23/07/2026
Beberapa minggu ni banyak kereta datang masalah gearbox. Yang tukar gearbox pun dah berapa biji dalam bulan ni saja. Yang mana boleh buat, kita buat, yang mana luar kemampuan, kita suggest hantar kat pakar.
Gearbox ni terutama sekali yang auto/cvt memang tinggi kebarangkalian nak rosak. Cepat atau lambat, kebanyakannya (tak semua) sampai masa dia akan buat hal. Faktor wear and tear, faktor cara pemanduan, faktor minyak/servis.
Ni ada sikit tips paling mudah dan asas untuk panjangkan jangka hayat gearbox anda.
β
Servis minyak gearbox on time. Jangan lajak, jangan lambat.
β
Guna minyak yang sesuai dan ikut spec. Tak kisah brand apa pun, asalkan spec sesuai, takde masalah. Ada yang kata "Perodua kena guna minyak ATF Perodua baru gearbox tahan lama, jangan guna brand lain." Ini merapu tuan-tuan.. Banyak je lagi minyak yang sesuai dan jauh lebih baik, boleh je guna.
β
Guna minyak gearbox yang betul-betul original, yang trusted dan berkualiti. Jangan mudah terpedaya dengan minyak fake di kedai oren. Ada minyak yang original, kena pandai selidik dan pilih kedai. Kalau dah dia jual minyak ATF Perodua 'original' 1 liter rm15-rm20, sendiri mau faham la geng.
β
Cara pemanduan yang cermat dan berhemah. Kalau kereta baru nak bergerak kat traffic light tu, jangan la amalkan terus berdiri tekan pedal minyak. Tekan slow-slow, bagi ada sikit momentum baru tekan pedal lebih.
Tu jelah tips nak bagi. Nak tahu lebih boleh tanya Google.
Yang mana nak servis/repair kenderaan, nak cari minyak enjin berkualiti dan original boleh roger kami ye.
017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771
Lokasi di Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor