DynoTraxx

DynoTraxx Motorcycle performance tuning services for fuel injection bike under 250cc

18/04/2026

"Bang, saya nak buat ekzos keluar api macam ni boleh?'

"Kau pakai ekzos apa?'

"UMA backpressure."

"Boleh, meh sini aku nak libas bontot kau dengan ekzos tu dulu."

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.Di hari yang mulia ini, saya dan Gemok memohon ampun dan maaf diatas segala ke...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Di hari yang mulia ini, saya dan Gemok memohon ampun dan maaf diatas segala kekhilafan kami. Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan dan kegembiraan.

Masalah soket ECU Honda - Pin PatahMasalah pin patah untuk soket ECU Honda ni akan berterusan selagi yang buat ECU after...
22/10/2025

Masalah soket ECU Honda - Pin Patah

Masalah pin patah untuk soket ECU Honda ni akan berterusan selagi yang buat ECU aftermarket:

1. Tidak ikut ukuran yang betul.
2. Buat casing ECU guna bahan berlainan dari Honda. Ada yang guna thermoplastic ada yang buat guna 3d printer. Yang guna thermoplastic p**ak pakai jenis paling murah punya, kualiti teruk yang amat. Honda guna epoxy resin.

Bila pin patah ada beberapa cara untuk repair.

1. Ganti wiring harness.
2. Ambil pin yang elok dari soket yang lain, yang ni ramai buat.
3. Ganti pin baru. Saya pernah cuba order pin baru tapi tak lalu bila tengok MOQ.
4. Ganti soket sahaja.

Yang saya nak cerita ialah nombor 4. Nombor 4 ni cara repair yang mudah, boleh buat sendiri. Takde special tool. Bahan-bahan yang di perlukan:

1. Soket baru - order kat shopee, kualiti tak sama macam original, tapi boleh la nak pakai. Sila cek bila barang sampai, kadang dalam tu pin ada yang patah .
2. Wire stripper.
3. U-shaped terminal + crimper + shrink tube ATAU solder sleeve + jet flame lighter.
4. Multimeter (optional) - berguna untuk cek continuity.

Proses paling lama adalah untuk sambung wayar dari soket baru pada harness sedia ada. Yang dalam gambar saya mengggunakan solder sleeve. Solder sleeve ni ada colour code, guna yang warna merah. Saiz wayar ke soket ada 22AWG, ada 20 AWG. Kalau wayar nak di sambung ada 29, jangan beli 29, beli 40. Berlatih buat sambungan dulu.

Cara untuk buat sambungan:

1. Potong 1 wayar dahulu dari soket ori. Ikut turutan. Jangan potong semua sekaligus. Warna kod wayar soket shopee tak semua sama dengan kod warna Honda.
2. Buang insulator dari harness guna wire stripper dalam 5mm - 7mm. Buat benda yang sama untuk wayar dari soket pengganti.
3. Masukkan 1 wayar dahulu ke dalam solder sleeve. Bahagian wayar yang terdedah tu letak betul-betul di tengah solder sleeve.
4. Panaskan bahagian berwarna merah sampai mengecut. Biar dalam 20 saat untuk dia sejuk dan kembali keras. Bahagian tengah JANGAN USIK.
5. Masukkan wayar yang nak di sambung di hujung lagi satu. Bahagian wayar yang terdedah tu perlu bertemu di tengah-tengah. Panaskan bahagian merah sampai kecut, tunggu lagi 20 saat sampai sejuk dan keras.
6. Panaskan bahagian tengah sampai mengecut. Tunggu dalam 20 saat sampai getah sejuk dan keras semula.
7. Ulang langkah 1 - 6 sampai siap.

Selamat mencuba.

Pesanan khidmat masyarakatBermula minggu hadapan subsidi petrol RON 95 akan menggunakan mekanisme baharu. Mykad atau pen...
22/09/2025

Pesanan khidmat masyarakat

Bermula minggu hadapan subsidi petrol RON 95 akan menggunakan mekanisme baharu. Mykad atau pengesahan MyKad di wajibkan untuk mendapatkan harga subsidi.

Kalau masih nak guna tunai, elok cek gambar IC dengan rupa paras terkini. Kalau tak sama elok pergi buat IC baru. Bukan apa, kau niat nak pergi isi minyak tapi silap hari bulan kena angkut ke balai sebab cashier syak kau guna IC orang lain. Gambar dalam IC kemain elok tapi tengok depan-depan muka dah serupa suspek pecah rumah.

Kalau malas nak buat IC baru, elok daftar app Petronas Setel. Dalam app tu boleh buat pengesahan MyKad.

https://www.setel.com

*link di atas tiada referral code dan pos ini tidak di sponsor oleh Petronas.

27/05/2025

Honda RSX Winner Remap

1. Masih testing, dah ok baru jual.
2. Bentuk fizikal ECU sama dengan RSX & RSv3 tapi tak boleh swap.
3. Siapa dah terflash RSX Winner dan ECU kong, boleh hantar untuk repair.

Whatsapp - 011-1037 7438

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya sedang mencari volunteer untuk menguji fuel map yang di buat untuk model RSX W...
19/05/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya sedang mencari volunteer untuk menguji fuel map yang di buat untuk model RSX Winner. Berikut ialah profile rider dan motor yang di cari:

1. Motor standard dan tiada box.
2. Mileage 1000km ke atas.
3. Jarak perjalanan melebihi 20km sehari.
4. Minyak hitam mesti Honda 10-30 atau BSH/Petronas 10-40.
5. Jujur dan boleh bercakap sebab saya perlukan feedback.

Lokasi yang di cari:

1. PJ - 1 orang
2. Seremban - 1 orang
3. Pendang - 1 orang

Individu yang berminat boleh terus berhubung dengan saya di 011-1037 7438

Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌙✨Semoga Syawal ini membawa kesejahteraan  & kebahagiaan kepada anda semua. Maaf Zahir & B...
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌙✨

Semoga Syawal ini membawa kesejahteraan & kebahagiaan kepada anda semua. Maaf Zahir & Batin.

Sila memandu dan menunggang dengan cermat.

Nota: reke bentuk dari Creative_hat / Freepik. Kaligrafi dari Cikgu Ayu.

Throttle Cable A/B. Dalam bahasa, kabel pendikit A/BGuna throttle kabel adalah untuk kawal bukaan throttle plate. Guna t...
19/12/2024

Throttle Cable A/B. Dalam bahasa, kabel pendikit A/B

Guna throttle kabel adalah untuk kawal bukaan throttle plate. Guna throttle plate p**a untuk kawal aliran udara. Throttle body akan gunakan 2 kabel. Satu kabel akan buka throttle plate bila kita buka throttle, dan satu kabel lagi akan tutup throttle plate bila kita tutup throttle. Kabel yang buka kita panggil A, kabel yang tutup kita panggil B.

Jadi apa guna spring kalau dah ada kabel B untuk tutup throttle? Spring yang ada di throttle body tu kita panggil return spring atau position spring. Spring ni ada 2 fungsi. Fungsi pertama ni adalah untuk stabilkan posisi throttle plate. Fungsi kedua p**a bila kita lepaskan throttle, spring akan tarik throttle plate ke posisi asal.

Kenapa kena stabilkan throttle plate? Pergerakan udara yang masuk ke enjin adalah dalam bentuk vortex (pusaran) dan sangat kuat. Bila angin (udara yang bergerak) masuk ke dalam enjin, angin ni akan menolak segala benda di dalam laluan termasuk throttle plate. Kalau tak letak spring, throttle plate tidak boleh duduk diam pada satu kedudukan. Kita tak boleh harapkan kabel sahaja untuk kekalkan bukaan throttle plate sebab kabel perlu ada free play. Dengan adanya spring ni bukaan throttle plate akan stabil dan kita tahu bila kita buka throttle separuh throttle plate akan buka separuh dan bukannya suku atau 3 suku.

Spring dan lever (tempat sangkut throttle plate dan kabel) boleh rosak bila-bila masa. Sama ada throttle plate sangkut dan lekat atau spring tu sendiri bermasalah. Throttle plate lekat atau spring gagal adalah sangat bahaya. Untuk kurangkan risiko pada penunggang, tukang buat enjin tambah 1 lagi komponen keselamatan iaitu kabel B yang boleh tarik semula throttle plate bila daya spring tidak mencukupi atau bila spring gagal berfungsi.

Ada juga pengguna RS/RSX yang bermegah-megah bila tidak guna kabel B. Katanya elok sahaja dah masuk 3 taun tak pakai kabel B. Nasihat saya, itu motor, bukan mesin rumput. Mesin rumput tu kurang-kurang ada kill switch untuk matikan enjin bila throttle sangkut. Motor model tu mana ada kill switch. Sila hala motor ke longkang atau divider bila throttle sangkut.

Kalau ada pergi bengkel untuk cuci TB dan pomen terlupa pasang kabel B, beritahu mereka elok-elok untuk pasang semula kabel B. Kalau pomen degil, beritahu juga yang anda sayangkan keluarga anda. Kalau dia masih degil lagi bisik dekat telinga pomen, "Kau ingat motor aku ni mesin rumput nak pakai 1 kabel aja?".

Masih ada throttle body yang guna 1 kabel. Sebab utama adalah kos. Sama ada kos pembuatan atau kos penyelenggaraan mengikut target market atau risiko kena saman tu rendah.

Cerita FID akan disambung bila saya rajin.

Mari memeriahkan Mega Gathering ke 6 Honda RS/RSX di perkarangan letak kereta Stadium Bukit Jalil. Kami menawarkan 2 ser...
30/11/2024

Mari memeriahkan Mega Gathering ke 6 Honda RS/RSX di perkarangan letak kereta Stadium Bukit Jalil. Kami menawarkan 2 servis

1. Free bike check up
2. ECU reflash/remap untuk model Honda RS150 V1 V2 V3 dan CBR150.

Basic FID - Part 2Part 1 - https://www.facebook.com/share/p/L64NbZmYmB6Db6dn/Untuk buat diagnostic pada sistem FI (fuel ...
22/07/2024

Basic FID - Part 2

Part 1 - https://www.facebook.com/share/p/L64NbZmYmB6Db6dn/

Untuk buat diagnostic pada sistem FI (fuel injection), ada 2 asas yang kita perlu belajar:

1. Pengetahuan asas mekanikal berkenaan motosikal seperti komponen enjin, suspensi, brek, dan tayar. Susah nak buat diagnostic kalau nak tukar spark plug pun dah mengeluh.

2. Pengetahuan asas elektrik dan elektronik.

Yang saya akan terangkan adalah sebahagian kecil dari asas elektrik dan elektronik. Kita akan guna Honda RS150 sebagai rujukan. Komponen FI CBR150 dan RSX lebih kurang sama.

Semua sistem FI ada 3 bahagian:

1. Detector/Sensor - Semua komponen dari bahagian ni akan beri input pada ECU. Sensor ada 3 jenis:

a. Sensor yang boleh mengubah rintangan arus elektrik dan seterusnya merubah bacaan voltage ke ECU. ECT, IAT, TPS, o2, BAS dan MAP termasuk dalam kategori ni.
b. Sensor yang menjana arus sendiri. CKP sensor adalah sejenis sensor yang menjana arus sendiri.
c. Sensor jenis suis seperti gear sensor dan kickstand switch. Sensor ni akan beritahu ECU sama ada circuit On atau OFF.

2. Control - Semua jenis controller duduk sini. Motor kecil biasanya ada ECU, ABS & immobilizer sahaja. Motor besar ada tambah sikit seperti suspension control dan comm control. Kereta p**a akan ada banyak jenis controller seperti ECU, TCU, BCM, DSC. Kerja controller ni adalah membaca input dari sensor, buat kiraan dan bagi arahan ke bahagian operate. Fault code juga akan di simpan oleh controller.

3. Operate - Bahagian ni beroperasi dengan menerima arahan dari ECU. Sebagai contoh, bila on kunci motor, ECU akan switch on fuel pump selama 2 saat dan kemudian akan OFF semula. Bila kita tekan starter CKP sensor akan beritahu ECU yang crankshaft sudah berpusing dan ECU akan switch on fuel pump serta suruh injector tembak minyak dan completekan circuit ignition coil untuk bagi spark plug keluarkan api.

Kita kena tahu perkara asas untuk mengurangkan misdiagnose (salah diagnos) serta mempercepatkan kerja baikpulih. Takde la nanti kita tercengang dan termanggu bila dah cucuk scantool tapi tak jumpa-jumpa masalah last-last depan customer tembak TPS, oil pump atau tensioner. Bila tersalah diagnostik kita akan repair atau ganti komponen yang salah.

Next part baru cerita camana nak baca sensor dari ECU.

Gambar saiz besar boleh download di sini - https://drive.google.com/file/d/1xtr2bbvoN210xQvVkia0qhmSYdFPludK/view?usp=sharing

Nota - Info-info di korek dari dokumen purba PGM-FI.

Basic FID - Part 1ECU diagnostic adalah sebahagian dari FID. Untuk buat ECU diagnostic dan diagnostic module lain macam ...
10/06/2024

Basic FID - Part 1

ECU diagnostic adalah sebahagian dari FID. Untuk buat ECU diagnostic dan diagnostic module lain macam ABS module, kita perlukan scantool. Scantool adalah sebahagian dari alatan untuk buat FID. Scantool ada banyak rupa, ada jenis standalone dan ada jenis software. Fungsi scantool adalah untuk tengok apa ECU buat, apa ECU baca dari sensor dan juga tengok error code yang ECU simpan.

Scantool yang saya tunjuk adalah jenis software based dan percuma (software ni termasuk dalam kategori Charityware, maksudnya kalau nak pakai sila menderma pada yang memerlukan). Pada asalnya software ini di buat untuk ECU Delphi MT05 dan sekarang boleh di gunakan untuk hampir semua ECU standard motor Honda. Software ni juga boleh digunakan pada kenderaan yang ada interface OBD2 seperti Y15v2 atau MT15.

Kos kabel tidak mahal, bawah RM100 kalau dah ada laptop. Kalau takde laptop, jadi mahal.

Untuk gunakan HUD ECU Hacker, barang-barang berikut di perlukan:

1. Laptop/PC windows 10 ke atas. Jangan pakai Windows yang dah debloat, itu bongok.

2. USB VAG KKL OBD Interface - dalam shopee banyak, saya tak pasti mana elok mana tidak. Saya test guna kabel RM12.

3. Euro5 6 pin to 16 pin OBD Extension (untuk motor yang guna soket 6 pin - RSX, RSV3, MT15)

4. Honda 4 pin to 16 pin OBD Extension (untuk motor Honda yang guna soket 4 pin - RSV1V2, CBR150, Wave, Future)

5. Yamaha 3 pin to 16 pin OBD Extension (untuk motor Yamaha yang guna soket 3 pin)

6. Software HUD ECU Hacker 5.3.1. Nama dia poyo sikit, yang penting percuma. Version lain tak boleh pakai kabel ayam. Sila google dan download.

Software ni tak lengkap macam Honda MCS tetapi lebih dari cukup untuk buat troubleshooting. Yang penting sensor voltage boleh nampak sebab sensor voltage value ADALAH PERKARA PALING PENTING. Software ni siap explain data apa yang di baca dari sensor. Rajin-rajin membaca. Nak belajar tak susah, lagi mudah kalau ada ilmu asas fuel injection. Ilmu tuduh-menuduh tak boleh di pakai, contohnya sikit-sikit tuduh tps atau sikit-sikit tuduh oil pump.

Reading dan calibration HUD ECU Hacker ni ada lari sikit pada TPS (scantool lain ada masalah yang sama). Jangan ikut bacaan % dari software ni.

Untuk TPS kena cari relative value dan kira manual guna formula:

TPS Relative = [(TPS Voltage WOT - TPS Voltage Throttle Closed)/Supply Voltage] * 100

Contoh Kiraan:

TPS Voltage WOT = 4.47, WOT maksudnya wide open throttle, buka habis.
TPS Voltage Throttle Closed = 0.51V, bacaan semasa throttle tutup.
Supply Voltage = 5V (nilai ni sentiasa 5V, ini voltage yang ECU bagi pada sensor)

TPS Relative = [(4.47 - 0.51)/5] * 100 = 79.2. Untuk motor kecil Honda bawah, minimum TPS relative value ialah 74.3.

Pergi cari barang dulu, nanti-nanti baru cerita sensor reading.

Address

1049, Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara
Petaling Jaya
47400

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 12:30
14:30 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00

Telephone

+601110377438

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DynoTraxx posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DynoTraxx:

Share