14/05/2020
Sedikit perkongsian sebelum membeli insurans/takaful kenderaan.
1- Cover unit tersebut pada value maksimum yang boleh dilindungi.
Dalam situasi ini, syarikat insurans/takaful telah mempunyai 'preset value' sesuatu unit.
Sila pilih perlindungan yang paling tinggi yang dibolehkan sistem.
2- Pilih 'agreed value" - sepanjang tempoh perlindungan diberi, nilai kenderaan kekal sama.
Ini amat penting jika kenderaan yang dibeli termasuk dalam kategori 'kereta unpopular' kereta² yang sejuk.
Susut nilai unit lebih jauh berbanding 'principles' hutang.
Jika kereta tersebut dibeli tunai, ia melindungi wang yang telah dilaburkan sepanjang tahun tersebut jika kemalangan total lost @ kecurian.
Insurans/takaful bayar penuh beb!!
3- Beli perlindungan tambahan seperti 'wind screen' serta 'special perils'(melindungi bencana alam seperti pokok tumbang sewaktu meletakkan kenderaan, juga banjir kilat).
Kos membaiki sebuah engine yang tenggelam air bukan murah!
Sentiasa lah beringat!!
P/s : Berapa ye harga unit ini di pasaran? Value insurans masih padu beb! RM53K✅👍.