23/07/2026
“Serena bukan MPV yang dibeli sebab rupa. Serena dibeli sebab praktikal.”
Kalau tengok sekali imbas, mungkin Nissan Serena bukan jenis MPV yang terus buat orang terpikat dengan reka bentuknya.
Kalau masuk pertandingan kereta paling cantik, mungkin bukan pilihan utama.
Tetapi itulah identiti sebenar sebuah MPV JDM dari Jepun.
Di Jepun, ruang parkir dan jalan raya lebih terhad. Sebab itu Serena direka dengan bentuk yang lebih tinggi dan berkotak supaya setiap inci ruang dalam kabin dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Hasilnya?
Walaupun saiz luarnya tidak terlalu besar, ruang dalamannya memang luas, selesa dan sangat praktikal untuk kegunaan seisi keluarga.
Power Sliding Door di kedua-dua belah memudahkan anak-anak dan warga emas keluar masuk, terutama apabila parkir di tempat yang sempit.
Dual Back Door p**a memudahkan mengambil barang walaupun ruang belakang kereta terhad. Tak perlu buka pintu bonet penuh setiap kali.
Lantai kabin yang rendah, hanya sekitar 125 mm dari tanah, juga memudahkan orang tua dan kanak-kanak naik turun tanpa perlu melangkah terlalu tinggi.
Malah, penumpang barisan ketiga juga boleh membuka pintu gelangsar sendiri melalui butang dari dalam.
Untuk perjalanan jauh seperti Kuching ke Sibu, Bintulu, Miri atau balik kampung semasa Gawai dan Raya, Serena memang direka dengan keselesaan sebagai keutamaan.
Enam port USB, pengecas tanpa wayar dan soket 12V memastikan setiap penumpang boleh mengecas telefon atau tablet sepanjang perjalanan.
Walaupun generasi baharu ini sedikit lebih pendek berbanding model sebelumnya, susun atur kabin menjadikan ruang dalaman terasa lebih lapang.
Di bahagian pemanduan p**a, jangan harapkan Serena mengambil selekoh seperti Nissan Z.
Sebaliknya, talaan suspensinya lebih memfokuskan kepada kestabilan dan keselesaan supaya setiap penumpang menikmati perjalanan yang lebih selesa, walaupun untuk perjalanan jarak jauh.
Inilah kelebihan teknologi e-POWER.
Enjin 1.4L tidak memacu roda secara terus.
Ia hanya bertindak sebagai penjana elektrik, manakala roda digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik berkuasa 163 PS dan 315 Nm tork.
Sebab itu pengalaman memandunya sangat hampir seperti sebuah EV.
Pecutan lebih responsif, lebih senyap ketika bergerak di bandar, dan enjin hanya akan hidup apabila bateri memerlukan pengecasan.
Dengan fungsi e-Pedal Step, pemanduan dalam kesesakan lalu lintas juga menjadi lebih mudah kerana kereta boleh memperlahankan kelajuan hanya dengan melepaskan pedal minyak.
Walaupun membawa sebuah MPV seberat lebih 1.8 tan, penggunaan bahan api sekitar 18.5 km/L menjadikan Serena antara MPV paling jimat dalam kelasnya. Tambahan p**a, road tax hanya RM60 setahun, menjadikan kos pemilikan harian lebih mesra poket.
Di Sarawak, Nissan Serena e-POWER bermula sekitar RM157,800 untuk varian X, manakala Premium Highway Star berharga sekitar RM177,800 (tidak termasuk insurans).
Memang akan ada yang membandingkannya dengan MPV recon dalam julat harga yang sama.
Tetapi Serena menawarkan sesuatu yang recon tidak semestinya ada — sebuah kereta baharu dengan jaminan kenderaan 5 tahun, jaminan sistem e-POWER sehingga 8 tahun, rangkaian pusat servis rasmi Nissan di seluruh Malaysia serta alat ganti yang mudah diperoleh.
Kalau keutamaan anda ialah keselesaan keluarga, ruang kabin yang luas, teknologi moden, penjimatan bahan api dan ketenangan fikiran untuk pemilikan jangka panjang, Nissan Serena e-POWER memang antara MPV yang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan.