14/08/2023
Sampai berkarat dan patah⁉️
Hati-hati bila cuci kereta !
Silap-silap gaya, lain yang terjadi!
Suatu hari seorang pelanggan datang ke premis kami membawa kereta jenis Proton Saga FLX ingin menukar Bateri dari SP Battery Papar pelanggan berkongsi pengalaman kereta ada masalah bergegar terutama ketika menghidupkan enjin di pagi hari.
Setelah menghantar kereta ke mekanik membuat pemeriksaan, didapati ada masalah pada coil plug. Coil plug sudah rosak dan reput sehingga tecabut dan patah. Bagaimana ini boleh terjadi?
Sebab pertama adalah faktor barang lama yang mana coil plug sudah terlalu lama digunakan dan sudah sampai masa untuk diganti dengan yang baru.
Sebab yang kedua, berkemungkinan coil plug menjadi reput akibat dari pembasuhan kereta yang kurang cermat.
Air basuhan kereta telah masuk ke kawasan coil plug tanpa pemantauan yang rapi. Situasi ini menyebabkan coil plug terkesan dan menjadi reput.
Kepada anda yang mahu mencuci kereta tu sila berhati-hati. Kalau boleh, ambil sedikit masa untuk periksa semula dan lap tempat-tempat tertentu agar ia betul-betul bersih dan kering.
Takut ada air yang bertakung dan terkena alatan yang tak sepatutnya.
Kereta beliau telah menggantikan coil plug dan plug dengan yang baru. Setelah selesai pembaikian, kereta kembali baik dan tidak bergegar lagi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. 🫰🏻
Terima kasih Warga Papar, sentiasa support dan mempercayai team SP Battery Papar🥰
Jika anda mengalami masalah battery atau berkaitan masalah kenderaan boleh hubungi service centre SP Battery Papar
𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 :
0️⃣1️⃣1️⃣2️⃣7️⃣7️⃣5️⃣0️⃣1️⃣2️⃣1️⃣
https://wa.me/601127750121
buat pesanan dan technician kami teeeeerrruusss 🚙💨 ke lokasi anda.