18/11/2023
7 Tip Penjagaan Bateri Kereta Pemilik Kereta Wajib Tahu
Sama seperti komponen kereta yang lain, bateri kereta perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk mengekalkan kualiti dan prestasi pada tahap yang terbaik. Disini kami di bateriku menyenaraikan 7 tips penjagaan bateri kereta sebagai panduan anda:
1. Periksa aras air bateri
Periksa tahap air dalam bateri kereta (penggunaan sel basah) anda setiap 3 bulan atau setiap 5000km. Sekiranya anda kerap memandu jauh, periksa tahap air dalam bateri dengan lebih kerap untuk memastikan tahap air kekal berada pada tahap yang sesuai.
2. Bersihkan terminal bateri
Terminal bateri menghubungkan sistem elektronik kereta dan bateri kereta anda. Jika terminal bateri longgar, ketatkan segera. Ini kerana ia akan menyebabkan garam-garam hijau terbentuk di sekeliling permukaan logam terminal sekali gus menjejaskan ketersambungan bateri.
3. Periksa penebat bateri
Sesetengah model kenderaan dilengkapi dengan sarung penebat yang berfungsi melindungi bateri kereta daripada kepanasan haba enjin. Bateri yang terdedah kepada suhu panas akan menyebabkan jangka hayat bateri menjadi lebih pendek.
4. Guna bateri yang berkualiti
Bateri yang berkualiti mempunyai jangka hayat yang lebih baik β dalam kes tertentu, bateri boleh bertahan melebihi 2 tahun jika dijaga dan digunakan dengan baik. Bateri kereta yang berkualiti juga kebiasaannya disertakan waranti dan jaminan.
5. Elak guna minyak sebarangan pada terminal bateri
Penggunaan minyak seperti minyak gris yang tidak sesuai pada kepala bateri boleh menyebabkan kepala bateri berkarat. Malah, jika digunakan secara berlebihan, ia boleh melemahkan kuasa dan menjejaskan prestasi bateri.
6. Matikan sistem elektronik jika enjin tidak dihidupkan
Jika anda mematikan enjin kereta anda, pastikan semua peralatan elektronik kereta seperti aircond kereta, lampu atau radio dimatikan. Ia secara tidak langsung dapat mengekalkan kuasa bateri untuk tahan lebih lama.
7. Periksa kuasa bateri secara berkala
Bacaan normal bateri kereta yang βsihatβ adalah antara 12-13 Volt ketika enjin tidak dihidupkan, manakala antara 13.5-14.5 Volt jika enjin dihidupkan. Jika kuasa bateri berada di bawah 13.5 Volt atau melebihi 14.5 Volt ini, besar kemungkinan terdapat masalah pada alternator kereta anda.
Untuk periksa bateri anda ,anda boleh hubungi kami
boleh direct wasap kami,di no
https://Batericomm.wasap.my
Atau anda boleh terus booking slot dengan kami hanya dengan satu klik sahaja
https://Batericomm.wasap.my
Jom periksa bateri kereta anda..hubungi
https://Batericomm.wasap.my
*Bateriku.com pakar penjagaan bateri kereta anda...*
*PERIKSA SEBELUM TERLEWAT*