16/04/2023
JOM BELAJAR SIKIT TENTANG BRAKE PAD
Bila memiliki kereta, yang kita fikir hanya pandu, hantar servis, isi minyak, bayar bulan. Tapi tidak pernah ambil tahu tentang brake pad? Selalu pengguna wanita jarang ambil tahu tentang brake pad kereta.
APA BRAKE PAD DAN BAGAIMANA BERFUNGSI?
- Anda perlukan geseran untuk menghentikan kereta dan ia dihasilkan oleh pad brek. Ia merupakan komponen yang mengenakan tekanan dan mewujudkan geseran pada cakera dan seterusnya menghentikan pusingan roda kereta anda.
TANDA-TANDA BRAKE PAD HAUS DAN PERLU DITUKAR?
1. KELUAR BUNYI KETIKA MENEKAN BRAKE
- Sekiranya mendengar bunyi ketika menekan brake itu tandanya brake pad ditukar. Bunyi yang anda dengar itu adalah bunyi pelapik brake bergesel dengan brake disc.
2. BRAKE DISC CALAR DENGAN TERUK
- Anda boleh check brake disc sendiri. Anda pegang pada brake disc dan rasa sama ada ianya ada calar atau tidak. Kalau calar dengan teruk anda boleh hantar ke bengkel untuk tukar brake pad. Jangan p**a anda pegang brake disc lepas kereta dipandu. Panas benda tu.
3.BRAKING DISTANCE TERLALU JAUH
- Kalau hari-hari pandu anda dapat rasa kenapa makin lama anda perlu menekan pedal brake dengan lebih kuat. Anda perlu menekan brake lebih awal sebelum nak memberhenti kan kereta. Itu juga tanda brake pad kereta haus
4.BILA BRAKE KERETA RASA BERGEGAR
- Kalau berada di situasi begini, ia disebabkan brake disc kereta anda sudah bengkok. Ada kemungkinan brake kita makan tidak rata, sebelah masih ok dan sebelah sudah haus. Itulah yang menyebabkan kereta bergegar. Jadi bawalah kereta anda ke bengkel untuk check.
Jadi jika kereta anda mempunyai tanda-tanda ini anda bawalah kereta ke bengkel untuk buat pemeriksaan ya.
Jika anda ada sebarang pertanyaan Mengenai JMC VIGUS PRO anda boleh terus whatssap lita
https://wa.me//60133007614