YWS Automotive

YWS Automotive Bengkel kereta kami menyediakan servis kereta seperti membaikpulih menukar minyak hitam dll.

1) Minor Services
2) Major Services
3) Spare Part
4) Oil Lubricants
5) Tyres
6) Sport Rims
7) Wiring and Airconditioning
8) Overhaul Engine
9) Gearbox repair

for Proton, Perodua, Honda, Toyota etc

23/03/2026

Pernah dengar bunyi “kelatak keletuk” bila jalan tak rata?

Owner Kia Forte ni pun alami benda sama.
Yang buat lagi pening… dia dah tukar macam-macam:
✔️ Absorber
✔️ Link
✔️ Steering rack
✔️ Lower arm

Tapi bunyi masih ada 😅

Bila kita check betul-betul bawah kereta…

Rupanya punca sebenar skru frame bush longgar je.
Simple… tapi ramai terlepas pandang.

Kita ketatkan balik, test jalan…
Alhamdulillah bunyi terus hilang 👍

Pengajaran dia simple: Jangan terus tukar part kalau belum tahu punca sebenar.

Nanti duit habis, masalah tak settle.

Kalau kereta korang ada bunyi pelik-pelik:
👉 Jangan teka
👉 Datang check dulu

📍 YWS Automotive
“Jaga kereta, jaga keselamatan”

💬 Pernah kena macam ni? Share sikit pengalaman korang

📲 Nak check kereta? PM / WhatsApp terus

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🤝Maaf zahir dan batin 🙏Untuk makluman,YWS Automotive, YWS Car Carrier & YWS Car Rentalakan ...
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🤝
Maaf zahir dan batin 🙏

Untuk makluman,
YWS Automotive, YWS Car Carrier & YWS Car Rental
akan bercuti sempena Hari Raya bermula:

📅 20 Mac 2026 – 27 Mac 2026

Operasi akan dibuka semula seperti biasa selepas tempoh tersebut.

Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini ❤️
Semoga perjalanan balik kampung dipermudahkan
dan selamat pergi & p**ang 🚗✨





20/03/2026

Hari ni kita datang tengok satu rumah besar…

Dulu owner dia bukan orang biasa.
Hidup senang, semua cukup.
Tapi sekarang…
Dia terlantar sakit.
Paling kena bila dia tanya,
“Who drive me?”
Terus rasa sebak…
Macam dah takde siapa dia nak harapkan.

Bila kita tengok dapur, lagi terdiam…
Dah 3 hari takde minyak masak.
Makan pun sekadar ada…

Kita datang bukan nak record semata.
Kita datang nak bantu setakat yang mampu.

Kadang hidup ni tak kekal…

Hari ni kita di atas, esok kita tak tahu.

Ini usaha kecil kami.
Bukan kutip sumbangan, sekadar berkongsi.
Kalau rasa tergerak hati,
bantulah sesiapa di sekeliling kita 🤍
Tak perlu tunggu banyak, asalkan ikhlas.

11/03/2026

Toyota Camry ni datang ke YWS Automotive sebab owner nampak lampu gambar teko menyala dekat meter.

Situasi dia agak pelik.

Bila kereta jalan perlahan, lampu keluar.
Bila tekan minyak dan bawa laju, lampu terus hilang.

Bila kita buat pemeriksaan rupanya minyak enjin dah kurang.
Kalau dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan kerosakan enjin.

Selain itu kita juga dapati aircond filter dah terlalu kotor, jadi kita buat sekali servis supaya sistem kembali baik.

Sempena bulan puasa, setiap servis di YWS Automotive kami bagi free gift kepada pelanggan:
🎁 Tumbler
🎁 Minyak masak Saji
🎁 Sampul duit raya

Di bengkel kami juga ada Free 25 Checkpoint Inspection untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan selamat.
Jaga kereta, jaga keselamatan.
Servis on time, perjalanan lebih tenang.

📍 YWS Automotive
Pasir Gudang Johor









10/03/2026

Pelanggan datang ke YWS Automotive mengadu kereta Alphard ada bunyi besi bergesel bila jalan.

Bila kita buat pemeriksaan, rupanya ada beberapa punca:
Brake pad belakang dah habis sampai besi bergesel dengan disc.
Brake depan pun dah nak habis.
Selain tu kita juga jumpa gearbox leaking pada bahagian oil sump menyebabkan minyak gearbox jadi kurang.

Untuk selesaikan masalah ni kita buat:
• Major service engine oil
• Tukar ATF gearbox Tutela 700E
• Repair leaking oil sump gearbox
• Tukar brake pad depan dan belakang
• Tukar 4 biji tayar Toyo Proxes CR1 saiz 235/50 R18 (2025)
Kalau dengar bunyi macam ni jangan tunggu lama.

Kalau biar, disc brake boleh rosak dan kos repair jadi lebih mahal.
Kalau nak check kereta sebelum rosak teruk, boleh datang ke bengkel kami.

📍 YWS Automotive
No 8 Jalan Seharum 5
Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang Johor

Semoga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki 🤲










08/03/2026

Pelanggan datang ke bengkel kami mengadu kereta ada bunyi “keletak keletak” dan “keletuk” bila mula jalan waktu pagi.

Selepas pemeriksaan dibuat, rupanya terdapat dua punca yang berbeza.

✔ Bunyi keletuk datang dari brake pump belakang yang jam
✔ Bunyi keletak keletak p**a datang dari absorber mounting depan kiri yang sudah longgar

Masalah seperti ini kalau tidak diperiksa dengan betul boleh menyebabkan kita tukar banyak part tetapi bunyi masih ada.

Sebab itu penting untuk buat pemeriksaan yang tepat supaya punca sebenar dapat dikenal pasti.

Jika kereta anda ada bunyi pelik, boleh datang kami check.

📍YWS Automotive
No 8 Jalan Seharum 5
Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang Johor







07/03/2026

Alhamdulillah selesai Program Bubur Lambuk Perdana Zon Bukit Dahlia yang berlangsung di U-Sentrel Masai.

Program ini melibatkan kerjasama komuniti setempat dengan 10 periuk bubur lambuk disediakan secara gotong-royong.

Kami dari YWS Automotive turut bersama membantu dari awal persiapan seperti potong ayam, potong bawang, tumis bahan, memasak bubur sehingga proses pembungkusan dan agihan.

Bubur lambuk diagihkan kepada komuniti sekitar, orang yang lalu di kawasan program, pelanggan YWS Automotive serta jemaah Surau As-Sobirin.

Semoga program seperti ini terus mengeratkan hubungan komuniti dan mengimarahkan bulan Ramadan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.











07/03/2026

Proton Exora ni datang ke bengkel untuk servis engine oil menggunakan Petronas Fully Synthetic 5W30.

Dalam masa sama kita buat 25 checkpoint inspection.

Bila kita flushing aircond, minyak compressor keluar sikit je.
Maknanya minyak compressor dah tak cukup.

Bila kita check lagi bawah, rupanya ada beberapa masalah lain:

• Oil cooler enjin bocor
• Hose power steering leaking
• Engine mounting depan belakang pecah

Minyak power steering pun dah hitam, jadi kita buat flushing power steering supaya pump dan seal tak cepat rosak.

Nasib baik pelanggan datang servis awal.
Kalau lambat, kerosakan boleh jadi lebih teruk.

YWS Automotive
Jaga kereta, jaga keselamatan.







05/03/2026

Kes hari ni pelanggan datang sebab 4 biji tayar dah botak.

Bila kita check bawah kereta, rupanya tie rod end dan lower arm dah ada free play.
Kalau dibiarkan boleh buat steering tak stabil dan tayar makan tak sekata.

Kita sambung check dalam enjin p**a dengan buka oil sump.
Nampak dah ada kerak minyak mula terbentuk.

Sebab tu penting servis kereta bukan tukar minyak sahaja.
Bawah kereta dan dalam enjin pun kena periksa sekali.

Semoga dipermudahkan urusan & dilimpahkan rezeki 🤝










03/03/2026

Hari ni kita buat major service untuk Ford 4WD.

Servis melibatkan:
• Engine oil
• Auto transmission fluid
• Gear oil depan & belakang
• Diesel filter
Gear oil dan diesel filter ni selalu orang terlepas pandang. Bila overdue, kereta jadi berat dan prestasi kurang.

Servis ikut jadual lebih murah daripada repair bila rosak.

Terima kasih owner percaya pada kami 🙏





02/03/2026

Owner mengadu bunyi “tin tik” macam ada screw dalam tayar.

Dah banyak bengkel check, masih tak jumpa punca.

Masa test drive awal memang tak ada bunyi.
Tapi bila kami naikkan kereta dan buat pemeriksaan detail, baru nampak masalah sebenar.

✔ Bar bush link ada free play
✔ Absorber depan dah tak balance & naik lambat

Kadang masalah suspension ni tak terus bagi simptom jelas.

Sebab tu penting check betul-betul, bukan tukar ikut teka.

YWS Automotive
Jaga Kereta, Jaga Keselamatan 🚗

Address

No 8 Jalan Seharum 5 Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60127672790

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YWS Automotive posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to YWS Automotive:

Share