Aidil Mazlan

Call Directions Website Contact the business

Aidil Mazlan I'm your certified Sale Advisor. Please let me assist you to get a better car for your future. 😊

Beruntung sungguh isteri yang ada suami bijak kewangan. Suami mudah untuk bentuk isteri. Kalau tak nak pun, dia terpaksa...
06/11/2020

Beruntung sungguh isteri yang ada suami bijak kewangan. Suami mudah untuk bentuk isteri. Kalau tak nak pun, dia terpaksa ikut.

Yang kesiannya, kalau isteri yang nak urus kewangan dengan bijak. Tapi, suami p**a sebaliknya. Susah. Memang susah.

Kena usaha pujuk suami sampai jadi. Kalau tak, dua-dua akan susah di kemudian hari. Dalam hal ni, suami kena dengar cakap isteri.

Rendahkan egomu. Tak luak apa pun bang. Tak terhakis pun kredibiliti kau bang. Ini semua untuk masa depan keluarga yang lebih cerah.

Cewah. Pandai-pandai je aku ni.

Ha! - HF

Kesilapan Kewangan 20-an Hingga 60-an!Masa umur kau 20-an, kau sibuk nak impress orang lain supaya kau nampak macam berj...
09/06/2020

Kesilapan Kewangan 20-an Hingga 60-an!

Masa umur kau 20-an, kau sibuk nak impress orang lain supaya kau nampak macam berjaya dan kerja bagus. Travel keliling dunia, beli kereta mahal, padahal kau bukannya mampu sangat. Akhirnya, guna kad kredit untuk survive. Simpanan dana persaraan pun kau tak mulakan.

Bila umur dah masuk 30-an, patutnya dah fikir untuk buat dana pendidikan untuk anak-anak, tapi kau lebih s**a tukar kereta baru dan beli barangan mewah yang bukan keperluan. Medical card dan life takaful pun kau tak teringin nak ambil langsung.

Masuk umur 40-an, kau dah masuk stage lain dalam kehidupan kau. Patutnya kau kena review investment portfolio kau sebab kau kena ingat yang kau tu dah hampir pencen. Kena invest kat tempat yang kurang berisiko. Ramai juga yang lupa untuk siapkan wasiat.

Umur 50-an, kau dah boleh relax sebab kau dah dapat duit pencen. Tapi silapnya, kau guna duit pencen kau untuk pendidikan anak-anak, majlis kahwin anak pun pakai duit KWSP, renovate rumah jadi besar pun iya juga. Habis macam tu saja duit pencen tu.

Walau usia dah senja 60-an, jangan abaikan terus pelaburan. Tapi carilah pelaburan kurang berisiko sesuai dengan usia kau. Jangan sampai duit kau habis, dan kau terpaksa kerja semula. Ramai harap kat anak, risau-risau anak pun tak panjang umur. Lagi satu, jaga payment medical card dan life takaful betul-betul, jangan sampai lapse.

Nampak kan, sampai ke akhir hayat kita kena jaga kewangan kita ni. Jaga kewangan bukan bermaksud kita kejar dunia dan abaikan akhirat, tapi mudahkan lagi kita untuk urusan akhirat melalui sedekah, wakaf, infaq dan zakat. Benda boleh dapat dua-dua, kenapa nak dapat salah satu, kan.

Kalau tak jaga kewangan awal, nanti dah tua-tua pun kena sibuk cari duit untuk setelkan hutang. Dunia tak dapat apa, akhirat pun entah ke mana. - HF

Anak muda yang bergaji RM2,000 tak nak lagi fikir langsung pasal simpan dan labur. Nak enjoy dulu katanya.Setakat manala...
08/06/2020

Anak muda yang bergaji RM2,000 tak nak lagi fikir langsung pasal simpan dan labur. Nak enjoy dulu katanya.

Setakat manalah kau nak enjoy dengan gaji RM2,000 tu dik. Tapi abang yakin satu hari nanti, kau akan berubah.

Macam biasa, masa dapat hidayah untuk berubah tu, mesti kau akan termenung dan bermonolog sendiri.

“Kenapalah aku tak simpan duit daripada dulu. Nak kahwin pakai duit, nak beli rumah lagilah banyak duit kena ada. Kalaulah aku simpan duit sejak dulu, sekarang banyak dah duit aku.”

Itu cerita dia kalau kalau kalau.

Jadi, sebelum kau berkalau-kalau, baiklah kau jumpa personally dengan kawan kau yang umur sekitar 40-an dan tanya pengalaman mereka.

Mesti ramai yang cakap,

“Itulah bro. Baik kau simpan duit daripada sekarang. Kau muda lagi. Nanti bila dah kahwin, lagi susah nak simpan duit. Kau jangan jadi macam aku, lambat sedar.”

Benda ni sama ada kau nak belajar daripada pengalaman orang lain atau kau sendiri buat silap dan kerugian masa muda kau.

Pilihlah.

18/05/2020

"Kalau orang bergaji RM3K, kerja pagi sampai petang atau sampai malam dah siap buat OT pun hanya ada extra RM500, ada adik beradik yang tengah belajar, ayah pun tak berapa kuat income, macam mana nak simpan lebih?"

"Asasnya, kena tambah income. Keluarga dia adalah motivasi terkuat untuk dia kerja keras. Kalau dia rasa majikan tak cukup bayar gaji, tak setimpal dengan kerja yang dia buat, mulakan bisnes kerana bayarannya infiniti."

"Tapi dia dah buat OT. Tak ada masa dah."

"Buat bisnes atau kerjaya yang akan membina passive income. Jadi, income per hour dia akan meningkat nanti. Cuba kira semula bayaran OT yang dia dapat, mana lagi berbaloi. Buat OT atau buat side income lain tu?"

"Betullah tu. Tapi tak semua orang nak buat bisnes. Ada yang takut, pemalu dan lain-lain. Bagilah teknik kewangan apa pun, at last berbalik kat individu itu juga. Ada ramai mmg tak mampu nak lari dari tempat kerja semasa."

"Jadi, itu memang masalah kat diri dia sendiri. Untuk orang macam ni, kalau kita nak bantu, kita yang kena transfer RM5K setiap bulan ke akaun dia lah tuan. Saya tak sanggup. Tuan sanggup?"

"Err."

Kawan, kalau boleh kita memang nak bantu semua orang jadi kaya. Tapi kita tak boleh nak paksa orang tu jadi kaya. Keinginan dan kesungguhan untuk berubah tu kena datang daripada dia sendiri.

Panduan pengurusan kewangan peribadi untuk anak-anak muda.
13/04/2020

Panduan pengurusan kewangan peribadi untuk anak-anak muda.

Address

Johor Jaya Bahru
Malacca City
75100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aidil Mazlan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aidil Mazlan:

Shortcuts

Share

Category