaan Hamzah untuk mengusahakan suatu bentuk Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) bagi meluluskan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin ternyata telah mengecewakan Muhyiddin yang selama ini mempercayai beliau.

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin berkuat kuasa pada Jumaat. Menurut...

Companies will be barred from donating to political parties if they cannot prove a genuine link to the UK. The move will...
12/02/2026

Companies will be barred from donating to political parties if they cannot prove a genuine link to the UK. The move will close a major loophole which experts believe means cash from overseas is being ploughed into the UK through shell companies.

Labour frontbencher Steve Reed today unveils legislation to stop foreign donors interfering with UK politics - while also letting 16 and 17 year olds vote in elections for the first time

Address

2934-A, Lorong Kikik 7, Taman Inderawasih
Pinang
13600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inter-Research And Studies (IRAS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Inter-Research And Studies (IRAS):

Share