31/08/2025
ON GR BRAND IMPACT
••••••••••••••••••••••••
Dulu zaman Honda Vtec. Zaman Mugen. Zaman Ralliart. Zaman Impreza WRX.
Tapi kini dunia telah pun berubah. Zaman ini zaman GR. Zaman Toyota Gazoo Racing.
Tengoklah siapa dia bekas Presiden Toyota si Akio Toyoda tu. Beliau dahulu ialah bekas racer, berlumba di bawah banner Gazoo Racing (GR).
Inilah yang terjadi apabila a real motorhead mengepalai syarikat automotif dan bukannya seorang bean counter.
?
Gazoo berasal dari perkataan Jepun Gazo yang bererti imej atau gambaran.
Jadi Gazoo Racing maknanya Racing Brand.
Asalnya dulu Akio Toyoda semasa muda selalu racing secara senyap-senyap di bawah nama Gazoo Racing.
Setelah beliau jadi Presiden Toyota, di ubahnya design language semua model Toyota.
Dari imej (gazoo) mobil untuk orang tua yang play safe ke imej muda dan racing.
Beliau membawa kembali Toyota ke dunia World Rally Championship setelah Toyota kena banned tahun 1995 akibat main cilat (menipu bab air flow untuk turbo intake) semasa kempen rali 1995.
Kini GR menguasai balapan rali World Rally Championship dan sudah pun menang melebihi 100 perlumbaan WRC!
Jentera Toyota Yaris GR Rally juga telah memenangi 5 kejuaraan WRC dalam tempoh 6 tahun ini!!! Dan mungkin satu lagi tahun ini!!
Tengoklah sahaja kat bawah ni, Corolla GR ni senang je nak tapau VW GTi hatta Honda Civic Type R dari segi pecutan dari pegun ke 100 kmj.
Itulah dia kehebatan penjenamaan semula Toyota dari Toyota Racing Development (TRD) ke Gazoo Racing.
Jangan lupa ya, Toyota pernah menang WRC 3 kali pada tahun 90an dan terlebih dahulu mendominasi dunia Rally sebelum hadirnya Subaru Imprezza & Mitsubishi Evo.
Akhir kalam, GR makes Toyota alive again! Toyota bukan lagi mobil untuk golongan pencen.
Toyota kini dah mantap!!! Until Then, Happy Motoring❗️