Tayar Online Lagi Murah

Tayar Online Lagi Murah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tayar Online Lagi Murah, Tire Dealer & Repair Shop, Paka.

31/10/2024

SURAH AL KAHFI
*******************

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Pernah terfikir kenapa?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go 🙌

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/akhirat.

*Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONGG untuk menuntut ilmu dari Khidir*

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🙌🙌

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Tak percaya? Hehe.

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Tak gituuwwww

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Tenang di penghujung usia 30 an.Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahu...
03/03/2022

Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik, 'kan Allah
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there.
Kita pun copy paste juga 😊

08/03/2021

Assalamualaikum.

Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat:

“Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.”

[ Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ]

manfaat

Ada Gout? Berdampinglah Dengan Saka Ini..Saka ini namanya Vitamin C. Kesannya pada manusia luarbiasa.Ada kajian jangka p...
22/01/2021

Ada Gout? Berdampinglah Dengan Saka Ini..
Saka ini namanya Vitamin C. Kesannya pada manusia luarbiasa.
Ada kajian jangka panjang. Dilakukan ke atas orang lelaki. Umur mereka 40 tahun ke atas.
Kajian ini dapati mereka yang ambil 1000 hingga 1499mg Vitamin C sehari, turunkan risiko kena gout sebanyak 31%.
Mereka yang ambil 1500mg sehari p**a, risiko terkena gout turun sebanyak 50%.
Power saka ni. Bagaimana peratus yang berbaki tu? Maknanya ada peluang 50% terkena gout?
Yang 50% itu boleh tinggal kosong apabila kita jaga makan. Saka lama yang kena buang ialah cik putih – gula putih.
Kredit : DrRiZaL..

...
27/10/2020

...

Bismillah..Alhamdulillah... Subhanallah... Astaghfirullah.
18/10/2020

Bismillah..
Alhamdulillah... Subhanallah... Astaghfirullah.

SIMPTOM KEROSAKKAN  LOWER ARM"""""'''''''""""""'''''""'''""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""Kereta bila...
11/10/2020

SIMPTOM KEROSAKKAN LOWER ARM
"""""'''''''""""""'''''""'''""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Kereta bila dah ada masalah 'sendi' mula lah 'alignment' lari, 'balancing' pun lari dan macam-macam lagi. Bila balancing dah buat, alignment dah buat steering masih lari lagi. Kebanyakan pemandu akan menghantar ke kedai tayar untuk alignment dan balancing tayar berulang kali dengan anggapan kedai kedai sebelum ini tidak buat dengan baik dan sempurna, tetapi sebenarnya masalah hanya hilang dalam tempoh singkat.

Lower Arm adalah komponen yang memegang tayar kepada kerangka kereta dan berfungsi untuk memastikan tayar dalam keadaan betul. Simptom kerosakan pada Lower Arm kebiasaannya pemandu akan dengar bunyi 'clunking' dekat bahagian depan bila nak brek dan ketika mengambil selekoh. Steering juga akan cenderung atau mudah terpusing ke arah kanan atau kiri tanpa kawalan (bila di jalan lurus).

SIMPTOM KEROSAKAN LOWER ARM
”"""'''''""""""''"''"'"'''''"'"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
✓Pemanduan menjadi tidak stabil dan mengundang bahaya.

✓Terdapat bunyi dibahagian tayar hadapan berhampiran dengan lower arm .

✓Tahap kehausan tayar tidak sekata (makan sebelah) .

✓Pusingan stering terasa longgar

⚠Jika tidak diambil peduli atau dibiarkan, kerosakan Lower Arm akan membawa kepada masalah dan kerugian yang lebih besar. Antaranya ianya mampu menyebabkan kerosakan kepada kompenan-kompenan dibahagian lain seperti Rack End, Tie Rod End, Steering Rack dan lain lain. Pemanduan tidak selesa, Ball Joint pada Lower Arm akan tercabut dan boleh menyebabkan kemalangan . Tayar juga akan rosak (makan dalam) dan boleh menyebabkan tayar pecah tanpa di ketahui, mampu mengakibatkan kemalangan.

👨‍🔧Kesimp**annya jika terdapat simptom ini, terus hantar ke bengkel yang dipercayai untuk melakukan pemeriksaan. Ini adalah baik untuk memastikan keselesaan anda semasa memandu dan juga ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

18/09/2020
Hulu Langat Fishing Resort Pakej :•12 jam sesi memancing & penginapan (Siang) : RM115.20•12 jam sesi memancing & pengina...
23/08/2020

Hulu Langat Fishing Resort

Pakej :
•12 jam sesi memancing & penginapan (Siang) : RM115.20
•12 jam sesi memancing & penginapan (Malam) : RM115.20
•1 hari sesi memancing & penginapan : RM230.40

www.wasap.my/+60146373979

Kredit : Jelajah Maya

Hari ini dalam sejarah. 3 Ogos 1985 pembukaan Jambatan Pulau Pinang, terpanjang di Asia Tenggara pada masa itu. Sedar ta...
04/08/2020

Hari ini dalam sejarah. 3 Ogos 1985 pembukaan Jambatan Pulau Pinang, terpanjang di Asia Tenggara pada masa itu. Sedar tak sedar, sudah 35 tahun jambatan ini berdiri dengan megahnya di negeri ini.

Ia bermula dengan idea mantan dari Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta.

Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke p**au ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.

Tun Mahathir melakukan simbolik menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dengan kereta Proton Saga merah pada majlis perasmiannya 3 Ogos 1985.

⛱Kredit
PenangKini

Seorang bapa berkata kepada anaknya:"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-t...
02/08/2020

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Creadit : Mohamad Faidzal

Address

Paka
23100

Telephone

0195678393

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tayar Online Lagi Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share