DIY Garage

DIY Garage Jom jimatkan kos repair kereta dengan DIY

DIY - Cara Hilangkan Kemek Kereta Tanpa Pergi Bengkel.Nak beli Lelabah ni? Harga ada pada gambar KE-14 !+ Termasuk pos S...
25/11/2016

DIY - Cara Hilangkan Kemek Kereta Tanpa Pergi Bengkel.
Nak beli Lelabah ni? Harga ada pada gambar KE-14 !
+ Termasuk pos Sabah/Serawak
+ Free Consultation from Car Expert
+ BUAT SAMPAI JADI BRO
Whatsapp "Lelabah" ke +018-371 6090 (KECIK)

Perhatian untuk semua pengguna kereta Proton..
10/11/2016

Perhatian untuk semua pengguna kereta Proton..

PANIK SUHU KERETA NAIK??=======================PENJAGAAN sistem penyejukan adalah amat penting untuk sesebuah enjin. Enj...
10/11/2016

PANIK SUHU KERETA NAIK??
=======================
PENJAGAAN sistem penyejukan adalah amat penting untuk sesebuah enjin. Enjin boleh terlebih panas jika suhu enjin mencecah pada paras merah di meter panel.
Ini boleh mengakibatkan blok head bengkok, air masuk dalam sistem pelinciran dan menyebabkan enjin 'sangkut'.
Ketika memandu, jika tiba-tiba terlihat meter suhu naik mendadak, cepat-cepatlah berhentikan kereta di tepi jalan. Buka bonet depan, biarkan seketika enjin sedikit sejuk barulah periksa apa yang rosak.
Antara masalah boleh mengakibatkan suhu naik, air cooling radiator kering, radiator tersumbat, drain screw radiator longgar, tidak menutup penutup radiator dengan baik, sensor suhu tak betul, hos penyambung ke radiator bocor, water pump rosak atau tersumbat, kipas radiator atau termostat rosak.
===================================================
1. Periksa air radiator
Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air. Cuba lihat air di dalamnya, jika berkarat dan berkeladak mungkin radiator tersumbat.
Perlu keluarkan air tersebut dengan buka hos bawah dan masukkan hos air dari atas dan drain screw radiator dibuka.
Biarkan air masuk mengalir dalam enjin hingga air karat keluar kesemuanya. Kemudian pasang semula drain screw radiator. Isi air di dalam radiator.
Amaran, jangan membuka penutup radiator ketika panas. Biarkan dalam satu jam hingga sejuk dahulu.
Gunakan kain tebal untuk membukanya. Ini bagi elakkan wap dan air panas terpercik pada anggota badan.
Pastikan tiada bocor pada radiator. Lihat bawah kenderaan anda. Jika ada air menitis, cari puncanya, selalunya dari drain screw. Mungkin kebocoran pada radiator atau pada bahagian berkaitan.
Pastikan air dalam tangki simpanan ini dalam paras antara minima dan maksima.
====================================================
2.Periksa pressure cap
Periksa keadaan spring dan juga rubber seal. Secara teknikal penutup itu ada tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut. Cara pastikan ia berfungsi dengan menekan spring tersebut dan lihat ia berfungsi atau tidak.
====================================================
3.Periksa sensor suhu
Kadangkala masalah berlaku bila jalan sesak sebabkan suhu enjin meningkat.
Jika pusingan kipas perlahan maka suhu di dalam tangki lambat turun. Atau pun sensor ada masalah dengan setting dan lambat cut in atau kadang kala berkemungkinan water pump impeller sudah rosak.
Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari meter panel odometer, kemungkinan sensor rosak.
===================================================
4.Periksa hos
Lihat pada hos kenderaan anda. Jika ada tanda-tanda retak, koyak disyorkan tukar berserta dengan klip baharu. Juga periksa hos kecil yang bersambung dengan sistem ini.
====================================================
5.Water pump
Periksa jika ada tanda-tanda air keluar di sekeliling water pump. Ada dua sebab jika berlaku sama ada gasket bocor keluar air atau pump housing retak. Jika ini berlaku, disarankan segera tukar pam baharu.
Kebiasaannya mekanik akan tukar water pump sekali dengan gasket.
====================================================
6.Periksa radiator fan
Periksa sambungan pendawaian, kotak fius, sensor suhu dan motor kipas. Periksa kipas radiator adakah ia berfungsi dengan baik. Apabila kipas berpusing pastikan keadaan pusingan normal tanpa terdengar bunyi abnormal.
Jika didapati pusingan kipas perlahan kemungkinan sambungan longgar atau karbon motor sudah haus.
Tetapi jika kipas tidak berpusing, periksa dengan menggunakan test pen pada motor. Pastikan ada bekalan elektrik. Jika kipas berpusing, periksa pada termostat, takut tersumbat p**a.
====================================================
7.Termostat
Pemeriksaan tidak dapat dilakukan disebabkan ianya terletak di dalam. Ada kes tertentu termostat 'sangkut' hingga enjin terlebih panas.
Oleh itu, jika ia berlaku anda boleh buka dua skru nat dan buangkan. Tapi ini hanya dilakukan bila berlakunya kes kecemasan.
Jika semua sudah dilakukan tanpa jumpa tanda-tanda tak normal pada kereta, tapi suhu masih tinggi, mungkin ada sesuatu tidak kena pada meter panel odometer anda.Periksa wayar kabel yang dipasang di enjin untuk memastikan ia tidak longgar atau rosak

"Duduk rumah flat tengah bandar bro..time malam kalau balik lambat, parking kereta tepi jalan la jawab nyer.. Kereta kem...
09/11/2016

"Duduk rumah flat tengah bandar bro..time malam kalau balik lambat, parking kereta tepi jalan la jawab nyer.. Kereta kemek tiba-tiba time nak pergi kerja macam dah biasa naik lali dah..Rase nyer orang bengkel pun dah kenal..aku cari alternatif lain, alhamdullillah jumpa barang nie..kalau kemek, aku repair aje sendiri..standby siap2..xde la aku asyik keluar duit kat abang bengkel aje" -HARRIS, BANDAR TUN RAZAK

==============

"Mood happy baru dapat gaji, jalan pergi parking kereta, tengok kereta ada orang langgar la p**ak. Kemek dekat bahagian body belakang, sadis betul sebab tak perasan sape yang langgar! Melayang la duit gaji gua babe. Tapi nasib baik ada alat ni, tak yah pergi bengkel. DIY sendiri je dekat rumah weekend nie " - FAIZAL, KLANG

==============

Tools nie aku panggil 'LELABAH'...

Standard orang jual RM 70 TAPI aku nak jual murah2 sebagai tanda pengenalan PERTAMA di DIY GARAGE. hehehehe

Tools ni untuk hilangkan kemek dekat body kereta, tak payah susah-susah nak pegi bengkel lepas ni. Jimat duit bila boleh buat sendiri. Harga petrol baru naik p**ak, takkan asyik nak bayar kt orang lain aje kan?
Ada jenis-jenis kemek yang senang nak pakai. Part body lembut. Kalau kemek besar, kena ade skill lebih sikit baru timbul.
Sempena Harga PENGENALAN nie, aku jual RM 50 shj, TERMASUK POSTAGE SELURUH MALAYSIA..
Pm dekat komen siapa2 yang nak atau terus..
Whatsapp "Lelabah" dekat no ni +018-371 6090
Whatsapp "Lelabah" dekat no ni +018-371 6090
Whatsapp "Lelabah" dekat no ni +018-371 6090

Address

Jalan Serangkai
Pasir Gudang
81700

Telephone

018-371 6090

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DIY Garage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share