Natural Resources

Natural Resources Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Natural Resources, New Vehicles, Petaling Jaya.

10/11/2024
09/11/2024
09/11/2024

Harimau belang mati digilis lori di jalan Gerik-Jeli

09/11/2024
08/11/2024

Gaji RM 2,000
tapi hidup gembira
macam gaji RM10,000.

Nampak macam tak logik.
Tapi ya, ini real. Dulu,
saya teringin sangat nak gaji RM 5,000.
Dalam hati cakap,
kalau dapat gaji macam itu mesti seronok.

Bila Allah izin untuk merasa
pendapatan RM 5,000 ,
kita mula rasa tak cukup.
Kita nak gaji lebih tinggi.
Kita target gaji RM 10,000 p**a.

Bila Allah beri pendapatan RM 10,000,
sekali lagi kita rasa makin tak cukup.
Kita naikkan lagi gaji sampai RM 20,000.

Lama kelamaan,
kita rasa makin tak cukup.
Kemudian saya ditegur oleh guru saya;

"Bukan nilai ringgit itu yang
buat kita rasa cukup tapi
keberkatan dalam setiap sen
yang kita dapat. Itu yang
menentukan kecukupan hidup kita."

Ada salah seorang pasukan saya tanya;

"Seronok yek jadi macam
Tuan Basit, gaji besar,
boleh pergi ke merata tempat."

Saya kata pada dia sambil berseloroh;

"Kamu nak jadi macam saya tak?
Apa kata kamu ganti tempat saya.
Berdiri straight 8 pagi - 5 petang
selama 4 hari plus tido cuma
2-3jam sahaja sehari.
Nak cuba?"

Saya pegang kemas
teguran guru saya tadi.
Bukan nilai ringgit itu yang
jadi ukuran dalam kecukupan rezeki.

Ada orang gaji RM 2,000 sahaja,
Tapi dia kerja macam gaji dia RM 10,000.
Sungguh- sungguh dia buat.
Tak berkira. Siang malam
bekerja walaupun gaji dia hanya RM 2,000.

Walaupun gaji RM 2,000,
dia punya bahagia kalah orang
yang gaji RM 10,000.
Allah mudahkan urusan dia.
Allah lindung dia dari bencana dan kesusahan.

Ada orang gaji RM 10,000
Tapi dalam urusan kerja tak pernah jujur.
Culas dalam menjalankan amanah.
S**a curi tulang.
Belanja sakan macam
esok sudah tiada.

Allah uji dia. Kereta rosak.
Superbike excident. Investment rugi.
Gaduh dengan family
Dan macam-macam lagi.

Ini real.
Saya bercakap atas kapasiti pengalaman.
Saya buat bisnes dari jalanan.
Saya bukan lahir-lahir terus
mewarisi kekayaan keluarga.

Dulu sebiji telur saya
boleh goreng dan bahagi empat.
Satu hari makan satu slice.
Settle menu untuk
empat hari punya makan.

Saya ingat lagi bagaimana
rasanya tak ada duit.
Saya juga ingat lagi
bagaimana rasanya
ada berjuta dalam akaun.

Dari sekecil-kecil
sampailah sebesar-besar ego
saya pernah bela.
Dari senipis dan setebal- tebal
tembok rasa hebat dan rasa tahu
sudah saya langgar.

“Bukan duit banyak jadi ukuran,
Tapi rezeki yang berkat
menjadi sandaran”

Rezeki yang berkat bermaksud,
ada sedikit cukup.
Ada banyak boleh berkongsi
dengan orang lain.
Keyakinan kita terhadap rezeki
tidak berbelah bahagi.

Kita tidak risau duit
dalam akaun tidak cukup.
Yang kita risau rezeki yang
dapat tiada keberkatan didalamnya.

Kalau kita nak rasa sentiasa
cukup dan berkat dalam hidup,
pastikan kita tak abai perkara-perkara ini.

1. Amanah dan suruhan Allah.
2. Amanah kebajikan isteri dan anak.
3. Amanah kebajikan mak ayah.
4. Amanah kebajikan adik-beradik.
5. Amanah kebajikan pekerja.

“Level kehidupan kita ditentukan
oleh apa yang kita TAHU
dan yang kita AMBIL TAHU”

Kredit : Abdul Basit

Address

Petaling Jaya
47300

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 19:00
Sunday 08:00 - 19:00

Telephone

+60163714111

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Natural Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Natural Resources:

Shortcuts

Share

Category