22/09/2025
Lebih seminggu dah di bekukan, predator fish Tiger Oscar. Agak hairan mula seekor mati, selang dua hari mati lagi seekor dengan tragis, di bela dari kecil sebesar ibu jari orang dewasa, usia dah 2 tahun lebih. Ada 3 kemungkinan mati, bacteria merbahaya menyerang walaupun dah pelbagai ubat campur dalam air di beri, keracunan makanan, pellet ikan expired, air aquarium di tambah setiap minggu terlebih klorin. 😒 Kemungkinan juga air dah tercemar, tapi biasanya seminggu sekali cuci filter, sisa kuman berbahaya masih tertanggal di dalam air lama.. 🤕
Tanda-tanda sakit kurang aktif, tak mahu makan, sisik berdarah akibat bergaduh/buli (biasa tidak berbahaya, pulih selepas di beri ubat) di jangkiti kuman pada badan, dan tanda berbahaya sisik menjadi putih bengkak seperti kulit nanas, symptom berkaitan pernafasan yang tidak dapat mengawal air dalam badan akibat bacteria fungsi organ terganggu. Mata dah nampak putih, ikan meronta, menghempas dirinya tanda tidak lama lagi akan mati. . 😢🐟☢️
🔖 Peminat ikan hiasan sejak tahun 1993 .. Kuching Sarawak, Borneo .