10/07/2026
KAUNTER PENDAFTARAN SISTEM KAWALAN DIESEL BERSUBSIDI (SKDS) KINI DIBUKA PADA HUJUNG MINGGU DI KUCHING
KUCHING, 10 Julai 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak mempelawa semua syarikat, pemilik kenderaan perdagangan serta individu yang layak di sekitar Kuching untuk hadir ke Kaunter Pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang akan beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh 11 Julai hingga 31 Julai 2026.
Inisiatif ini bertujuan memudahkan urusan pendaftaran SKDS bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir pada hari bekerja, sekali gus memastikan lebih ramai pengguna yang layak dapat menikmati kemudahan subsidi diesel melalui sistem MySubsidi.
Maklumat Kaunter Pendaftaran adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 11 Julai – 31 Julai 2026 (Setiap Sabtu & Ahad)
🕣 Masa Operasi:
• 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
• 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Lokasi:
Pejabat KPDN Cawangan Kuching
No. 41–51, Jalan Tun Jugah,
93350 Kuching, Sarawak.
☎️ Pertanyaan: 082-537700
Orang awam yang layak, khususnya pemilik syarikat dan pengusaha kenderaan perdagangan yang menggunakan diesel, digalakkan hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan pendaftaran daripada pegawai KPDN.
KPDN Negeri Sarawak komited memastikan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) berjalan lancar, telus dan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar layak, di samping menyokong usaha kerajaan memperkukuh pengurusan subsidi diesel negara.
Jangan lepaskan peluang ini. Hadir dan daftar SKDS di Kaunter Pendaftaran KPDN Cawangan Kuching pada hujung minggu bermula 11 Julai 2026.