10/09/2026
GT4 problem?
Seller problem?
Haaaa, tak kisah lah siapa pun yang problem, kalau boleh jangan di babit kan dekat aku skali.
Hahahaha.
Begini lah kisah owner Vellfire dengan caliper GT4 beliau.
Owner beli caliper ni tak sampai setahun, seller claim sebagai "original refurbish".
Masalah nya datang apabila owner komplen caliper ni ada bunyi "tak tak tak" time kereta berjalan.
Yang kesian nya, seller sendiri pun tak tahu apa masalah dengan caliper ni, semua okey je kata nya.
Maka, tinggal lah owner sendirian terkontang kanting mencari penyelesaian.
Dan member owner ni rekemen kan lah RCG, katanya "masalah mungkin boleh selesai, tapi kena tahan telinga sikit lah"
Hahahahaha.
Binawe betul yang tukang rekemen pun.
Alhamdulillah, dapat juga jumpa punca masalah nya.
Dan akhirnya, hari ni owner dapat balik dengan tenang.
Sebab tu aku selalu cakap sebelum ni, yang menjual ni, memang ramai, yang claim "original refurbish" ni, lagi lah ramai.
Kang jadi masalah, nak menyelesaikan tu je lah yang selalu nya tak ramai tu.
Katanya ori refurbish, katanya sendiri refurbish, tapi apa benda pun dia tak tahu macam mana nak selesaikan.
Aku takde la cakap aku ni elok sangat, cuma nya, kalau perkara tu memang rutin kau, jadi setiap masalah tu, kau sepatut nya tahu lah macam mana nak selesaikan, sebab benda tu dah jadi macam makanan kau.
Eh, ada dapat sesuatu?
Sudah anda belajar? Sila komennnn.
Hahahahahaha.
Terima kasih support RodengCaliperGarage.