Carasimo Tire n Battery

Carasimo Tire n Battery Location ��
Carasimo Sdn Bhd
Hours : 8:30-17:00

https://goo.gl/maps/E54i8PTenK6kX68XA

NO 8,

3 SEBAB TAYAR BOTAK BOLEH AKIBAT KEMALANGANKebanyakan dari kita yang memang meminati kenderaan faham akan risiko penggun...
12/02/2023

3 SEBAB TAYAR BOTAK BOLEH AKIBAT KEMALANGAN

Kebanyakan dari kita yang memang meminati kenderaan faham akan risiko penggunaan tayar yang sudah haus atau tayar botak.

Namun begitu, ramai lagi di luar sana yang masih tidak mengendahkan penggunaan tayar yang sudah botak. Ada yang berfikiran tayar yang botak masih mampu memberhentikan kenderaan.

1. Tiada saluran air
Oleh kerana bunga tayar sudah haus, air tidak dapat mengalir keluar dari bawah tayar.

Ini bermakna jika anda memandu kenderaan yang mempunyai tayar yang botak semasa hujan, kejadian “aquaplanning” atau tayar terapung sangat mudah berlaku.

Apa yang terjadi ialah air yang lalu di bawah tayar tiada tempat saluran khusus untuk keluar, dan kerana itu tayar akan “terangkat” dan bergerak di atas air.

Jika tayar belakang terangkat, ekor akan terkeluar dan kereta boleh terpusing, walaupun di jalanraya lurus.

Pastinya, tiada puaka di jalan itu tetapi aquaplanning yang sebenarnya terjadi.

Jika tayar hadapan mengalami aquaplanning, kereta akan terasa ditarik ke tepi jika memandu di laluan lurus.

Dan kerana tayar hadapan sudah terangkat dan terapung di atas air, kereta akan terasa hilang kuasa membelok dan walapun stereng dipusing ke kiri atau ke kanan.

Keadaan ini juga dipanggil “understeer”. Keadaan semakin tenat dan teruk bila brek ditekan dan kereta tidak mempunyai ABS.

2. Mudah meletup
Jika tayar sudah botak, ia bermakna lapisan luar tayar sudah tipis.

Lapisan itu tidak dibina untuk bertahan lama dan jika dipandu laju, haba akan meningkat dan ini akan meninggikan risiko “blow-out” atau tayar meletup.

Bila tayar meletup, anda berkemungkinan besar akan hilang kawalan kenderaan anda.

Kebanyakan kemalangan akibat tayar meletup boleh dihindari jika pemandu rajin memeriksa keadaan tayar setiap kali sebelum perjalanan dan menjaga tekanan udara tayar agar anda tahu tayar mana yang mengalami kebocoran kecil.

3. Tiada daya cengkaman
Oleh kerana bunga sudah haus, tayar menjadi licin dan kurang mencengkam kepada jalanraya.

Di permukaan kering, kenderaan dengan tayar yang botak akan memerlukan jarak membrek yang lebih jauh sebelum ia mampu berhenti sepenuhnya.

Di atas permukaan yang basah p**a, kenderaan mungkin akan terbabas ke kiri atau ke kanan semasa brek kecemasan.

Di Amerika Syarikat, 13 peratus kemalangan kenderaan di jalanraya diakibatkan oleh tayar yang botak.

Kajian tahun 2012 itu bermaksud satu dari lapan pemandu kenderaan di sana mempunyai risiko kemalangan akibat tayar botak.

Di Malaysia, ada yang beranggapan tayar botak ini lebih baik kerana jentera perlumbaan Formula 1 turut menggunakan tayar botak (semasa kering).

Mungkin mereka terlupa bahawa tayar Formula 1 hanya beroperasi secara maksimum semasa suhu meningkat dan ia menghasilkan permukaan getah yang melekit dan melekat ke jalanraya.

Ia juga habis dibuang setiap kali tamat satu perlumbaan, dan kadang-kadang ia perlu ditukar semasa perlumbaan.

Ia juga perlu ditukar semasa hujan kerana tayar itu hanya khusus untuk permukaan kering.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami atau terus walk in.

◾️Isnin hingga sabtu dari jam
◾️8.30pagi sehingga 5.30petang
☎️016-3378832

TIPS PENJAGAAN BATERI KERETAPenjagaan bateri kereta sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri kereta panjang d...
11/02/2023

TIPS PENJAGAAN BATERI KERETA
Penjagaan bateri kereta sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri kereta panjang dan ia juga memastikan perjalanan yang selamat.Bateri kereta terbahagi kepada dua iaitu Bateri kering dan Bateri Basah.

Tempoh biasa jangka hayat untuk bateri basah boleh mencecah 3.-4 tahun manakala bateri kering p**a 2 tahun.Dengan penjagaan yang elok,jangka hayat bateri boleh dipanjangkan dan kos yang tinggi untuk menukar bateri baru juga dapat dielakkan.

Bagaimana cara untuk menjaga bateri kereta supaya tahan lama.

1. Bagi bateri basah,pastikan tahap sukatan air bateri(asid sulfurik) sentiasa diperiksa supaya tidak kering.Tidak bagi bateri kering kerana ianya "Free maintenance".Apa yang perlu dilihat pada bateri kering ialah penunjuka cas bateri,Jika ianya hijau-OK .Jika ianya hitam-KO" Maknanya bateri perlu ditukar dengan segera.

2. Pastikan wayar penyambungan pada bateri dicabut jika anda ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan penyambungan cas berlaku.

3. Elakkan tombol terminal positif/negatif berkarat atau ada serbuk putih.Cara untuk mengelakkan dengan menyapukan gris atau bersihkan dengan natrium karbonat(baking powder)kemudian bilas dengan air panas.Cara paling mudah adalah spray dengan silikon anti-karat.

Semoga Bermanfaat 😉

🤝𝐋𝐎𝐑𝐈 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐄𝐍𝐀🤝✅𝐒𝐞𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝟏 𝐛𝐢𝐣𝐢 𝐭𝐮𝐛𝐞 𝐛𝐚𝐫𝐮  #𝐂𝐚𝐫𝐚𝐬𝐢𝐦𝐨  #𝐁𝐚𝐭𝐮𝟒𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠  #𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫𝐁𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢  #𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 #𝐅𝐫𝐞𝐞𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐥𝐥𝐚...
10/02/2023

🤝𝐋𝐎𝐑𝐈 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐄𝐍𝐀🤝

✅𝐒𝐞𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝟏 𝐛𝐢𝐣𝐢 𝐭𝐮𝐛𝐞 𝐛𝐚𝐫𝐮

#𝐂𝐚𝐫𝐚𝐬𝐢𝐦𝐨
#𝐁𝐚𝐭𝐮𝟒𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠
#𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫𝐁𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢 #𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧

#𝐅𝐫𝐞𝐞𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐥𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧
#𝐅𝐫𝐞𝐞𝐁𝐚𝐥𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠

☎️𝟎 𝟏 𝟔 𝟑 𝟑 𝟕 𝟖 𝟖 𝟑 𝟐
📲www.wasap.my/60163378832

𝑻𝑨𝒀𝑨𝑹 𝑺𝑬𝑺𝑼𝑨𝑰 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 4𝑿4 ✅1)  Kemampuan offroad yg tinggi.2) Tayar ini bersaiz besar & lebar berbanding HT & AT yg meningk...
09/02/2023

𝑻𝑨𝒀𝑨𝑹 𝑺𝑬𝑺𝑼𝑨𝑰 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 4𝑿4 ✅

1) Kemampuan offroad yg tinggi.
2) Tayar ini bersaiz besar & lebar berbanding HT & AT yg meningkatkan kelegaan bumi & melebarkan tapak sentuhan tayar dengan permukaan tanah(footprint).
3) Tayar besar & lebar juga menyebabkan kenderaan "terapung" & baik untuk laluan berlumpur.
4) Bunga tayar besar & alur yg dalam serta luas membuatkan tayar ini membuang sendiri (tidak lekat) lumpur. Oleh itu ia memberi cengkaman yg baik dilaluan yg ekstrem & mengelakkan tayar mudah bocor atau pecah.
5) Kenderaan nampak garang.
6) 80% sesuai untuk kegunaan offroad.
7) Tayar jenis ini lebih berat.
8)Kenderaan bergerak perlahan, bising, kemampuan rendah & bunga tayar cepat haus apabila diatas jalanraya. Tayar ini tidak mencengkam dengan baik diatas jalanraya terutama sekali pada waktu hujan(membuang) atau ketika mengambil selekoh. PANDU DENGAN LURUS DAN CERMAT.
9) Harga lebih mahal.
10) Tidak sesuai untuk permukaan berpasir kerana bunga yg kasar menyebabkan tayar menggali permukaan pasir.
11) Kegunaan bahan api (DIESEL) meningkat.
12) Kenderaan perlu diubah suai untuk memasukkan tayar jenis ini seperti tinggikan suspensi atau kabi

08/02/2023

𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 & 𝐒𝐢𝐳𝐞 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐲 𝐒𝐭𝐨𝐜𝐤 ❗️❗️

✔️𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐥𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧
✔️𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐰𝐡𝐞𝐞𝐥 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠

𝑳𝒐𝒄𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 : 𝑵𝒐 8 , 𝑱𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒏𝒈 𝑮𝒐𝒐𝒏 𝑮𝒂𝒓𝒅𝒆𝒏 ,
𝑻𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒏𝒈 𝑮𝒐𝒐𝒏 , 𝑲𝒖𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒓𝒂𝒘𝒂𝒌 93250

𝑭𝒐𝒓 𝒎𝒐𝒓𝒆 𝒊𝒏𝒇𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 : ☎️ 016-337 8832

𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒐𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 :
📌𝑰𝒔𝒏𝒊𝒏 - 𝑺𝒂𝒃𝒕𝒖 (𝑨𝒉𝒂𝒅 𝑩𝒚 𝑨𝒑𝒑𝒐𝒊𝒏𝒕𝒎𝒆𝒏𝒕)
⏰08.30𝑷𝒂𝒈𝒊 - 05.30𝑷𝒆𝒕𝒂𝒏𝒈

✅𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐕𝐕𝐓 (𝐍𝐒𝟔𝟎𝐒𝐌𝐅) ✅𝐊𝐎𝐌𝐀𝐒𝐔 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐚𝐧𝐭𝐲 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝟏 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 ☎️0️⃣1️⃣6️⃣3️⃣3️...
07/02/2023

✅𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬
𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐕𝐕𝐓 (𝐍𝐒𝟔𝟎𝐒𝐌𝐅)
✅𝐊𝐎𝐌𝐀𝐒𝐔 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐚𝐧𝐭𝐲 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝟏 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧
☎️0️⃣1️⃣6️⃣3️⃣3️⃣7️⃣8️⃣8️⃣3️⃣2️⃣

Settle buat pemeriksaan tayar 𝐋𝐄𝐗𝐔𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐆. customer beritahu ada rasa tidak nyaman ketika memandu menyebabkan customer da...
06/02/2023

Settle buat pemeriksaan tayar 𝐋𝐄𝐗𝐔𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐆.
customer beritahu ada rasa tidak nyaman ketika memandu menyebabkan customer datang dan meminta untuk membuat pemeriksaan sahaja.

hubungi kami untuk keterangan lanjut :
📌0 1 6 3 3 7 8 8 3 2

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢 .𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐌𝐚𝐚𝐟  , 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝟐 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭...
05/02/2023

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚
𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢 .

𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐌𝐚𝐚𝐟 , 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝟐 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧. 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐡𝐚𝐫𝐢 (𝟎𝟔.𝟎𝟐.𝟐𝟑) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧/𝐭𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐜𝐚𝐥𝐥/𝐰𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 𝐭𝐞𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐧𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 .

📌𝟎 𝟏 𝟔 𝟑 𝟑 𝟕 𝟖 𝟖 𝟑 𝟐

𝐈𝐍𝐅𝐎!! 𝐈𝐍𝐅𝐎!! 𝐈𝐍𝐅𝐎!! 𝐈𝐍𝐅𝐎!!𝟒 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮 1. Pemilihan Saiz Tayar KeretaJika anda sukakan...
04/02/2023

𝐈𝐍𝐅𝐎!! 𝐈𝐍𝐅𝐎!! 𝐈𝐍𝐅𝐎!! 𝐈𝐍𝐅𝐎!!

𝟒 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮

1. Pemilihan Saiz Tayar Kereta
Jika anda sukakan kereta dengan penampilan standard, anda mungkin tidak kisah dengan saiz rim kereta anda. Namun begitu, bagi pemilik yang gemar mengubah suai atau modified kereta, rim tayar merupakan antara aksesori kereta yang akan ditukar. Penggunaan saiz tayar yang tidak bersesuaian dengan saiz rim boleh memberi kesan terhadap tayar dan kereta anda.

2. Tekanan Angin Tayar Kereta
Periksa tekanan angin tayar sekurangnya-kurangnya sebulan sekali atau setiap dua minggu. Tekanan angin tayar yang tidak sesuai boleh menyebabkan pemanduan kurang selesa selain terdedah kepada kerosakan, cengkaman dan kawalan pemanduan yang tidak baik. Tekanan angin tayar yang betul dapat menjimatkan bahan api, menguatkan cengkaman tayar atas jalan, mengelakkan kehausan tayar yang tidak sekata dan meningkatkan jangka hayat tayar.

Cara Memeriksa Tekanan Angin Tayar Kereta

- Parkir kereta di kawasan yang rata, pastikan tayar berada dalam keadaan lurus;
- Lukis satu garisan di atas bunga tayar;
- Pandu perlahan-lahan sehingga garisan hilang;
- Sekiranya garisan hilang dengan sekata pada keseluruhan tayar, ia menandakan tekanan angin bersesuaian;
-Jika garisan hilang pada bahagian tengah, ia menandakan tekanan angin berlebihan atau terlalu keras;
-Jika garisan hilang pada bahagian sisi, ia menandakan tayar kekurangan angin

Anda boleh merujuk pelekat maklumat tayar yang biasanya terdapat pada pintu sebelah pemandu untuk mengetahui kadar tekanan angin tayar yang bersesuaian. Pelekat ini memaparkan maklumat mengenai ukuran tayar, spesifikasi serta tekanan yang sesuai untuk kesemua tayar termasuk tayar ganti. Selain itu, anda disarankan untuk meningkatkan tekanan tayar anda sebanyak 3 PSI jika anda meninggalkan kenderaan anda untuk suatu tempoh masa yang lama. Ia bertujuan untuk mengelakkan masalah bintik mendatar atau flat-spotting. Masalah ini biasa berlaku apabila kereta dibiarkan tidak bergerak untuk jangka masa yang panjang.
Secara amnya, terdapat dua jenis bintik mendatar – sementara dan separa kekal. Sebilangan besar kes bintik mendatar ini adalah sementara dan boleh dirasai melalui getaran pada stereng. Namun begitu, getaran ini akan hilang apabila tayar telah mencapai suhu yang lebih tinggi.

3. Tukar Silang Kedudukan
Selain mengisi tekanan angin yang bersesuaian untuk tayar kereta, anda juga disyorkan untuk menukar kedudukan tayar atau tyre rotation secara berkala. Cara ini berkesan untuk memastikan kehausan tayar yang seragam pada keempat-empat tayar. Selain itu, cara ini juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan risiko kerosakan tayar kereta. Anda disarankan untuk melakukan pertukaran silang ini sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali atau setiap 10,000 km hingga 13,000 km.

4. Alignment dan Balancing Tayar
Anda disarankan untuk melakukan alignment dan balancing tayar setiap tiga bulan bergantung pada keadaan tayar kereta anda. Proses alignment tayar penting untuk memastikan kereta berada dalam keadaan baik dan memastikan cengkaman tayar yang optimum semasa di atas jalan raya. Manakala, proses balancing p**a merujuk proses tayar diseimbangkan dengan meletakkan timah atau pemberat pada tayar.

boleh klik link dibawah untuk sebarang pertanyaan/booking appointment
📌 0163378832

🤝𝐅𝐎𝐑𝐃 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑🤝✅𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝟒 𝐛𝐢𝐣𝐢 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐫𝐮📌𝐒𝐢𝐳𝐞 𝐋𝐓𝟐𝟖𝟓/𝟔𝟎𝐑𝟏𝟖📌𝐌𝐀𝐗𝐗𝐈𝐒 #𝐂𝐚𝐫𝐚𝐬𝐢𝐦𝐨  #𝐁𝐚𝐭𝐮𝟒𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠  #𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫𝐁𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢  #𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚...
03/02/2023

🤝𝐅𝐎𝐑𝐃 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑🤝

✅𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝟒 𝐛𝐢𝐣𝐢 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐫𝐮
📌𝐒𝐢𝐳𝐞 𝐋𝐓𝟐𝟖𝟓/𝟔𝟎𝐑𝟏𝟖
📌𝐌𝐀𝐗𝐗𝐈𝐒

#𝐂𝐚𝐫𝐚𝐬𝐢𝐦𝐨
#𝐁𝐚𝐭𝐮𝟒𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠
#𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫𝐁𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢
#𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧

#𝐅𝐫𝐞𝐞𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐥𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧
#𝐅𝐫𝐞𝐞𝐁𝐚𝐥𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠

☎️𝟎 𝟏 𝟔 𝟑 𝟑 𝟕 𝟖 𝟖 𝟑 𝟐
📲www.wasap.my/60163378832

📌 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫 ❗️❗️𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚, 𝐢𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜...
02/02/2023

📌 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐫 ❗️❗️

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚, 𝐢𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐰𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐚𝐮𝐭. 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐛𝐮𝐫, 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐮𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫.

𝐈𝐧𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐡𝐚𝐮𝐬: 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫. 𝐊𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐜𝐡𝐞𝐜𝐤 𝐛𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫. 𝐂𝐮𝐛𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫, 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐡𝐚𝐮𝐬 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠.

𝐊𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫: 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐡𝐢. 𝐊𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧. 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡, 𝐤𝐨𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧, 𝐡𝐢𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧, 𝐛𝐨𝐧𝐣𝐨𝐥𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐮𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐨𝐜𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐧𝐢, 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐡. 𝐊𝐞𝐧𝐚 𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞 𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐢𝐤𝐢. 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤, 𝐢𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.

Address

Kuching
93350

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30

Telephone

+60163378832

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Carasimo Tire n Battery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share