09/04/2025
Orang Lain Rugi Berbilion, Buffett Bertambah Kaya
Kalau tengok senarai orang terkaya dunia ni, majoriti tengah ‘berdarah’ tahun ni. Tapi ada sorang otai tua steady je, makin kaya pulak tu – Warren Buffett.
Gambar ni tunjuk perubahan nilai kekayaan orang-orang paling kaya sejak 1 Januari tahun ni. Semua tengah turun teruk – Elon Musk hilang $130 bilion, Jeff Bezos $45.2 bilion, Mark Zuckerberg pun $28.1 bilion lesap. Tapi Buffett? Naik $12.7 bilion!
🔰Apa rahsianya?
Buffett ni bukan jenis kejar saham teknologi hype. Dia pegang saham-saham yang stabil dan bagi dividen – contoh paling besar, syarikat dia sendiri: Berkshire Hathaway. Tahun ni, walaupun market merudum, saham Berkshire naik 9.4% setakat ini. Dalam keadaan market tengah berdarah pun dia senyum sorang-sorang.
🔰Apa jadi kat yang lain?
• Elon Musk – Tesla tak perform, market tech pun tengah bergolak, so dia rugi paling besar.
• Bezos & Zuckerberg – saham Amazon dan Meta pun terkesan dengan tekanan ekonomi dan kadar faedah tinggi.
• Larry Ellison, Larry Page, Steve Ballmer – semua founder syarikat teknologi besar pun tak terlepas dari penangan pasaran 2025 ni.
🔰Apa pengajaran kita boleh ambil?
Kadang-kadang, pelaburan yang ‘membosankan’ dan stabil lagi jalan selamat berbanding yang nampak hebat dan trending. Buffett pegang prinsip lama: faham apa yang kita labur, jangan tamak, dan fokus jangka panjang. Dalam suasana sekarang, nampaknya nasihat dia masih relevan – malah terbukti berkesan.
Yang lain tengah garu kepala tengok nilai kekayaan susut, Buffett boleh senyum tengok akaun bank makin gemuk.
Kesimpulannya?
Market boleh naik turun, tapi prinsip pelaburan yang kukuh tak lapuk ditelan zaman. Selagi orang macam Warren Buffett masih ada, kita tahu strategi ‘slow and steady’ tu belum pupus lagi.
Nak kaya cepat boleh… tapi bersedia jugalah untuk hilang cepat.