Tekan Minyak

Tekan Minyak Setiap kereta ada cerita.
(2)

Ramai hala ke Pahang hari ni.
15/08/2026

Ramai hala ke Pahang hari ni.

Bila syarikat kereta ada banyak duit nak buat R&D, dia boleh keluarkan lebih dari satu model untuk satu badan kereta.Con...
15/08/2026

Bila syarikat kereta ada banyak duit nak buat R&D, dia boleh keluarkan lebih dari satu model untuk satu badan kereta.

Contohnya Vellfire dan Alphard, dua model berbeza tapi pakai badan sama.

Yang ini p**a ada tiga model untuk satu badan, Voxy, Noah dan Esquire.

Voxy untuk nak nampak sporty, Noah untuk family man, dan Esquire untuk varian mewah.

Enjin sama sahaja, untuk Voxy generasi ketiga ini yang mula keluar di Jepun dari tahun 2014, menggunakan enjin 2.0L berkuasa maksimum 152 ps, ada pacuan hadapan dan ada yang AWD.

Kemudian ada varian hibrid, enjin 1.8L bersama motor elektrik, kuasa maksimum gabungan enjin dan motor 136 ps, tork maksimum gabungan motor dan elektrik tak diberitahu, tetapi mesti lebih tinggi dari enjin 2.0L kerana tork motor elektrik sahaja pun dah 207 Nm.

Badan tak ringan, paling berat untuk varian AWD lebih dari 1.7 tan, varian pacuan hadapan beratnya lebih dari 1.5 tan.

Ada versi 7-tempat duduk dan ada yang 8-tempat duduk.

Kalau nak enjin lebih power yang gunakan enjin 2.0L Dynamic Force 170 ps, kena cari yang generasi ke-4.

Spesifikasi:

Versi 2.0L.

Enjin 3ZR-FAE 2.0L (1986 cc) 4-silinder DOHC 16-injap.

Gerek x lejang 80.5mm x 97.6mm.
Nisbah mampatan 10.5:1.

Kuasa maksimum 152 ps / 112 kW @ 6100 rpm.
Tork maksimum 193 Nm @ 3800 rpm.

Transmisi CVT.

Berat 15xx kg - 17xx kg (pacuan hadapan ringan sedikit, pacuan AWD berat sikit).

Versi 1.8L hibrid.

Engine 2ZR-FE 1.8L ( 1797 cc).

Gerek x lejang 80.5mm x 88.3mm.
Nisbah mampatan 13.0:1.

Kuasa maksimum enjin 99 ps / 73 kW @ 5200 rpm.
Tork maksimum enjin 142 Nm @ 4000 rpm.

Kuasa maksimum motor elektrik 60 kW.
Tork maksimum motor elektrik 207 Nm.

Kuasa maksimum enjin + motor elektrik 136 ps / 100 kW.

Berat 16xx kg.

Pada akhir abad ke-19, bandar-bandar besar di Amerika Syarikat dan Eropah menghadapi satu krisis sanitasi yang amat memb...
14/08/2026

Pada akhir abad ke-19, bandar-bandar besar di Amerika Syarikat dan Eropah menghadapi satu krisis sanitasi yang amat membimbangkan, krisis najis kuda.

​Di New York sahaja, lebih 100,000 ekor kuda digunakan setiap hari untuk mengangkut barangan dan penumpang, ini menghasilkan lebih kurang 1.1 juta kilogram najis dan puluhan ribu gelen air kencing di atas jalan raya setiap hari.

Apabila cuaca panas, kotoran ini mengering menjadi debu beracun yang menerbangkan kuman penyakit seperti Demam Kepialu (Typhoid) dan Difteria. Bandar bertukar menjadi busuk, kotor, dan penuh dengan lalat.

​Malah pada Persidangan Perancangan Bandar Antarabangsa yang pertama di New York pada tahun 1898, para pakar dari seluruh dunia gagal menemui sebarang jalan penyelesaian. Mengikut kiraan mereka, jalan raya bandar akan tertimbus pada kedalaman beberapa kaki di bawah longgokan najis kuda dalam masa beberapa dekad sahaja.

​Penyelesaian kepada krisis kesihatan awam ini akhirnya tiba bukan menerusi dasar kerajaan, tetapi menerusi revolusi industri automotif. Revolusi industri automotif datang sebagai hero.

​Apabila Henry Ford memperkenalkan Ford Model T pada tahun 1908 melalui kaedah mass production, harga kereta menjadi jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh orang ramai, semua golongan boleh dikatakan mampu untuk memiliki Model T.

Dalam tempoh yang singkat, kenderaan bermotor mula menggantikan kereta kuda di seluruh bandar raya utama.

​Pada zaman tersebut, akhbar dan masyarakat menyambut kehadiran kereta sebagai "Penyelamat Alam Sekitar" (Environmental Savior):
​Jalan Raya Bersih: Tiada lagi timbunan najis dan bau busuk di sepanjang jalan.

​Kesihatan Awam Meningkat, kadar penularan wabak penyakit akibat debu najis dan lalat menurun secara drastik.

​Kebajikan Haiwan pun bertambah baik,: puluhan ribu kuda yang sebelum ini dipaksa bekerja keras sehingga mati di jalan raya tidak lagi dikerah tenaga seperti hamba.

​Melihat dari sudut sejarah, terdapat ironi yang sangat menarik, kenderaan bermotor yang hari ini sering disifatkan sebagai punca utama pencemaran udara dan pelepasan karbon, pernah dianggap sebagai inovasi paling bersih dan mesra alam yang telah menyelamatkan bandar-bandar moden daripada ditenggelami kotoran.

Dalam bab kualiti ini sebenarnya ada banyak perbezaan.Pertama kualiti dalam bab material atau bahan di dalam kereta, con...
14/08/2026

Dalam bab kualiti ini sebenarnya ada banyak perbezaan.

Pertama kualiti dalam bab material atau bahan di dalam kereta, contohnya jika kita kata bahagian dalam kereta itu berkualiti tinggi kerana menggunakan bahan yang mahal macam kulit betul, alcantara atau apa-apa yang nampak mahal.

Yang kedua, kualiti macam di dalam production line, macam yang QC nampak, contohnya segala “gap and flushness” nampak elok sahaja, kemudian semuanya tahan lama, tahan lasak, dan tahan panas, penjajaran atau alignment roda elok sahaja apabila kereta keluar dari showroom.

Yang ketiga, kualiti dari sudut ketahanan, contohnya ada kereta guna material untuk dashboard yang lembut, sentuh memang sedap, tapi bila dah setahun dua, dashboard jadi melekit, kemudian dalam bab enjin, ada enjin sedap, tapi tak tahan lama, perbatuan baru cecah 100 ribu km, dah macam-macam benda kena baiki, itu pun orang kata enjin tak berkualiti.

Yang keempat, kualiti dari sudut kejuruteraan (engineering). Ini yang ramai orang tak nampak, tapi sebenarnya paling penting dalam jangka panjang, contohnya macam sistem penyejukan enjin, laluan udara atau airflow dalam ruang enjin, rekabentuk laluan minyak, atau macam mana haba dibuang dari enjin dan kotak gear.

Ada kereta yang nampak cantik luar dalam, tapi bila jalan jauh atau tekan sikit, suhu cepat naik, kotak gear cepat panas, atau komponen cepat haus. Ini bukan kerana material murah semata-mata, tapi sebab design dari awal tak betul-betul robust.

Sebab itu ada kereta yang tak boleh tahan dilenjan, nampak elok sahaja tapi cepat “penat”.
Yang kelima, ini lebih subjektif — kualiti dari sudut rasa pemanduan (driving feel). Steering rasa solid atau kosong, brake rasa yakin atau lembik, body rigid atau rasa longgar bila corner.

Kadang-kadang sesebuah kereta itu bila tengok spesifikasi nampak macam biasa sahaja, tapi bila pandu, rasa sedap dan “mahal”. Sebab semua komponen bekerja dengan harmoni, steering, suspensi, chassis rigidity, NVH (noise, vibration, harshness), semua itu jenis kualiti yang susah kita nak ukur atas kertas.

Jadinya bila kita cakap sesebuah kereta itu berkualiti atau tidak,kita sebenarnya perlu jelaskan kita maksudkan yang mana satu.

Sebab ada kereta:

- Material mahal, tapi tak tahan
Kualiti lassembly/pemasangan cantik, tapi cepat longgar, lepas beberapa bulan, boleh dengar getaran dari pelbagai arah.

- Enjin sedap, tetapi mudah panas, bila pandu laju sikit, atau mendaki bukit, nampak kat meter suhu coolant panss.

- Rekabentuk cantik, tapi bab kejuruteraan tak lawa.

Dan ada juga kereta yang:

- Material biasa-biasa sahaja, tetapi boleh tahan sampai 20 tahun.

- Assembly/pemasangan nampak ringkas sahaja, tetapi solid, tak ada bunyi getaran bila usia dah mula tua.

- Enjin biasa sahaja, tapi susah rosak.

Jadinya, kualiti sebenarnya bergantung kepada kita, kita nak kualiti dalam bab apa sebenarnya.

Dua kereta segmen D enjin turbo, dua-dua dilancarkan pada tahun 2010, dan dua-dua masuk pasaran negara kita pada tahun 2...
13/08/2026

Dua kereta segmen D enjin turbo, dua-dua dilancarkan pada tahun 2010, dan dua-dua masuk pasaran negara kita pada tahun 2011.

508 dan Passat B7, dua-dua masuk negara kita dengan enjin turbo, Passat masuk dengan enjin EA888 1.8L Turbo GDI, 508 masuk dengan enjin Prince 1.6L Turbo GDI dan 2.2L Turbo Diesel.

Kedua-duanya mempunyai kuasa maksimum yang lebih kurang sahaja jika diukur pada enjin petrol, kuasa maksimum 508 1 6L pra facelift 156 ps pada 6000 rpm, 508 facelift 165 ps, Passat B7 p**a 160 ps pada 5000 hingga 6200 rpm.

Tork maksimum 508 1.6L pra facelift 240 Nm dari 1400 hingga 4000 rpm, facelift tork yang sama tetapi dari 1450 hingga 4250 rpm.

Passat B7 p**a 250 Nm dari 1500 hingga 4200 rpm.

Kuasa maksimum dan tork maksimum lebih kurang sahaja, tetapi enjin Passat B7 lebih cepat naik power berbanding enjin 1.6L 508, kerana enjin Passat B7 dapat kuasa maksimum pada 5000 rpm, berbanding enjin 508 pada 6000 rpm.

Kemudiannya tork maksimum Passat B7 lebih besar, 250 bermula dari 1500 hingga 4200 rpm, bermakna pada 4000 dan 4200 rpm, enjin Passat B7 sudah ada 142 ps dan 149 ps.

Enjin 508 pra facelift 137 ps pada 4000 rpm, facelift 144 ps pada 4200 rpm. Nampak tak banyak, tetapi tork enjin Passat B7 tak turun banyak selepas tork maksimum, maka dapat kuasa maksimum 160 ps pada rpm lebih rendah.

Dari sudut teori, memang enjin Passat akan rasa lebih power kerana kuasa enjin meningkat dengan cepat.

Kemudiannya, 508 menggunakan transmisi 6-kelajuan automatik, Passat B7 p**a menggunakan dwi klac 7-kelajuan, jadinya memang Passat akan rasa lebih cepat memecut, dan kalau ikut dari spesifikasi pun, 0-100 kmsj Passat lebih cepat dari 508, 8.5 saat, berbanding 508 1.6L Turbo lebih dari 9 saat. Kelajuan maksimum Passat 220 kmsj 508 1.6L Turbo p**a dihadkan pada kelajuan sama, 220 kmsj.

Namun seperti yang aku tulis di atas, 508 tak datang dengan satu enjin sahaja, 508 ada datang dengan enjin 2.2L Turbo Diesel, lebih power dari enjin 1.6L Turbo, versi pra facelift berkuasa maksimum 204 ps pada 3500 rpm, facelift 206 ps pada rpm sama.

Tork maksimum dari 2000 hingga 2750 rpm, maknanta pada tahun 2000 rpm enjin ini sudah ada 128 ps, dan 176 ps pada 2750 rpm.

Enjin turbo diesel, mesti kuat dia punya tork, lagi sedap rasa dia punya “pulling power”.

Menggunakan transmisi automatik, 0-100 kmsj hanya ambil masa 8.4 saat, kelajuan maksimum dihadkan kepada 235 kmsj.

Jadinya kalau ikut atas kertas, 508 2.2L Turbo GDI lebih cepat dan lebih laju dari 508 1.6L dan Passat B7. Tapi kalau “real world”, tak tahu.

508 enjin 2.2L Turbo Diesel ada diberikan lencana GT, dan dapat suspensi hadapan double wishbone, kalau 508 1.6L Turbo dapat suspensi hadapan Macpherson strut.

Tapi jangan risau, Peugeot kalau pakai suspensi apa pun, boleh dikatakan sedap belaka, dia memang pandai dalam bab suspensi.

Kalau tanya aku, yang mana aku akan beli, aku ini peminat Peugeot, membesar dengan Peugeot 504, belajar pandu kereta pun dengan 504

Bila 508 nak keluar, aku antara orang paling seronok, sebab Peugeot nak kembalikan Peugeot 5 series, tapi, aku ini peminat dwi klac DSG, dan handling Passat B7 pun bagi aku sudah cukup bagus, jadinya kalau diberi pilihan, memang aku akan beli Passat B7.

Spesifikasi 508 Prince 1.6L Turbo GDI

Enjin: 1.6L Turbo GDI.

Kuasa maksimum:
Pra facelift 156 ps @ 6000 rpm,
facelift 165 ps.

Tork maksimum:
Pra facelift 240 Nm @ 1400 - 4000 rpm,
facelift 240 Nm @ 1450 - 4250 rpm.

Transmisi: 6-kelajuan automatik.

0-100 kmsj: 9.2 saat (sedan).

Kelajuan maksimum: Dihadkan 220 kmsj.

Spesifikasi 508 2.2L HDI (GT).

Enjin: 2.2L Diesel.

Kuasa maksimum: 204 ps @ 3500 rpm,
facelift 206 ps @ 3500 rpm.

Tork maksimum:
Pra facelift 450 Nm @ 2000 rpm,
facelift 450 Nm @ 2000 - 2750 rpm.

Transmisi: 6-kelajuan automatik.

Pacuan: Hadapan.

0-100 kmsj: 8.4 saat.

Kelajuan maksimum: Dihadkan 235 kmsj.

Suspensi hadapan GT Double Wishbone, 1.6L Turbo Macpherson Strut. Belakang kedua-dua varian guna Multilink.

Spesifikasi Passat 1.8L TSI B7:

Enjin: 1.8L (1798 cc) 4-silinder TGDI (TSI).

Kuasa maksimum: 158 hp / 160 ps / 118 kW @ 5000 - 6200 rpm.

Tork maksimum: 250 Nm @ 1500 - 4200 rpm.

Transmisi: 7-kelajuan dwi klac kering (DSG7).

Pacuan: Hadapan.

Berat: 1517 kg.

Emisi: Euro V.

0-100 kmsj: 8.5 saat.

Kelajuan maksimum 220 kmsj.

Bata terbang pada kelajuan 28,000 kmsj.Ramai tengok Space Shuttle macam kapal terbang besar. Tapi sebenarnya, bila ia ke...
13/08/2026

Bata terbang pada kelajuan 28,000 kmsj.

Ramai tengok Space Shuttle macam kapal terbang besar. Tapi sebenarnya, bila ia kembali dari angkasa, ia bukan lagi kapal yang boleh “tekan minyak”.

Semasa re-entry, Shuttle masuk atmosfera pada kelajuan sekitar 28,000 kmsj, lebih kurang 23 kali kelajuan bunyi.

Enjin utama tak digunakan untuk mendarat. Shuttle menjadi glider gergasi dan hanya mempunyai satu peluang untuk mendarat.

Kalau tersasar atau tersalah kira kelajuan, tak boleh patah balik dan buat “go-around” macam kapal terbang komersial.

Sebab itu ia digelar “Flying Brick” atau bata terbang. 😳

Untuk memperlahankannya, Shuttle menggunakan atmosfera sebagai “brek”, ia masuk dengan bahagian bawah menghadap aliran udara dan mengalami haba yang sangat tinggi, ribuan jubin seramik diperlukan untuk melindungi pesawat daripada suhu sekitar 1,500°C atau lebih.

Bila dah hampir ke landasan, ia masih turun jauh lebih curam daripada kapal terbang biasa dan mendarat sekitar 350 km/j.

Apabila pesawat sentuh sahaja landasan, payung brek digunakan untuk membantu memperlahankan kelajuan.

Bayangkan…

28,000 km/j → masuk atmosfera → jadi glider → satu peluang landing.

Memang bukan kapal terbang biasa, manusia yang mengawalnya pun bukan biasa-biasa.

Benda yang aku bulatkan itu warna tak sama macam warha logam badan kereta. Biasanya apabila ada logam berwarna gelap pad...
12/08/2026

Benda yang aku bulatkan itu warna tak sama macam warha logam badan kereta. Biasanya apabila ada logam berwarna gelap pada kereta, itu menunjukkan bahawa logam itu jenis “high strength”. Jenis kuat tak mudah meliut apabila dikenakan beban yang kuat.

Badan kereta menggunakan pelbagai jenis logam, kalau jenama atau model kereta yang pentingkan badan yang kukuh, samada untuk keselamatan, atau untuk memberikan “handling” yang baik, ada juga yang letak logam yang kukuh pada tempat tertentu, contohnya pada tempat terletaknya pedal dan booster brek (servo brek).

Meletakkan logam kukuh pada tempat untuk diletakkan pedal brek dan servo brek dapat menambahbaikkan prestasi semasa brek, pedal tak rasa mudah tenggelam apabila pedal brek ditekan dengan kuat.

Kereta Eropah biasanya menggunakan logam “high strength” pada bahagian itu, ada sesetengah kereta p**a hanya untuk varian prestasi tinggi sahaja, supaya dapat memberikan “feel” yang baik semasa pedal brek ditekan kuat. Benda seperti ini kita tak nampak dengan mata kasar, kerana bahagian itu sudah siap cat apabila sampai ke tangan pelanggan, yang nampak hanya orang kerja kilang kereta di bahagian bodyshop.

*gambar ini masa aku nak buat ujian destructive test, kena potong dan buka setiap spot weld, dan buka panel untuk periksa gam dan sealant pada model kereta tertentu.

12/08/2026

Persediaan sambutan hari kemerdekaan nanti kot.

Output penting, tapi engagement lagi penting.Power boleh beli, boleh remap, tukar ekzos, pasang turbo, tapi feel bila te...
12/08/2026

Output penting, tapi engagement lagi penting.

Power boleh beli, boleh remap, tukar ekzos, pasang turbo, tapi feel bila tekan klac, masuk gear, lepas klac, lepas tu tekan minyak, dan boleh rasa kereta tu ‘hidup’ dengan kita, itu tak semua kereta ada.

Nak buat lebih power, lebih laju, itu ramai boleh buat, tapi nak buat driver senyum sorang-sorang dalam kereta, itu level lain.

Benda bijak yang sistem epower ada adalah walaupun hanya menggunakan enjin kecil sahaja, 1.4L 3-silinder GDI tanpa turbo...
11/08/2026

Benda bijak yang sistem epower ada adalah walaupun hanya menggunakan enjin kecil sahaja, 1.4L 3-silinder GDI tanpa turbo dan supercharger, ia ada kuasa maksimum yang besar.

Serena epower di dalam gambar ini mempunyai motor elektrik berkuasa maksimum 163 ps, tork maksimum 315 Nm.

Enjin 1.4L itu hanya berkuasa maksimum 98 ps, tork maksimum 123 Nm sahaja, bayangkan kalau dengan gunakan enjin seperti itu sahaja, mesti tak larat nak tarik badan Serena yang besar dan berat itu.

Jadinya, enjin 1.4L itu bukan digunakan untuk menggerakkan badan Serena itu, tetapi digunakan sebagai pengecas bateri sahaja.

Kuasa elektrik dari bateri itu digunakan untuk memacu motor elektrik yang mempunyai kuasa maksimum 163 ps, dan tork maksimum 315 Nm.

Maknanya, kalau kita fikir betul-betul, dengan hanya menggunakan enjin 1.4L 3-silinder GDI, Serena epower mempunyai kuasa maksimum 163 ps, tanpa turbo dan supercharger.

Dan kita kena tahu, kuasa motor elektrik yang disalurkan kepada roda tak sama macam kuasa enjin yang disalurkan ke roda.

Motor elektrik menyalurkan kuasa dan tork kepada roda tanpa perlu melalui sistem transmisi atau kotak.gear yang kompleks, yang banyak “menelan” kuasa dan tork enjin, jadinya 163 ps itu, jika nak disamakan dengan enjin, enjin mungkin kena ada lebih dari 190 ps untuk menyamai kuasa motor elektrik yang hanya 163 ps itu, kerana sistem transmisi atau kotak gear banyak “menelan” kuasa dan tork enjin.

Kerana itulah apabila media negara jiran kita buat ujian 0-100 kmsj, walaupun berat Serena epower lebih kurang 1.8 tan, mereka masih boleh dapat masa purata dalam 9.3 saat.

Memang bijak sistem epower, dia ibarat boleh boost kuasa enjin tanpa menggunakan turbo atau supercharger, tapi kita kena tahu yang Ferdinand Porsche pernah buat kereta dengan konsep yang sama lebih kurang 126 tahun lepas, yang dinamakan sebagai Lohner - Porsche Mixte, enjin digunakan sebagai generator, motor elektrik sebagai pemacu macam sistem epower.

Jadinya kalau aku bekerja sebagai jurujual Serena epower, mesti aku akan kata depan pelanggan, ini bukan sistem biasa-biasa punya, ini sistem ciptaan founder syarikat kereta sport Porsche.

Address

Mentakab
28400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tekan Minyak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tekan Minyak:

Shortcuts

Share