10/11/2026
𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗥𝗢𝗧𝗢𝗡 𝗶-𝗛𝗘𝗩 – 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗛𝗶𝗯𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗶𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗣𝗥𝗢𝗧𝗢𝗡! ⚡
Menggabungkan enjin petrol 1.5L kitaran Atkinson, dua motor elektrik dan sistem pengurusan tenaga pintar, i-HEV direka untuk menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap serta prestasi pemanduan yang lancar dan responsif.
Dilengkapi empat mod pemanduan yang dikawal secara automatik, sistem brek regeneratif dan bateri berkapasiti 1.38 kWh, i-HEV menawarkan manfaat pemanduan berkuasa elektrik tanpa memerlukan pengecasan luaran. Hanya isi petrol seperti biasa, sementara sistem mengurus penggunaan tenaga secara pintar.
Lebih daripada sekadar teknologi hibrid, PROTON turut memperkukuh keupayaan elektrifikasi tempatan menerusi pengeluaran Enjin Khusus Hibrid (DHE) serta pemasangan tempatan Transmisi Khusus Hibrid (DHT) dan Unit Pacuan Elektrik (EDU) di Tanjong Malim.
Lebih cekap. Lebih responsif. Tanpa perlu pengecasan luaran.
Nantikan kemunculan teknologi PROTON i-HEV menerusi model baharu dengan nama kod AMA 02!