14/05/2026
11 Mei 2026
Tuan Sulaiman Hj Ibrahim telah berkunjung ke AWISAR dalam satu lawatan yang penuh bermakna dan memberi banyak pengalaman serta ilmu baharu. Lawatan ini bukan sahaja membuka peluang untuk memahami dengan lebih dekat peranan, usaha serta operasi yang dijalankan oleh pihak AWISAR, malah turut menjadi langkah awal ke arah kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.
Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menyediakan lebih banyak peluang latihan industri (internship) kepada pelajar di AWISAR, sekaligus membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengalaman dalam industri automotif.
Pihak BRO AUTO Services Sdn Bhd ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AWISAR atas layanan mesra dan sambutan yang baik sepanjang lawatan ini berlangsung. Semoga hubungan serta kerjasama yang terjalin akan terus berkekalan dan menjadi inspirasi untuk terus maju pada masa akan datang 🤝✨
𝐘𝐎𝐔𝐑 𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐂𝐀𝐑 𝐃𝐎𝐂𝐓𝐎𝐑
Sebarang pertanyaan/maklumat boleh terus berhubung dengan kami di:
📲Wasap.my/60198952192AdminKotaSamarahan
📲Wasap.my/60125022192AdminSamariangAman
📲Wasap.my/60167902192Manager
📍 Lokasi bengkel:
⚙𝙆𝙤𝙩𝙖 𝙎𝙖𝙢𝙖𝙧𝙖𝙝𝙖𝙣:
Sublot 13/14 Ground floor Unijaya, Lot 116 Jalan Dato Mohd Musa , Block 26, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.
( https://maps.app.goo.gl/hvZDWcrPFa26WHMi9 )
⚙𝙎𝙖𝙢𝙖𝙧𝙞𝙖𝙣𝙜 𝘼𝙢𝙖𝙣:
Sublot No.39 (phase1) of parent Lot 8107, Block , Salak Land District, 93050 Kuching Sarawak.
( https://goo.gl/maps/QbRoPxXW7fLpyadm8 )