16/03/2020
MINYAK APA YANG BAGUS UNTUK KERETA SAYA? 😩
Selalunya ini adalah soalan pertama yang muncul dalam kotak minda para pengguna kereta macam kita sebelum membeli produk minyak enjin.
Tapi jangan risau! Di sini ada beberapa poin yang perlu dilihat supaya anda semua merasai pemanduan yang selesa dan menjaga kesihatan enjin kereta pada tahap paling optimum 😁
🎯 Penambahan (Additives)
Ada pelbagai jenis additives seperti boleh bersihkan enjin dan membantu menyejukkan enjin supaya dalam suhu yang stabil. Lain produk lain juga jenis additives diletakkan.
Pastikan pilih keperluan additives sesuai dengan keadaan enjin kereta 😁
🎯 Kelikatan (Viscosity)
Penting mengetahui tahap kelikatan minyak yang sesuai untuk kereta kita kerana ia sangat mempengaruhi perfomance enjin.
Contohnya seperti 10W-40. 10W ialah tahap kelikatan minyak jalan dalam enjin ketika sejuk (W stand for Winter). Manakala 40 p**a tahap kelikatan semasa enjin dalam suhu panas.
Semakin tinggi nilainya, semakin likat dan pekat minyak itu. PASTIKAN pilih tahap kelikatan yang betul ikut standard enjin kereta korang ! Lagi likat dan pekat minyak itu, maka lagi susah kita nak start enjin kerana memerlukan tenaga yang tinggi kerana kelikatan tak sesuai dengan enjin.
Salah pilih minyak enjin korang jugak boleh jadi berat & kurang pickup dan makan lebih banyak minyak dari biasa !!!
🎯 Certification code
Minyak enjin kini sudah banyak diakui dan disahkan oleh institut quality oleh negara terkemuka seperti America & J*pan. Malaysia juga tak terkecuali. Boleh belek-belek dulu minyak enjin tu untuk lihat certification yang diperolehi.
🎯 Minyak sintetik dan semi-sintetik
Biasa ada 3 jenis iaitu Mineral, Semi-Synthetic & Fully Synthetic. Yang standard adalah Mineral. Tapi andai korang nak pakai lama dan lebih berkualiti boleh pilih Semi-Synthetic dan Fully Synthetic OIl.
Kehebatan minyak Semi & Fully Synthetic contohnya mampu mengurangkan geseran pada enjin so enjin jadi lebih senyap, boleh operate dalam suhu yang panas dan sesuai untuk di Malaysia dan juga lebih cekap dan tingkatkan perfomance enjin kereta korang.
Kalau susah & tak tahu jugak, boleh comment dibawah atau message untuk tanya private 😄👇
☑️Dealers
www.wasap.my/60199909352
www.wasap.my/60199909352
www.wasap.my/60199909352