07/09/2025
Supercar Made in Malaysia
“Bufori CS8: Supercar Malaysia Yang Buat Porsche Pun Terkedu?”
Bila sebut pasal supercar, ramai yang terus terbayang Ferrari, Lamborghini, atau McLaren. Tapi siapa sangka, dalam diam-diam, dari sebuah kilang kat Kepong, Malaysia sendiri dah lahirkan satu jentera buatan tempatan yang bukan setakat boleh lawan nama-nama besar tu.
Nama dia? Bufori CS8. Dan ya, ini bukan konsep. Ini real. Ini jentera Malaysia, 810 kuasa kuda, 0 ke 100 dalam 3 saat, dan boleh mencecah 320 km/j. Gila tak?
Bufori ni bukan jenama baru. Dah dekat 40 tahun mereka beroperasi secara senyap, hasilkan kereta eksklusif untuk pasaran antarabangsa termasuk keluarga diraja, diplomat dan billionaire. Tapi CS8 ni satu langkah berani Bufori untuk keluar dari bayang-bayang. Ini bukan lagi kereta klasik gaya British macam model Bufori sebelum ni. Ini supercar moden kelas dunia.
Dan yang paling membanggakan? Semua direka, dibangunkan dan dibina sepenuhnya di Malaysia. Bukan hanya lencana tempel, tapi memang buatan anak tempatan. Dari rekabentuk, kejuruteraan sampai ke kerangka karbon-kevlar yang lebih kuat dari besi, semua dari kilang di Kepong.
Jantung utama CS8 ialah enjin 6.4 liter V8 Supercharged HEMI yang menghasilkan 810 hp dan 973 Nm tork. Pecutan 0–100 km/j? Tiga saat je. Kelajuan maksima? 320 km/j.
Dan kalau rasa power tu overkill, ada versi yang lebih ‘jinak’ termasuk V8 naturally aspirated dan juga V6 Penta dari Chrysler.
Tapi jangan terkejut, semua enjin ni, walau berbeza, harga dia tetap sama iaitu RM2.188 juta. Bufori nak bagi pilihan ikut gaya pemanduan, bukan ikut poket (sebab kau dah memang kena ada poket tebal kalau nak beli ni pun).
Transmisi 8-kelajuan automatik dari ZF Jerman. Brek dari Brembo. Tayar Michelin Pilot Sport. Suspensi depan SLA, belakang multilink 5-sambungan. Pendek kata, ini jentera untuk yang tahu nilai prestasi sebenar.
Apa yang menarik, walaupun Bufori CS8 ni ultra moden, dia tetap ada sentuhan “jiwa Malaysia”. Dalam kabin, ada tempat duduk Recaro balut kulit mewah dengan pelarasan elektrik. Skrin infotainmen 13.6 inci lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar. Sound system 6.1 channel, pengecas tanpa wayar, kamera 360°, dan paling epik siap ada SmartTAG built-in!
Dan macam Rolls Royce atau Bentley, setiap CS8 adalah custom made. Warna, jahitan, bahan dalaman semua ikut selera pemilik. Siap dapat model skala (scale model) khas kereta tu sekali. Rasa macam ada versi Hot Wheels edisi peribadi.
Bufori CS8 dilancarkan sempena minggu sambutan Hari Merdeka 2025. Bila dunia tengok Malaysia masih beli kereta luar, Bufori tunjuk kita pun boleh cipta. Ini bukan kereta CKD. Ini kereta handmade, 9000 jam kerja per unit, dibina oleh lebih 150 staf tempatan.
Macam yang pengasas Bufori, Gerry Khouri kata, “Tiada kereta di dunia yang lebih buatan tangan daripada Bufori.” Ayat tu mungkin kedengaran poyo, tapi bila tengok hasilnya? Takda siapa nak argue.
Realistiknya, tak semua rakyat Malaysia mampu beli Bufori CS8. Harga dia pun boleh beli beberapa unit banglo dekat Kelantan. Tapi point dia bukan pasal mampu beli. Point dia, kita akhirnya dah ada supercar buatan Malaysia yang boleh berdiri sama tinggi dengan nama-nama besar dunia.
CS8 jadi bukti bahawa “Made in Malaysia” masih ada taring. Dan kalau satu syarikat dari Kepong boleh buat macam ni, siapa tahu apa lagi yang anak tempatan boleh capai dalam masa 10 tahun akan datang?
⸻
Nak tahu macam mana orang-orang luar biasa macam Tun Dr. Mahathir berfikir dan merancang jauh ke depan?
Buku HIDDEN GENIUS mungkin ada jawapannya. Selami rahsia cara mereka melihat peluang, mengambil risiko dan mencipta sejarah.
Dapatkan sekarang di sini:
https://shope.ee/6ANwVfKSpc